Wednesday, 14 September 2011

Akhirnya Lans Koperal Polis Naik Pangkat Juga Jadi Koperal

NSTP 14/09/2011
Berita baik ini bakal disambut dengan senyum lebar oleh anggota polis berpangkat Lans Koperal terutama yang telah lama menjadi Lans Koperal tapi tak naik-naik pangkat.

Semalam Penolong Ketua Sekreteriat (Perhubungan Awam) KPN, ACP Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan kepada media bahawa anggota polis berpangkat Lans Koperal akan dinaikkan pangkat secara automatik "time-based promotion" setelah berkhidmat paling kurang lima tahun dengan pangkat yang disandang yang telah diilhamkan oleh PM Datuk Seri Najib Razak.
Menurut beliau lagi, fasa pertama telah dilaksanakan pada 15 Julai tahun ini dengan 1,294 anggota berpangkat Lans Koperal dinaikkan pangkat setelah berkhidmat sebagai Lans Koperal lebih 20 tahun. Baki 14,716 anggota terlibat akan juga dinaikkan pangkat secara berperingkat bergantung kepada kekananan "seniority" berdasarkan telah memegang jawatan lebih 15 tahun, 10 tahun atau kurang. Hanya cuma 9,609 anggota polis berpangkat Lans Koperal yang telah memegang jawatan ini tidak akan dinaikkan pangkat dan terlibat dengan program kenaikan ini kerana mereka tidak lulus ujian undang-undang. Kenaikan ini dikira bermula daripada lantikan sebagai Lans Koperal bukan daripada mereka mula berkhidmat.
Dengan program kenaikan pangkat ini kelak Kulaan berharap bukan sahaja anggota polis yang terlibat malah semua anggota polis agar dapat menaikkan semangat bekerja dan berkhidmat dengan baik tanpa mengamalkan rasuah. Bila pangkat telah naik secara tidak langsung gaji juga akan naik walaupun ada yang mengatakan ianya tidak cukup kerana manusia memang tidak akan pernah merasa cukup.
Sekurang-kurangnya segala yang pengorbanan mereka dihargai dan Kulaan berharap mereka akan bekerja keras. Tapi janganlah pula nanti pangkat sahaja yang naik, kerja pula bertambah tapi gaji masih ditahap itu tidak berubah dan berbaloi dengan pekerjaan yang terpaksa dilakukan.

KSN Bakal Pencen Atau Dipaksa Letak Jawatan...

pikir pakai otak ler...

Dalam sikit masa lagi Kulaan akan membongkar cerita pasal KSN sekarang tak lain dan tak bukan Tan Sri Mohd Sidek Hassan... Kulaan mendapat banyak maklum balas yang negatif pasal KSN ini berbanding dengan KSN-KSN sebelumnya... Bukan niat Kulaan nak menghentam jauh sekali menghina atau mencerca cuma sekadar teguran peribadi berdasarkan maklumat dan maklum balas sahabat-sahabat Kulaan yang bekerja sebagai kakitangan awam dan rungutan mereka terutama yang tinggal di Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan... Takkan la rungutan mereka nak lapor kat ADUAN RAKYAT TV3 kot. Agak-agak la...
berapa kali mau sambung daaa...
Kulaan sedang mengumpulkan maklumat yang tepat dan benar daripada sumber yang boleh dipercayai untuk menyokong pandangan dan teguran Kulaan nie... Bukan Kulaan nak tembak semberono jer... Karang kena saman tak pasal-pasal turun naik court, bila masa nak update blog... Kulaan pernah memberi pandangan Kulaan sebelum ini tentang kesan beberapa polisi Tan Sri Sidek yang akhirnya memberi kesan tidak langsung kepada kerajaan BN sekarang dalam PRU12 (Klik Sini)...

Kulaann : Harap-harap kontrak KSN nie tak disambung lagi kalo tidak mau Parlimen Putrajaya kalah teruk pasal kakitangan awam buat undi protes...

Tuesday, 13 September 2011

Kenyataan Mat Sabu Membangkitkan Kemarahan Pengarah Filem "Bukit Kepong"

Pengarah filem Bukit Kepong,Tan Sri Dr Jins Shamsuddin menjelaskan penghasilan filem tersebut dilakukan berdasarkan fakta sejarah selepas pihaknya melakukan perbincangan terperinci dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Tan Sri Dr Jins Shamsuddin berkata,filem yang menjalani penggambaran pada tahun 1981 itu turut mendapat kerjasama daripada penduduk kampung Bukit Kepong selain temu bual dengan pengganas komunis yang menyerah diri selepas insiden berkenaan (Klik Sini).

“Saya membuat skrip filem itu selepas memperoleh input daripada pihak PDRM yang diketuai oleh Ketua Polis Negara pada ketika itu (Tun) Hanif Omar.Selain maklumat yang diberikan oleh PDRM,saya turut membuat kajian dengan bertemu penduduk kampung Bukit Kepong termasuklah bekas anggota PKM (Parti Komunis Malaya) bagi mendapat gambaran sebenar mengenai tragedi berkenaan.Apa yang disiarkan dalam filem itu adalah fakta dan gambaran sebenar yang diperoleh daripada PDRM serta berdasarkan kepada temu bual saya dengan pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai penghasilan filem Bukit Kepong di pejabatnya,di Studio Panca Delima,Jalan Hulu Klang.

Kisah Bukit Kepong menjadi hangat apabila Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Padang Menora,Tasek Gelugor,Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu mendakwa Mohamad Indera yang terlibat dalam tragedi berdarah tersebut adalah hero sebenar.

Katanya,dalam filem berkenaan watak Mohamad Indera ditonjolkan sebagai pihak yang mengetuai serangan ke atas anggota polis Bukit Kepong sehingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.Ujarnya,sebelum pembikinan filem itu,keluarga Mohamad Indera ada berjumpanya dan meminta supaya tidak terlalu menonjolkan kejahatan anggota PKM itu menyebabkan beliau terpaksa akur.

“Saya akui semasa penggambaran filem itu hendak dilakukan,keluarga Mohamad Indera ada berjumpa saya secara peribadi dan meluahkan hasrat supaya kejahatan lelaki berkenaan tidak ditonjolkan,” katanya.

Jelasnya lagi,penghasilan filem berkenaan adalah berdasarkan kepada fakta sejarah yang diperoleh selain nasihat PDRM dan bukannya direka sendiri oleh pihaknya untuk tujuan komersial bagi menarik perhatian orang ramai.Tambahnya lagi, kebenaran filem itu diakui oleh pihak kerajaan dan ahli keluarga anggota-anggota polis Bukit Kepong sendiri sehingga filem berkenaan memperoleh lapan anugerah termasuklah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke tiga (FFM-3) pada tahun 1982.semua pihak tidak wajar mempertikaikan filem tersebut kerana penggambarannya dilakukan selepas pihak PDRM berpuas hati dengan skrip yang dilakukan.
The Malaysian Insider 13/09/2011

“Tun Hanif turut memberikan saya seorang setiausaha daripada anggota polis sendiri bagi membantu saya menjalankan penyelidikan sehinggalah skrip dan penggambarannya siap dilakukan selepas semua pihak berpuas hati dengan fakta-fakta dalam filem itu,” katanya.

Kos pembikinan filem tersebut menelan belanja RM1.3 juta dan memperoleh kutipan RM1.7 juta selepas tayangan.Selain Tan Sri Dr Jins Shamsuddin yang memegang watak Ketua Polis Balai bernama Sarjan Jamil,ia turut dilakonkan oleh Hussein Abu Hassan, Yusof Haslam, A.Rahim serta Suhaina Yahya.
Sumber artikel : Badut Rakyat

Kulaan : iskh! iskh! iskh! Mat Sabu nie dah la buta sejarah... buta filem jugak rupernyer... benda lain dia tak buta kot...

Bangganya Aku Menjadi "Anak Malaysia"

bangga giler Kulaan bila tengok adik-adik Kulaan yang jauh lebih 
muda mengerti, memahami dan mengadaptasi apa itu 1Malaysia...
malukah kita menjadi anak Malaysia...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 31 Ogos
Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September


Mat Sabu Kepanasan Akibat Keceluparan Mulutnya Dan Kedangkalan Akalnya

Mat Sabu kini dalam kepanasan dan kehangatan akibat keceluparannya mulutnya seperti pepatah melayu "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"... Akibat kedangkalan akalnya dan ceteknya ilmu sejarah Mat Sabu menyalahkan orang lain... Kulaan teringat kata seorang yang berilmu "Orang yang tidak bertanggungjawab ialah orang yang menyalahkan orang lain di atas kesilapannya..."
HarakahDaily 13/09/2011

Hari ini Mat Sabu dalam HarakahDaily memberi kenyataan menyalahkan orang lain di atas kontravesi isu kenyataan beliau yang menyokong komunis dan Mat Indera sebagai Hero Malaya...

KOTA BHARU, 13 Sept: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin ‘serangan’ terhadapnya yang dimainkan media arus perdana berhubung pejuang kemerdekaan dan Mat Indera ditimbulkan bagi menutup isu kepincangan demokrasi dan sistem pilihan raya di Malaysia.

“Isu ‘serangan’ terhadap saya kerana mereka nak lari daripada isu-isu pilihan raya terutama tentang (lapan perkara) Tuntutan Bersih 2.0 dan Daftar Pemilih yang begitu kotor.

“Oleh kerana nak lari daripada isu-isu itu dan gagal memulihkan demokrasi serta mengatasi kepincangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka timbulkan isu ini (serangan terhadap kenyataan saya).

“Ini yang mereka nak ‘lari’, sedangkan perkara ini sedang diperhatikan dunia kini,” dakwa Mohamad Sabu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini semalam.

Forum anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu turut disertai ahli akademik dan pakar sejarah dari Universiti Malaya, Prof Dato’ Dr Mohamad Abu Bakar.

Turut hadir Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu Dato Wan Abdul Rahim Abdullah, anggota Exco, Abdul Fattah Mahmod dan Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim.

Forum yang dibanjiri ribuan penonton itu dipengerusikan mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh Haji Soberi Shafei.

Golongan pembodek

Sementara itu, mengulas kenyataan pihak tertentu bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, Mat Sabu mendakwa golongan itu merupakan golongan terlalu hendak membodek pemimpin mereka.

“Bodek punya bodek, mereka itu sampai terbabas, sampai menjadi bahan ketawa sekarang,” katanya.

Dalam hubungan ini, Mat Sabu mendakwa sekiranya rakyat di negara ini menerima pandangan golongan itu, maka ertinya rakyat tidak perlu menyambut kemerdekaan 31 Ogos dan tidak perlu pula menyambutnya pada 16 September.

Dalam pada itu Prof Dr Mohamad ketika dirujuk pandangannya berkata seharusnya orang akademik yang semakin berkedudukan jauh lebih baik sekarang dalam hubungan dengan orang politik mempengaruhi orang politik tertentu supaya isu mengenai penulisan semula sejarah Malaysia ‘yang dipercayai diselewengkan fakta’ itu dilaksanakan.

Menurutnya, sebelum pilihan raya kedua belas yang lalu orang akademik banyak tunduk kepada orang politik, tetapi kini ternyata orang akademik dan dari pusat pengajian tinggi semakin menjadi rujukan.

“Inilah peluang dan masanya untuk mereka pula mempengaruhi keadaan menerusi perhubungan mereka dengan orang politik (golongan pemimpin).

“Dulu menteri-menteri tak jumpa kita orang semua ini.  Tetapi sekarang semakin ramai, ada pula diskusi, ada Majlis Profesor dan sebagainya.

“Ini menunjukkan mereka ini sama ada merasai kebimbangan terhadap kedudukan diri mereka dan kedudukan politik mereka, semakin didampingi orang politik dan itu bagus.

“Jadi, di sinilah kita dapat salurkan kebenaran,” katanya.

Kulaan : orang lain yang tak betul... dia jer yang betul... apa dia tur MAKSUM ker...

Mat Sabu vs Anggota Polis Bukit Kepong

Kebetulan malam minggu lepas sewaktu Kulaan berehat di rumah sambil menonton TV, Kulaan berkesempatan menonton filem "Bukit Kepong" di TV2 jam 10 malam. Ini bukan pertama kali Kulaan pernah menonton filem ini. Sejak kecil lagi Kulaan pernah menonton filem ini. Terasa sayu hati Kulaan melihat pengorbanan anggota polis di Balai Bukit Kepong walaupun mungkin jalan ceritanya tidak tepat 100% dengan apa yang sebenarnya berlaku, namun Kulaan percaya itulah hakikat sejarah yang sebenar berlaku ketika itu (wallahualam).
bekas tapak Balai Polis Bukit Kepong selepas dibakar komunis
Wira Balai Polis Bukit Kepong
mereka mempertahankan negara hingga ke titisan darah terakhir
Salah satu scene yang Kulaan rasa amat menyayat hati ketika si ayah yang merupakan salah seorang anggota polis sedang menyabung nyawa seperti telur dihujung tanduk, bertanya si ayah kepada anaknya, "Samad besar nanti nak jadi apa?" Jawab si anak "Bila besar nanti Samad nak jadi polis bunuh komunis".
biar pun mereka sudah tiada namun jasamu tetap dikenang
anak cucu mu tetap menghargai pengorbanan mu
Al Fatihah...
Kulaan yakin jika Mat Sabu merupakan salah seorang anak cucu kepada anggota polis Bukit Kepong, jangankan kata nak bercakap pasal komunis silap-silap nampak saja orang cina macam Lim Guan Eng, Lim Kit Siang terus tembak mati jer. Kulaan rasa Mat Sabu ni bukan la keturunan mana-mana anggota keselamatan yang pernah berjuang menentang komunis pasal itu Mat Sabu tak pernah rasa macam mana bila kehilangan anggota keluarga dibunuh komunis.
Itulah manusia apabila kerana kepentingan politik peribadi sanggup melakukan apa saja hatta sanggup mengubah sejarah. Mana mungkin manusia mengubah sejarah atau apa saja yang berlaku di masa lepas demi kepentingan peribadi.
Kulaan rasa kita kena check keputusan peperiksaan LCE & MCE Mat Sabu takut-takut keputusannya "GAGAL" gred F9 sebab itu Mat Sabu buta sejarah.

Kulaan CABAR kepada ahli-ahli Pas yang Kulaan pasti ada antaranya anak cucu anggota keselamatan seperti polis atau askar yang mungkin pernah cedera atau terkorban menentang komunis bangun menentang pandangan Mat Sabu ni. Malah tindakan keluar parti Pas adalah salah satu protes yang boleh dizahirkan oleh pengikut Pas yang mana ada anggota keluarga pernah dicederakan dan dibunuh komunis.
 Kulaan : acam follower Pas... ada beran... apa citer takat sembang jer tinggi buat tak berani...