Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 18 February 2013

Pengusiran Penceroboh Diselesai Dengan Baik... @HishammuddinH2O


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin proses pengusiran kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Beliau percaya pihak berkuasa termasuk polis mampu menangani kes tersebut dan mereka yang mendakwa sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu akan dapat dihantar pulang ke negara mereka dengan selamat.

"Biar pihak berkuasa dan yang bertanggungjawab serta berkepakaran selesaikan hal ini tanpa pertumpahan darah.

"Saya tak nak mana-mana pihak terkorban. Mereka juga manusia yang perlu dihormati nyawanya. Jika ada yang terkorban, akhirnya kerajaan dan pihak berkuasa kita juga yang dituduh," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan kerajaan sesekali tidak akanberkompromi berhubung hak, kedudukan dan keselamatan Sabah dan rakyatnya.

"Sehubungan itu, dakwaan mengatakan kerajaan sedang mengatur sesuatu tentangSabah adalah tidak berasas sama sekali," katanya.

Beliau juga sekali lagi memberi jaminan keadaan di Lahad Datu setakat ini terkawal kerana ia bukan melibatkan isu pengganas, keganasan atau militan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers