Saturday, 12 January 2013

Bukti Gambar 1 Juta Rakyat Malaysia Turun #KL112???...





Ini buktinya betapa ramai rakyat Malaysia turun memenuhi Stadium Merdeka tengahari tadi. Lebih sejuta rakyat Malaysia memenuhi stadium yg kapasitinya 30 ribu kerusi.

Tahniah kepada 27 juta 960 ribu rakyat Malaysia yang lain kerana tidak turun ke Stadium Merdeka.

p/s : let's a picture talk a thousand words...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 11 January 2013

Betul Ker #KL112 Dibatalkan Sebab PKR/Pas/DAP Tiada Kata Sepakat...


TERKINI/LATEST: Perhimpunan Shamsidar yg di jadual esok 12hb anjuran Azmin,Tin Chua dan Hishamudin Rais di batalkan atas sebab2 tidak ada kata sepakat dan timbul pertelingkahan di kalangan pkr,dap dan pas.(The Shamsidar gathering suppose to be held 2moro has been cancelled due to many reasons.pls inform and forward to friends)..tq/t.kaseh..rosli.. pkr.

p/s : ini adalah info yang dihantar ke bbm gua... elok sangat ler tu... menyusahkan warga kotaraya jer...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tag Media Langkah Proaktif Jamin Keselamatan... @HishammuddinH2O @tunfaisal


PUTRAJAYA – Langkah memperkenalkan tag media dari polis untuk pengamal media yang akan bertugas semasa perhimpunan yang dianjur pembangkang di ibu negara Sabtu ini merupakan langkah proaktif pihak polis untuk menjamin keselamatan mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia adalah sesuatu yang dipelajari daripada perhimpunan Bersih yang lalu, semata-mata untuk membolehkan pihak polis mengenal pasti media daripada peserta perhimpunan, tanpa agenda lain.

"Pertimbangan kita yang paling penting adalah keselamatan awam, dan apa jua keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan ia bersandarkan kepada keselamatan dan ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand Dr Chalerm Yoobamrung di sini hari ini.

Hishammuddin bagaimanapun berkata soal keselamatan tidak hanya terletak di bahu pihak polis kerana pihak penganjur dan peserta perhimpunan itu sendiri turut bertanggungjawab atas keselamatan masing-masing.

Kalimah Allah: PAS Diambang Perpecahan Atau Drama???...


Kepimpinan tertinggi PAS kini sedang melalui fasa yang getir apabila dilihat berpecah kepada dua kumpulan berikutan wujud fahaman yang berbeza berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara umumnya bersetuju dengan penggunaan itu namun ia ditentang keras Dewan Ulama PAS.

Menurut Abdul Hadi;

Penggunaan kalimah Allah tidak wajar disalah gunakan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan.

"Penganut Islam pelbagai bangsa boleh tetap menyebut perkataan Allah apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

Wednesday, 9 January 2013

Biar Betul : Lelaki Diugut Melakukan Seks Oleh Wanita Selepas 12 Jam Berkenalan???...


Kampar – Seorang pemuda diburu kebimbangan dengan tindakan bodohnya yang menyerahkan gambar bogel kepada wanita yang baru dikenali tidak sampai 12 jam, menyebabkannya menjadi mangsa peras ugut selain dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 20, mendakwa menjadi mangsa wanita itu selepas berkenalan melalui laman sosial.

Dia yang berasal dari Kranji, di sini, mengenali wanita itu melalui laman sosial VChat awal minggu lalu sebelum saling bertukar maklumat dan berbual di Internet.

"Ketika itu kami membuat perjanjian untuk saling bertukar gambar bogel masing-masing hanya sekadar untuk berseronok.

Tuesday, 8 January 2013

Abby Keluar Fatwa Kata Ibrahim Ali Dan Ahli Perkasa Tak Berakhlak... @abby_abadi112 Tu Berakhlak Sangat Ker...



Abby ni berakhlak sangat ke? Duk mengata orang je kejenyer, sungguh berakhlak tinggi makcik ni...

Ibrahim dan Perkasa memang terakhlak seperti mana PAS, kerana mereka tidak mengafirkan sesama Islam, mereka tidak menjual kalimah Allah SWT kepada non muslims, mereka tidak bermaksiat dengan bini orang di dalam bilik, mereka tidak mengatakan Nabi Muhammad sebelum dilantik jadi Nabi, baginda adalah mamat biasa di kampung, mereka tidak mengatakan Allah itu samseng, mereka tidak membela peliwat, mereka tidak, tapi PAS iya. PAS is DEAD!

Benarkah PM DS Najib Kena Serangan Angin Ahmar????...


Desas-desus kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak terkena serangan angin ahmar (stroke) terbukti hanyalah khabar angin dan satu lagi siri fitnah yang berterusan dari pihak pembangkang.

Sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri memberitahu Mynewshub, sekiranya benar Najib terkena serangan tersebut, tidak mungkin beliau dapat melaksanakan tugas rasmi seperti biasa.

"Kalau hendak kata terkena serangan angin ahmar yang ringan atau mild stroke sekalipun, tidak mungkin Perdana Menteri boleh menaiki kapal terbang untuk menjalankan tugasan rasminya.

"Misalnya pada hari Sabtu lalu, Perdana Menteri bukan sahaja menaiki pesawat rasmi kerajaan tetapi juga menaiki pesawat AirAsia dari LCCT di Sepang menuju ke Kuantan.

"Kalau dari segi nasihat perubatan, mereka yang baru mengalami serangan angin ahmar adalah diharamkan sama sekali menaiki kapal terbang kerana ia akan memudaratkan lagi keadaan pesakit," katanya di sini hari ini.

Dewan Ulama Pas Menentang Bible BM Tidak Boleh Guna Kalimah ALLAH!!!...


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tetap dengan pendiriannya bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan untuk menggantikan "God" dalam Bible versi Bahasa Melayu sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng walaupun ada pemimpin tertinggi parti itu menyokongnya.

Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu didakwa menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH, seperti itu tidak betul.

Harun berkata, penggunaan kalimah ALLAH hanya untuk orang Islam dan Guan Eng tidak wajar meminta agar dibenar untuk menggunakannya dalam Bible Bahasa Melayu.

"Saya memang kata tak boleh, penggunaan kalimah ALLAH untuk orang Islam sahaja. Saya menegaskannya seperti sebelum ini saya sudah bercakap dan tak akan berubah.

Akhirnya DAP Akui Kesilapan Memalukan!!!!...


Pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengakui kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan DAP baru-baru ini memalukan parti berkenaan.

Beliau juga mengakui kesilapan berkenaan secara langsung meletakkan DAP kini dalam serangan musuh politik parti berkenaan.

"Musuh politik kami mungkin melihat ini sebagai satu kelemahan.

"Namun pemimpin DAP bersedia bertanggungjawab dan membetulkan kesilapan tidak kira betapa ia memalukan," dakwanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, DAP menerima perletakan jawatan oleh pegawai pemilihan parti, Pooi Weng Keong.

Sunday, 6 January 2013

[Gambar] Hospital Di Wuhan Buka Wad Seks???...


Sebuah hospital di Wuhan telah membuka wad seks untuk membantu pesakit atau pasangan yang mempunyai masalah mengandung.

Dalam wad ini, ia dilengkapi dengan sofa, televisyen, katil dan juga cakera padat filem 18SX!

Alatan dan buku tentang membuat seks juga turut disediakan pihak hospital.

Selain itu, beberapa orang pakar tentang bidang sakit tuan dan puan untuk memberi tips kepada pasangan yang mempunyai masalah mengandung turut disediakan.

Bayaran yang dikenakan untuk satu malam berada di dalam wad ini adalah RM520.

Kedengaran agak jangkal, namun tidakkah ia sekurang-kurangnya dapat membantu menyelamatkan perkahwinan daripada bercerai-berai?

Tetapi untuk hospital seperti ini wujud di Malaysia, agak kurang sesuai.

Rakyat Malaysia kan pemalu orangnya? Tak gitu?


Paderi Lega Kenyataan Mat Sabu ‘Allah Untuk Orang Bukan Islam’!!!!...


Kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa bukan Islam juga dibenarkan merujuk Tuhan sebagai "Allah" melegakan, selepas kenyataan yang bercanggah dari ketua penerangan parti Islam tersebut.

"Jaminan timbalan presiden PAS kekal dengan pendiriannya tiga tahun lalu sungguh melegakan. Kami menghormati pendirian konsistennya, dan mengagumi keberaniannya dan mengalu-alukan beliau sebagai rakan kebenaran yang ikhlas," kata Uskup Paul Tan yang dilaporkan kepada sebuah portal berita, sehari selepas Mohamad menerangkan pendirian parti.

Pemimpin PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu, berkata: "Presiden PAS telah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain selain Islam untuk menggunakan nama 'Allah'. PAS masih kekal dengan pendirian itu."

Untuk orang Islam di Malaysia, yang merangkumi 60 peratus dari 28 juta penduduk, mendakwa perkataan Arab itu adalah nama yang ekslusif untuk Tuhan mereka, dan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan Gereja Katolik untuk menggunakan perkataan tersebut sebagai Tuhan untuk orang Kristian dalam bahagian Bahasa Melayu akhbar mingguannya, Herald, yang dibaca kebanyakannya dari Borneo.