Apa rasionalnya SPAD membenarkan pengusaha-pengusaha bas ekspress menaikkan harga tiket dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ini dan kenaikan drastik ini berlaku selepas PRU13 yang masih belum reda panasnya?
Apakah kenaikan harga tiket ini mendapat restu SPAD yang mungkin ada "tangan-tangan ghaib" yang mempengaruhi SPAD dan pihak berkaitan sehingga membuatkan pengusaha-pengusaha bas ekspres ini begitu berani menaikkan harga tiket sesuka hati?
Apakah kesannya kepada pengguna perkhidmatan bas ekspress ini yang kebanyakkannya terdiri daripada rakyat bawahan dan pelajar-pelajar sama ada diperingkat menengah mahu pun universiti?
Di bawah ini perkiraan yang dipetik dari blog Sangkakalajari9 mengenai keuntungan yang bakal diraih pengusaha-pengusaha bas ekspres. Sila baca :
"Sangkakala tengok dan baca dalam Malaysiakini baru baru ni ada tertera satu artikel tentang kenaikan harga tambang bas yang dituntut sehingga 30% oleh pengusaha bas ekspress semasa musim perayaan nanti.
Bukankah kerajaan telah menetapkan bahawa kenaikan 10% pada musim perayaan diberikan dari dulu lagi untuk membolehkan syarikat bas membuat sedikit keuntungan semasa musim perayaan?
Dengan menaikkan harga tambang bas rasanya akan lebih membebankan tambahan lagi bagi mereka yang tidak berkemampuan serta mempunyai ramai tanggungan.
Memang dalam kenyataan tersebut, pengerusi SPAD mengatakan bahawa ianya akan dikaji tetapi seperti yang telah sudah, tuntutan seperti ini akan mendapat perhatian kononnya situasi menang dan menang atau win win situation akan digunapakai.