Hubungan pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee atau lebih dikenali sebagai 'Alvivi' sebagai kekasih boleh dikira sudah berakhir selepas Alvin mengaku Vivian bukan lagi teman wanitanya.
Hubungan intim yang sepatutnya dilakukan secara bertutup pun dikongsikan dengan orang ramai, apatah lagi perasaan sendiri bukan?
Jadi tindakan Alvin dan Vivian menunjukkan masalah hubungan mereka secara terbuka ini tidaklah pelik sebenarnya.
Alasan perpisahan mereka juga langsung tidak mengejutkan iaitu Vivian dikatakan kantoi melakukan hubungan seks dengan lelaki lain di belakang Alvin.
Alvin menjelaskan kepada The Malay Mail, dia dan Vivian memang mengamalkan hubungan terbuka di mana mereka setuju bahawa masing-masing boleh melakukan seks bersama orang lain, dengan syarat di hadapan mata satu sama lain.
Bagaimanapun Vivian dikatakan ingkar peraturan itu apabila melakukan seks dengan lelaki lain di belakangnya, Ogos tahun lalu.
Sebagai balasan, Alvin melakukan perkara serupa sebulan selepas itu.