Saturday, 9 November 2013

Kalimah Allah: Pakatan Rakyat Bakal Buat Mat Yo Tidak Boleh Main Bola Seumur Hidup???


Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang begitu kurang ajar menayangkan kalimah Allah ketika perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dengan Bahrain pada 15 Oktober lepas, berhadapan dengan kemungkinan digantung dari permainan bolasepak seumur hidup.

Ini setelah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerima aduan mengenai perkara tersebut dari Pakatan Rakyat dan bakal membuat keputusan mengenai nasib pemain pasukan JDT itu pada bila-bila masa dari sekarang.

Pada 30 Oktober yang lepas, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dipetik sebagai berkata bahawa FAM telah menghantar surat penjelasan mengenai perkara tersebut kepada AFC.

Bagi yang tidak tahu, sebelum menjadi Setiausaha Agung FAM, Hamidin ialah Setiausaha Persatuan Bolasepak Selangor – negeri yang sekarang diperintah Pakatan Rakyat.

Jadi janganlah terperanjat kenapa isu ini sampai ke pengetahuan AFC.

p/s : kita nantikan apakah kesudahan nasib Mat Yo. Dah hari tu kecoh pasal bini dia kurang ajar dengan pakcik guard. Mat Yo! Mat Yo....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 8 November 2013

Puaka Niring : 11 Tahun Dikebumikan Jenazah Masih Seperti Baru Di Segamat...



Hari ni kecoh dengan gambar-gambar dan cerita mengenai penemuan tiga jenazah yang masih baik kain kapannya walaupun sudah 11 tahun disemadikan. Jenazah ini dijumpai ketika proses pemindahan tanah perkuburan Islam di Kampung Batu Badak, Gemereh, Segamat bagi membolehkan dibina lebuhraya baru Segamat - Tangkak.

Dikhabarkan jenazah ini adalah jenazah arwah Haji Md Raof dan isterinya yang terkenal sebagai guru Al-Quran semasa hayat mereka. Menurut cerita lagi, pasangan ini sering membaca ayat suci Al-Quran semasa hayat mereka. Sewaktu kubur mereka digali semula, pekerja menjumpai jenazah dengan kain kapan yang seperti masih baru dan seperti tidak terusik oleh bumi seolah-olah baru dikebumikan semalam sedangakan sudah 11 tahun jenazah disemadikan.

Bukan itu saja, sewaktu kerja-kerja mengorek liang lahad dilakukan bauan wangi-wangian semerbak menerjah ke lubang hidung petugas. Bukan seperti kebiasaan apabila daging dibiarkan akan berbau busuk menusuk lubang hidung.

Sehingga kini 3 jenazah yang dikebumikan antara 7 hingga 11 tahun masih dalam keadaan elok. Kain kapannya masih kukuh dan semasa mengeluarkan jenazah tersebut berbau harum semerbak

Mulianya pasangan ini... Subhanallah...
Bertuahlah sesiapa yang rajin mmbaca Al-Quran nanti....

Subhanallah... Allahuakbar....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kekalahan BN Di Sg. Limau Kerana Kelemahan NKPUM @AzwanBro??? @NajibRazak @KhairyKJ


Sudah tiga hari berlalu PRK Sg. Limau baru-baru ini dan keputusannya pun satu Malaya dah tahu. Pas masih mengekalkan kerusi DUN yang ditinggalkan oleh penyandang lama arwah Ustaz Azizan. Umum sudah tahu analisis kenapa Pas menang dan kenapa BN kalah.

Cuma kali ini bukan itu yang mahu gua kongsikan. Yang gua mahu kongsikan adalah beberapa kelemahan jentera BN yang gua lihat sendiri depan mata terutama jentera Pemuda Bahagian dan jentera Pemuda Pusat. Dari maklumat yang dikongsikan oleh beberapa orang sahabat, jentera Pemuda Pusat kali ini tidak diketuai oleh Ketua Pemuda, Khairy tetapi oleh Naib Ketua Pemuda (NKPUM) baru iaitu Khairul Azwan a.k.a wanbro bersama Exco Pemuda yang baru memenangi dalam pemilihan UMNO baru-baru ini.

Patut la ramai orang UMNO terutama dari kalangan Pemuda dok kata barisan exco yang ada kali ini agak lemah dan rapuh serta kurang berpengalaman. PRK Sg. Limau adalah medan tempur pertama Exco Pemuda baru untuk menunjukkan kebolehan kepimpinan mereka. Ditambah pula dengan kelemahan ketua jentera Pemuda yang juga NKPUM baru sehinggakan hari mengundi boleh dikira jentera Pemuda UMNO berbanding dengan jentera pemuda Pas.

Thursday, 7 November 2013

Bekas PM Australia Pun Rasis Ngan Orang Cina... Takkan Kita Tak Boleh!!!


Bekas PM Australia Bosan dengan orang Cina Australia…!!!

1. Orang Cina yang harus sesuaikan diri di negara ini, bukan kami sebagai Australian. Terima atau keluar sahaja dari sini. Saya selaku bekas Perdana Menteri bosan dengan negara yang bimbang tentang sama ada kita menyinggung orang Cina yang tinggal dinegara ini. Sejak serangan pengganas di Bali, kami telah mengalami peningkatan dalam patriotik oleh majoriti Australia. Oleh itu, budaya orang kami telah dibangunkan sejak dua abad perjuangan, melalui pelbagai ujian dan kemenangan diperjuangkan oleh orang asal Australian yang berjuang mendapatkan kebebasan.


2. Bahasa:

Kami orang Australian bertutur didalam Bahasa Inggeris, bukan bahasa Mandarin, Hokkien atau bahasa Cina yang lain. Oleh itu, jika anda orang Cina ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat kita atau menyesuaikan keadaan disini, sila belajar bahasa kami iaitu Bahasa Inggeris. Bukan kami yang perlu belajar bahasa Cina. Sikap kamu orang Cina yang berkelompok dan hanya menggunakan bahasa Cina sesama kamu membuatkan kami orang asal Australia tidak faham dan ini seperti menghina kami.



3. Agama:

Sunday, 3 November 2013

Puaka Niring : Misteri Perkuburan Cina Di Bukit Choras... #PRKSgLimau #BeraniHijrah


Jika anda mengunjungi perkampungan melayu Bukit Choras yang terletak dalam DUN Sg. Limau, Yan, Kedah pasti anda akan tertanya-tanya bagaimana sebuah tanah perkuburan cina boleh berada di dalam kawan perkampungan melayu.

Menurut cerita penduduk setempat tanah perkuburan cina itu dibuat kerana ia lokasi paling strategik mengikut feng sui cina iaitu tanah perkuburan mestilah terletak di kaki atau kawasan bukit menghadap matahari terbit. Kawasan perkuburan itu telah ada sejak berpuluh tahun dulu lagi bermula dengan beberapa keluarga cina mendiami kawasan Sg. Limau membuka perniagaan lalu berkembang menjadi pekan kecil seperti di Pekan Simpang Tiga dan Pekan Sungai Limau sendiri.

Menurut cerita penduduk setempat itu sendiri memang kawasan tanah perkuburan cina tersebut ada cerita misterinya yang tersendiri. Menurut cerita penduduk setempat yang pernah melalui kawasan perkuburan cina itu di waktu malam sering terlihat kelibat lembaga hitam bercangkung dekat batu nisan cina.

Namun begitu, perkara-perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan kepada penduduk Bukit Choras malah mereka sudah lali dengan usikan-usikan makhluk halus sebegini.

p/s : jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cikgu Sekolah Kebangsaan Kg Kubur Panjang Kepala Pemuda Pas Dikategorikan Ganas??? @MuhyiddinYassin #PRKSgLimau #BeraniHijrah


Apa nak jadi la dengan cikgu Sekolah Kebangsaan Kg Kubur Panjang, Pendang yang tinggal di Kg Bukit Chorus bila dia pulak jadi kepala samseng kampung dengan mempengaruhi anak muda supaya menyertai Pas. Hasil maklumat risikan individu yang juga sering guru kanan telah dikenalpasti sebagai ketua atau kepala Pemuda Pas.

Bukan setakat dia ni jadi kepala kepada Pemuda Pas kampung, beliau jugak didapati mempengaruhi beberapa orang guru muda yang mengajar di sekolah berhampiran tapi menetap di Bukit Choras untuk menjadi Pemuda Pas sehingga tahap ekstrem. Orang setempat dah kenal sangat perangai "chengei" cikgu ni sampai satu tahap kalo cikgu ni suruh macai-macai Pas ni bertindak ganas pun anak buah dia akan patuh.

Pasti ada yang kata kalo takat sembang deraih tapi takda bukti nak cerita pasa cikgu ni tak guna. Identiti cikgu ni gua rahsiakan dulu cuma biarlah dikenali sebagai "cikgu Z" sudahlah denga no kad pengenalan 65****-02-***1 sudah la. Kepada sapa yang kenal siapa cikgu tu kenal la, pada yang tak kenal tu kena la mai cari gua. Nanti gua bagi semua detail.

Cikgu ni sampai satu tahap orang tempatan mengkategorikan sebagai penyokong kuat Pas yang ganas. Cuba bayangkan macam mana kalo dia dah bertahun-tahun mengajar serta mempengaruhi pelajar-pelajar di sekolah-sekolah kerajaan berhampiran menjadi penyokong tegar Pas. Inilah masalahnya bila guru dan terlalu taksub dengan kepartian seperti Pas.

Jika ada pemimpin kita terutama Menteri Pendidikan atau mereka yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan agar dapat mengambil serius perkara ini dan tindakan yang sewajarnya harus dikenakan kepada guru tersebut.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Banner "Black Ops" Pas Mula Meracuni Pengundi #PRKSgLimau!!! #BeraniHijrah


Kain rentang atau banner ini mula dikesan sejak beberapa hari lepas dibeberapa kawasan panas sekeliling DUN Sg. Limau. Sekali imbas tidak ada istimewanya kain rentang ini tetapi jika diperhalusi bait-bait ayat tersebut ia boleh "meracuni" pemikiran pengundi untuk memangkah siapa pada 4hb nanti.

"Politik damai.... BN dah dapat Kedah.... Sungai Limau untuk Pas...." Begitu antara bait-bait ayat yang tertulis pada banner tersebut. Ia seolah-olah memujuk pengundi Sg. Limau agar memangkah Pas kerana tiada gunanya mereka memangkah BN kerana kerajaan negeri sudah berjaya dimenangi BN.

Pengundi Sg. Limau harus sedar taktik halus ini sama sekali tidak akan menguntungkan penduduk setempat kerana pelbagai masalah bakal timbul dek kerana sistem politik itu terputus kerana ahli parlimen diwakili BN dan jika ahli DUN diwakili Pas. Sistem ini bakal berjalan lancar antara kerajaan pusat dan negeri yang diwakili BN jika DUN diwakili BN. Segala permasalah yang timbul kelak dapat dibawa ke atas sama ada di peringkat negeri atau pusat melalui ahli parlimen.

Oleh itu pengundi harus bijak dan berhati ketika memilih dan memangkah kertas undi pada hari Isnin depan 4hb agar tidak membuat kesilapan yang akhirnya terpaksa ditanggung anak cucu di masa depan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.