Saturday, 24 August 2013

Samseng Geng Kongsi Gelap Serang Polis Di Perak!!! @PDRMsia


IPOH: Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.

Thursday, 22 August 2013

Gambar Ibu Lina Joy Mendoakan Beliau Kembali Ke Pangkal Jalan... #kalimahAllah


Inilah ibu kepada Lina Joy, wanita Melayu Islam yang menggegarkan bumi Malaysia apabila beliau memfailkan ke mahkamah untuk menukar agamanya daripada Islam kepada Kristian. Kes Lina Joy menjadi berita panas apabila ia menjadi contoh secara terang-terangan anak Melayu Islam menukar agama dan murtad.

Cuma kali ini bukan cerita Lina Joy yang nak dikongsi bersama tetapi adalah cerita seorang ibu yang pernah mengalami saat sedih bila anak yang dilahirkan dan dididik sempurna ilmu agamanya bertindak menukar agama dan murtad. Pengalaman pahit si ibu ini mungkin memberi semangat kepada si ibu untuk turut hadir ke Istana Kehakiman bagi memberi sokongan kepada isu Kalimah Allah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Senarai Terkini Mangsa Cedera Nahas Bas Di Genting???


Berikut dipaparkan senarai terkini mangsa yang cedera dalam nahas Bas Genting yang terhumban ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting – Karak pada pukul 2.45 petang tadi yang mengorbankan 37 nyawa.

Senarai ini yang dikeluarkan Bernama melibatkan mereka yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang. Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.

Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL:

1. Wong Teraphong, 63 (Thailand)
2. Ali Haider Syed Haider , 46 (Bangladesh)
3. Saidah, 19 (Malaysia)
4. Razif, 26 (Malaysia)
5. Tan Ming Shing, 26 (Malaysia)

Manakala mangsa dirawat di Hospital Selayang dikenali sebagai:

1. Raawnok Arefin (Bangladesh)
2. Nur Syamimi Ja'afar (Malaysia)
3. Nur Fatihah Ja'afar (Malaysia)
4. Rashidah Buyan (Bangladesh)
5. Andri Purwadi (Indonesia)
6. Nurul Quraitul Aini (Malaysia)
7. Rezyan Arefin (Bangladesh)
8 . Nur Fridil Gusman (Indonesia)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 21 August 2013

Biar Betul??? Penyokong Tegar PKR Bertanding Jawatan Ketua Cawangan UMNO Dalam Wilayah??? @NajibRazak @tunfaisal

Sesak nafas gua sekejap macam kena "heart attack" bila gua dengar cerita penyokong tegar PKR yang terang-terang membantu Pakatan Rakyat semasa PRU13 lepas bertanding sebagai Ketua UMNO sebuah Cawangan dalam Bahagian di Wilayah.

Apa nak jadi dah nie??? Macam mana manusia sebangsat ini boleh mendapat sokongan akar umbi sampai berani nak bertanding sebagai jawatan tertinggi dalam Cawangan. Bila difikirkan guna akal yang waras takkan la individu tersebut boleh bertanding kalau tak mendapat sokongan dari akar umbi.

Menurut kata sumber gua, gambar dan maklumat peribadi individu tersebut sudah ada dan akan diperolehi dalam masa yang terdekat. Nanti gua akan kongsikan bersama pembaca setia blog gua.

Macam mana benda macam ni boleh berlaku. Macam mana kepimpinan Cawangan dan Bahagian boleh membiarkannya. Cuba kita bayangkan kalau individu macam ni berjaya memenangi pemilihan dan dilantik menjadi Ketua UMNO Cawangan nanti. Bukankah pelbagai masalah pasti akan timbul dan ini sudah pasti menyusahkan Bahagian yang terlibat.

Gua juga dimaklumkan benda ini bukan sekadar berlaku di Bahagian Wilayah, di Bahagian lain juga mungkin berlaku. Bukan setakat penyokong PKR, mungkin juga penyokong tegar Pas yang bertanding dan menang seterusnya diangkat menjadi pemimpin akar umbi.

p/s : kita tunggu dan mari kita lihat siapa yang kena!!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila Mayat Penjenayah Diarak Seperti Wira Oleh Pemimpin Pakatan???



Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia hari ini apabila penjenayah dianggap sebagai wira manakala pihak berkuasa dianggap sebagai musuh.

Itulah yang berlaku dalam kes lima orang penjenayah yang dipercayai ahli kongsi gelap yang maut dalam serbuan polis di sebuah rumah di Pulau Pinang.

Inilah yang berlaku apabila politik persepsi yang cuba diterapkan oleh pembangkang kepada rakyat.

Kenapa pembangkang suka membela penjenayah tetapi menyalahkan polis dalam segala tindakan yang polis lakukan untuk mencegah dan mengekang jenayah.

Mungkin akibat daripada tindakan segelintir pemimpin politik inilah yang menyebabkan jumlah jenayah kian meningkat akhir-akhir ini.

Atau adakah suasana sebeginilah yang diinginkan berlaku oleh pembangkang kepada negara agar mereka boleh sentiasa menudung jari kepada pihak kerajaan dan polis agar rakyat melihat kerajaan dan polis hari ini tidak lagi mampu untuk mengawal negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 20 August 2013

Zed Zaidi Tawar Diri Jadi Exco Pemuda UMNO Sebagai Wakil Golongan Seni... @RozaidiJamil @Khairykj


PRESIDEN Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mengesahkan hasratnya untuk bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti Oktober depan.

Zed Zaidi, 33, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil yang juga Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu berkata, dia mengambil keputusan tersebut setelah mendapat sokongan padu daripada ahli pergerakan itu seluruh negara.

"Pada asalnya saya hanya bertanya pendapat sahaja namun apabila melihat maklum balas yang menggalakkan terutamanya daripada pemuda-pemuda daripada setiap negeri, saya teruskan hasrat tersebut (bertanding).

"Sekarang saya dalam proses kempen dan perkenalkan diri. Saya sudah pergi beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan Kedah untuk berjumpa dengan pemuda-pemuda di sana," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Zed berkata, matlamat utama untuk dia bertanding jawatan tersebut adalah bagi menjadi wakil daripada golongan seni untuk memberi pendapat selain menjadi orang tengah kepada pucuk pimpinan.

Pemimpin DAP Penang Plak Bela Pembunuh Upahan Dengan Menghasut Orang India??? @PDRMsia


Penang: 5 penjenayah tumpas setelah berbalas tembak dengan polis. Tahniah kepada PDRM kerana sanggup mengambil risiko walaupun dihujani peluru dari pistol penjenayah seblm penjenayah mati ditembak.

YANG PELIKNYA: DAP cuba jadi wira kepada kelima-lima penjenayah ini dengan cara:

1. Suruh kaum India dan ahli keluarga penjahat yang mati berhimpun dan tunjuk tak puas hati pada polis.

2. Mengajar / draf laporan polis mendakwa polis bertindak kejam.

3. Menyeru orang-orang India keluar beramai-ramai ikut mayat penjenayah tersebut dan jadikan mereka sebagai WIRA.

4. Menggesa NGO lain termasuk bar council / suhakam / hindraf kutuk polis.

FAKTA:

1. Yang mati tu penjenayah... so adakah ini ahli pada persatuan penjenayah terbesar di Malaysia yang sibuk-sibuk simpati.

2. YB Rayes di Penang yang ajar keluarga penjenayah buat repot polis tak puas hati. Dia ni siapa??? Ketua gengster ke 04 jugak ke or 36 or 08 India.

3. Polis lambat ambil tindakan bising tapi bila polis menyabung nyawa berbalas tembak tetiba tim menteri ketua hindraf / wakil-wakil rakyat Dap dan Pakatan muncul dengan gaya seorang hero untuk tunjuk simpati pada penjenayah dan kata polis pula brutal.

APA NI!!!! INI MALAYSIA LA ... kita tak terima kongsi gelap di sini dan ahli politik yang dapat undi dari penjenayah dan pembunuh.

SAMA-SAMA LA BERGANDING BAHU DENGAN PASUKAN KESELAMATAN JAGA NEGARA. Bukannya bela anjing kamu untuk gigit polis dan orang Malaysia yang tak berdosa.

AHLI POLITIK MACAM NI LA BAPAK SEGALA KEJAHATAN SEBENARNYA.

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat MALAYSIA yang cinta keamanan tak kira la MELAYU / CINA / INDIA dan lain.-lain

Bantulah PDRM utk menjaga keamanan kita!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pasal Isu NFC, Kak Ijat Tak Takut La Nak Pertahankan Jawatan??? @ShahrizatJalil


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak gentar untuk berdepan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) membabitkan suaminya pada pertandingan merebut jawatan tertinggi Pergerakan Wanita Umno Oktober ini.

Ketua Wanita Umno itu tidak menolak isu itu akan dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak menyokongnya, dan menegaskan beliau tidak gentar dengan perkara itu.

"Yang hendak bertanding adalah saya, Shahrizat Abdul Jalil dan bukannya suami saya (pengerusi eksekutif NFC Datuk Dr) Mohamad Salleh Ismail.

"Suami saya walaupun menghadapi pelbagai tohmahan dan fitnah, beliau tidak dijatuhkan apa-apa hukuman...kita kena ingat dalam dunia ni termasuk Malaysia seseorang itu tidak dianggap bersalah sebelum hukuman dijatuhi," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat pemilihan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

"Saya tak tahu ia (isu NFC) menjejaskan atau tidak (peluang untuk menang). Pada saya isu ini dah dua tahun dimainkan pembangkang, dan tak ada apa yang Wanita (Umno )tidak tahu. Mereka dah dengar semua, pada saya pilihlah sesiapa yang mereka mahu," katanya.

Monday, 19 August 2013

Hati-Hati!!! Kejadian Curi Pun Berlaku Di Rumah Terbuka!!!


Buat anda yang mahu mengadakan rumah terbuka, silalah ambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berhati-hati dengan kehadiran tetamu yang datang lebih-lebih tetamu yang tidak dikenali.

Gambar di atas ini merupakan salah satu contoh kejadian curi, dilaporkan berlaku di Paya Keladi Tengah, Kepala Batas, Pulau Pinang yang dikongsikan oleh seorang pengguna bernama Walid Ismail menerusi laman Facebooknya.

Penduduk telah berjaya menangkap beberapa tetamu yang berkemungkinan didalangi oleh sindiket tertentu, menyasarkan majlis-majlis rumah terbuka yang kerap kali diadakan pada cuti hujung minggu pada bulan Syawal ini.

Mereka berlagak seperti tetamu lain dan menyamar seperti mengenali tuan rumah yang menganjurkan majlis rumah terbuka itu.

Halamak!!! Senjata Api Di Malaysia… Boleh Dibeli Di Facebook Jer!!!


KUALA LUMPUR – Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.

Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan 'assault rifle' dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.

Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.

Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.

Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar.

Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 'likes' di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.

Gempar!!! Ustaz Azhar Idrus Memandu Secara Merbahaya Sampai Eksiden???


Susulan kemalangan yang melibatkan kenderaan Volkswagen Golf GTI milik Ustaz Azhar Idrus dengan kereta Proton Iswara hari tu, banyak pihak menyalahkan cara pemanduan laju dan merbahaya yang diamalkan oleh ustaz popular itu.

Menurut sumber beberapa laman blog, ramai saksi kejadian mengatakan Ustaz Azhar memandu laju dan telah melanggar lampu merah sekali gus menghentam Iswara yang sedang membuat pusingan U di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

Malah, ramai pengikutnya di laman Facebook menyatakan Ustaz Azhar sememangnya seorang kaki pecut dan ada yang pernah melihat kereta kepunyaan Ustaz Azhar memecut lebih 200kmj di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Berikutan kemalangan itu, banyak pihak mahu Ustaz Azhar dikenakan hukuman yang setimpal dengan tabiatnya yang gemar memecut laju tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Buat UAI, lain kali berhati-hatilah di jalan raya, tak salah nak memecut, tapi tengoklah kesesuaian serta jangan sesekali melanggar lampu merah seperti yang dilakukannya sehingga mengakibatkan kemalangan yang tidak melibatkan sebarangan kemalangan jiwa itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 18 August 2013

Tahniah @AzwanBro Mengekalkan Jawatan Ketua UMNO Sekali Lagi... @NajibRazak @KhairyKJ #Pemilihan


Tahniah buat Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak sdr Khairul Azwan Haron yang sekali lagi mengekalkan jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan Balun Bidai dalam persidangan cawangan semalam secara sebulat suara.

Persidangan UMNO Cawangan Balun Bidai juga secara sebulat suara menyokong penuh hasrat Azwan yang mesra dengan AzwanBro untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa akar umbi di Perak memberi sokongan penuh kepada hasrat WanBro untuk bertanding jawatan nombor 2 sayap Pemuda UMNO Malaysia.

p/s : harap-harap jangan jadi KC Cawangan Balun Bidai kena balun sudah ler yob...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.