Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 28 November 2013

Puaka Niring : Solat Hajat Halau Langsuir Di Kelantan...


Penduduk di beberapa kampung di Pasir Puteh dan Jerteh yang pernah terlibat dengan kemunculan langsuir sebelum ini diminta melakukan solat hajat beramai-ramai bagi memastikan kampung mereka aman semula.

Pengerusi Darussyifa' Kelantan, Zaki Ya berkata, orang ramai juga diminta bertenang menghadapinya dan mencari punca sebenar dari mana langsuir itu boleh wujud.

"Ia (langsuir) mahkluk ALLAH SWT dan kita perlu kembalikannya kepada yang asal (ALLAH SWT) dengan sebaik-baiknya melakukan solat hajat beramai-ramai," katanya.

Langsuir ini dikatakan mengganggu penduduk di beberapa kampung di Pasir Puteh termasuk di Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh).


Mengulas mengenai dakwaan seorang bomoh dari Kampung Gong Manak yang menangkap dan memasungkan langsuir itu di tempat khusus, beliau berkata, sebagai manusia sesiapapun tidak boleh menangkap makhluk halus kerana ia adalah halus dan tidak berjasad serta sukar untuk ditangkap.

"Makhluk halus ini boleh boleh masuk melalui dinding, jika dari botol ia boleh keluar kerana sangat halus, jadi kita perlu pulangkannya kepada yang asal (ALLAH SWT) dengan melakukan solat hajat," katanya.

Menurutnya, kerjasama dalam kalangan penduduk buat masa ini amat penting dan mereka perlu bertenang serta mengelak keluar pada waktu malam.

"Darussyifa' mengalu-alukan jemputan orang kampung untuk mengadakan rawatan dan solat hajat secara berkumpulan bagi mengatasi masalah yang menyelubungi penduduk.

"Usah terlalu percaya perkara itu kerana jika terlalu percaya, hati kita dapat dihidu oleh makhluk halus, ALLAH SWT akan menguji kita dan ALLAH SWT akan menampakkannya kepada kita. Kalau kita buat tidak tahu, makhluk halus juga tidak mahu mendekati," katanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers