Saturday, 1 March 2014

P*****k!!! Video Ucapan Rosmah 40 Saat Dimanipulasi Portal Terbaik KONON MalaysiaKini???


Bila dok selalu muncul di majlis rasmi dan di khalayak ramai pembangkang melalak bising. Bila dah tak ada dalam radar media pembangkang sibuk dok spin pasal benda yang mengarut. Itulah nasib isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Bila pembangkang sudah ketandusan idea dan gagal mencari kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia maka sasaran merea adalah Rosmah sebagai individu yang paling hampir dengan Najib. Pelbagai fitnah ditabur seperti isu pembelian cincin bernilai berjuta, isu campur tangan Rosmah dalam isu pembunuhan model Mongolia Al Tantuya, isu tugas beliau sebagai isteri Perdana Menteri apabila mengikuti Najib ke luar negara bagi urusan rasmi negara. Semua itu adalah fitnah pembangkang semata-mata yang tidak mampu dibuktikan oleh mereka. Yang terbaru adalah ucapan Rosmah ketika merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2014 yang berlansung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, katanya beliau juga amat meminati fesyen tetapi "rakyat telah ambil semuanya" daripada dirinya. Rosmah mendakwa masanya kini banyak diluangkan dengan rakyat sehingga tiada waktu untuk hobinya iaitu bermain badminton seperti yang dilaporkan HarakahDaily KLIK SINI.

Video berdurasi 40 saat ini yang dimuatnaik oleh MalaysiaKini portal "Terbaik" KONON hanya mengambil sebahagian kecil daripada keseluruhan ucapan Rosmah dalam majlis tersebut. Apa tujuan sebenarnya "PORTAL TERBAIK KONON" hanya memuatnaik sebahagian kecil sahaja ucapan tersebut sepatutnya MalaysiaKini memuatnaik keseluruhan ucapan barulah adil dan telus serta tidak mempunyai agenda tersembunyi. Nampak sangat MalaysiaKini mempunyai agenda tersembunyi dan secarfa halus cuba mempengaruhi rakyat dengan mewujudkan persepsi negatif terhadap Rosmah kepada rakyat. Segala usaha atau kerja baik yang dilakukan oleh isteri-isteri kepada pemimpin kerajaan akan di"kondem" oleh pembangkang dengan mewujudkan pandangan negatif melalui cerita-cerita sebegini. pembangkang akan kata apa saja sehingga setiap apa saja yang dilkukan oleh isteri-isteri pemimpin kerajaan adalah salah dan tidak betul.

Apa pemimpin pembangkang yang terdiri dari Pakatan Rakyat juga mempunyai isteri dan ada dikalangan mereka juga bergelar "Datin", "Datin Seri" atau "Puan Seri". Apa mereka hanya sekadar duduk di rumah dan dijadikan "HAMBA SEKS" sekadar "PEMUAS NAFSU" kepada suami-suami mereka yang bergelar YB atau Ahli Parlimen dan Ahli DUN. Ini adalah sebahagian daripada contoh suami kepada isteri-isteri pemimpin pembangkang yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli DUN atau pun pemimpin tertinggi parti dalam Pakatan Rakyat seperti yang dikongsikan sahabat blogger AktivisPendangjr KLIK SINI :

1 - Pemimpin Pertama PR yang isteri duduk di rumah




2 - Pemimpin kedua PR yang tinggalkan Isteri di rumah




3 - Pemimpin ke 3 PR yang tinggalkan Isteri-isteri di rumah




4 - Pemimpin PR ke 4 yang tinggalkan isteri-isteri di rumah


"dan ramai lagi pemimpin PR yang tinggalkan Isteri di rumah dan mereka sapu lauk di luar , banyak sangat Apj nak masukkan so ini saja cukuplah untuk tatapan Isteri-isteri PR yang di rumah tu !! huh"

Itu belum lagi citer seorang isteri bergelar Ahli Parlimen yang masih muda tapi disebabkan terlalu menyibukkan diri hingga mengabaikan suami dan keluarga dan akhirnya bibit-bibit keretakan rumahtangga sehinggalah turun naik mahkamah syariah nak selesaikan kes cerai-berai dia. Apa ini contoh yang baik nak ditunjukkan kepada rakyat. Apabila kes seperti ini berlaku kepada pemimpin pembangkang boleh pulak dan rakyat buat tak nampak jer. Inilah pembangkang, kalo pemimpin mereka buat tak apa kalo pemimpin kerajaan buat walaupun perkara dan benda bik pun mereka masih nak pusing kata tak baik.

Inilah klip video berdurasi 40 saat pasal ucapan Rosmah yang dimanipulasi oleh portal pembangkang yang diberikan anugerah "Portal Terbaik". Mana mungkin orang bagi ucapan 40 saat. Agak-agak la kalo nak menipu pun.



Cerita lain yang berkaitan dengan video klip 40 saat Rosmah nie boleh rujuk kat bawah nie :



Friday, 28 February 2014

Puaka Niring : Misteri Nur Fathia Dirasuk Ketika Pementasan Di Istana Budaya???


Pelakon Nur Fathia tidak pasti apakah punca yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri ketika pementasan teater Bidasari di Panggung Sari, Istana Budaya dekat sini minggu lalu.

Fathia atau nama sebenar Nur Fathia Latiff, 26, berkata dia hanya mengetahui apa yang berlaku selepas diberitahu oleh pelakon lain yang turut berada di tempat kejadian.

“Saya sendiri kurang pasti apa yang berlaku tetapi apa yang saya tahu saya pengsan dan tidak sedarkan diri dan apabila tersedar ada dua orang ustaz di hadapan saya.

“Saya tidak pasti apa yang terjadi sama ada saya dirasuk atau pun sebaliknya. Tapi, menurut kata kawan-kawan saya yang lain, mereka ada ternampak saya di lokasi berbeza ketika saya pengsan itu,” jelas kepada mStar Online.

Fathia berkata demikian ketika diminta mengulas apabila dia dikatakan dirasuk ketika pementasan Bidasari yang berlangsung 11 hingga 17 Februari lalu di Panggung Sari, Istana Budaya.

Disebabkan kejadian itu, tempat Fathia telah digantikan dengan seorang pelakon lain untuk beberapa babak sebelum dia kembali ke pentas.

Tambah Fathia, dia turut tidak menolak kemungkinan faktor kepenatan sebagai penyebab dia jatuh pengsan.

Sementara itu, pihak Istana Budaya menggalakkan mana-mana produksi supaya melakukan upacara tahlil dan bacaan doa terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu pementasan.

Kantoi!!! Harakahdaily Fitnah TPM Kempen Di Surau??? #PRKKajang


TULISAN Ahmad Tajdid di Harakahdaily.net bertajuk ‘BN melanggar pantang di Kajang’ bagi saya dibuat oleh orang yang tiada di tempat kejadian.

Itu kesimpulan mudah saya yang membuat liputan Program Mesra Rakyat Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Dukung Isnin lalu.

Ini kerana bagi puluhan wartawan yang hadir ketika acara tersebut, semua maklum bahawa program sebenar di tapak gelanggang futsal bukan di Surau Al Falah.

Cerita mudahnya begini, Muhyiddin mengatakan lawatan separuh hari ke Kajang, sebelah pagi, beliau mengadakan mesyuarat dengan Barisan Nasional Negeri di Pejabat UMNO Hulu Langat di pekan Kajang.

Kemudian beliau singgah di rumah seorang warga emas di Sungai Sekamat dan kebetulan tidak jauh dari rumah itu ada kematian dan TPM singgah untuk menziarahi jenazah.

Dari situ beliau terus ke Bukit Dukung.

Sebaik sampai, bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan penduduk kampung, TPM ke Surau Al Falah untuk bacaan doa selamat.

Tidak ada ucapan ketika majlis bacaan doa selamat. TPM sendiri arif bahawa untuk berucap dalam surau dan masjid di Selangor perlu ada tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Selepas selesai bacaan doa selamat, TPM keluar dan beramah mesra dengan orang ramai di gelanggang futsal Bukit Dukung yang terletak tidak jauh dari surau.

Tulisan Ahmad Tajdid “calon BN dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut hadir di Surau Al Falah untuk berjumpa dengan pengundi- pengundi.” adalah fitnah sama sekali.

Mei Fun datang lebih lewat dari TPM, beliau tidak pernah masuk ke dalam surau. Sebaliknya terus ke tempat acara Program Mesra Rakyat berlangsung iaitu di gelanggang futsal.

Beliau bersama pemimpin komponen BN, termasuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel beramah mesra dengan orang ramai di gelanggang futsal tapak acara, bukan di dalam Surau Al Falah.

Bagi saya dan sesiapa sahaja yang berada di tempat kejadian dan kemudian membaca tulisan di Harakahdaily, jelas pada kami, satu lagi pembohongan yang dibuat dengan cerita yang direka-reka ataupun fitnah.

Thursday, 27 February 2014

Kurang Ajar!!! Biadap Betul Mamat Nie Kata Cikgu Melayu Macam Haram... Pemalas!!!

Kurang ajar!!! memang kurang ajar!!! ko tu kalo bukan kerana jasa seorang guru belum tentu boleh jadi Engineer kerja bagus-bagus tapi bodoh nak mampos hina pekerjaan seorang guru atau cikgu. Kalo korang pi tengok profil facebook mamat ni (KLIK SINI) nampak mamat nie macam seorang pekerja profesional sebab kerja System Engineer. Yang menjadi persoalan di sini, kalo bukan kerana jasa seorang guru atau cikgu yang mengajar beliau masa sekolah rendah lepas tu kat sekolah menengah dan yang last sekali kat universiti Unikl tu belum tentu boleh kerja bagus-bagus.
"These teachers are become lazy... teacher now days become teacher because of money... not people... government take actions because teachers already waste government money when school holiday... I hope government could review back the gicen to the teachers..."

Sumber : Facebook Yusman Kulaan (KLIK SINI)

Memang tak dapat dinafikan sepanjang mamat mangkuk hayun ni belajar kat sekolah sama ada peringkat sekolah rendah, menengah atau universiti sekali pun mesti bmangkuk hayun ni ada belajar dengan cikgu atau guru berbangsa melayu. Tak mungkin mangkuk hayun ni belajar walaupun seorang pun dengan seorang cikgu atau guru berbangsa melayu yang akhirnya mangkuk ni dok maki dan hina.
"Apa yg hebat sgt... aku bg contoh... cikgu sekolah cina ngan cikgu sekolah melayu... mana yg lg berat beban keje... cikgu sekolah melayu nie dah la pemalas... kuat merungut... nak keje senang jer... ade ker pikir anak bangsa... tu yg mengajar kat pendalaman sabah tu baru cikgu sejati... cikgu sekolah cina aku respect... tapi cikgu sekolah melayu... mcm haram... pemalas...

Sumber : Facebook Yusman Kulaan (KLIK SINI)


Wednesday, 26 February 2014

Kenapa Peniaga Melayu Sukar Maju Berbanding Kaum Lain??? #JihadEkonomi


NAH BACA.. Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan Melayu....

Kisah 1:

Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu? Sayang kucing? Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan. Bagi duit mesti tak nak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2:

Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang?

Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3:

Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu. Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya. Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.

Jawapan cina ,"Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."

Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar ….

Kepada peniaga-peniaga melayu di luar sana yang masih tak sedar diri.

Hentikanlah mengalibabakan perniagaan kamu kepada BUKAN BUMIPUTERA!. Toksah berniaga kalau perniagaan kamu cuma bermatlamat nak untung segera!.


Berikut adalah laman-laman web yang cenderung ke arah anti Islam. Kepada korang semua elakkan laman-laman web ini. Semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t dari dugaan dan godaan syaitan serta musuh-musuh Islam!.

Sumber : Islamunity.org

1. http://www.islamreview.com/
2. http://www.faithfreedom.org/
3 http://www.answering-islam.org/
(4) http:// www. muslimhope .com/
(5) http:// www. islameyat. com/
(6) http:// www. islamreview. com
(7) http:// www. muhammadanism. com/
(8) http:// thespiritofislam. com/index. html
(9) http:// www. abrahamic-faith. com/
(10) http:// www. gnfcw. com/
(11) http:// www. knowislam. info/drupal/mno
(12) http:// www. homa. org/
(13) http:// www. thequran. com
(14) http:// www. Allahassurance. com
(15) http:// www. mosque. com
(16) http:// www. newislam. org/
(17) http:// www. islam-exposed. org/
(18) http:// answering-islam. org. uk/
(19) http:// www. answeringinfidels. com
(20) http:// www. islamundressed. com/
(21) http:// www. studytoanswer. net/myths_ch1. html
(22) http:// www. challenging-islam. org/submissions/shariah. htm
(23) www. answering-islam. org
(24) http:// www. Islamundressed. com
(25) http:// www. exmuslim. com/
(26) http:// www. answeringinfidels. com
(27) http:// www. gnfcw. com/
(28) http:// www. dhimmi. com/
(29) http:// www. chick. com/information/religions/islam/
(30) http:// www. acage. org/
(31) http:// www. apostatesofislam. com/
(32) http:// www. secularislam. org/
(33) http:// www. muslim-refusenik. com/
(34) http:// www. icapi. org/
(35) http:// www. hesetsfree. org/
(36) http:// www. letusreason. org/Islamdir. htm
(37) http:// www. kafirnation. com/
(38) http:// www. jihadwatch. org
(39) http:// www. anti-cair-net. org/
(40) http:// apostatesofislam. com/

Jihad ekonomi!!!.

#BUYMALAYFIRST!

sahabat2 semuslim sekalian... wlp kita berlainan ideologi politik sama ada saudara penyokong kerajaan atau pembangkang... marilah kita ramai2 LIKE page Kuasa Pembeli & Pengguna Melayu Islam - KPPMi dan add friend... semoga Allah sahajalah yang akan memberi pahala di atas jasa baik anda sebagai muslim... jazakallahu khairan kathira...





Daim Zainuddin Individu Terkaya Tapi Tak Masuk Senarai "Individu Terkaya Malaysia" Kenapa??? @NajibRazak


Siapa yang tak kenal dengan Tun Daim Zainuddin terutama golongan peniaga dan korporat Malaysia. Ahli politik memang sangat mengenali nama Tun Daim apatah lagi rakyat Malaysia yang tahu betapa kayanya individu yang bernama "TUN DAIM" ini yang satu dunia boleh lihat siapa Daim Zainuddin dalam wikipedia. Gua dari kecik lagi kalo sembang pasal orang kaya-kaya dan kekayaan dia orang mesti depa petik nama Tun Daim sebagai contoh antara individu terkaya Malaysia. Baru-baru ini Malaysian Business keluaran 16 Februari ada mengeluarkan senarai "Individu Terkaya Malaysia" tetapi sangat HAIRAN kerana mengecualikan nama Tun Daim dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia.

Ini antara contoh kekayaan yang dilihat sendiri orang yang ada pengalaman berurusan dengan International Bank of Commerce (ICB) yang dimiliki oleh Tun Daim ini Sila Klik Sini :
Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu apa ‘formula’ yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan ‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi di kalangan mereka yang terkaya di dunia.
“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe,” katanya dalam ‘accent’ Afrikanya yang pekat itu.
Ramai yang tak tahu yang Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB)
ICB kini memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.
Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus.
ICB yang beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London kini mempunyai 130 buah cawangan bank di seluruh dunia!

Wow! Ini baru sebahagian daripada kekayaan yang kita ketahui. Itu belum lagi kekayangan macam Ismit Ulam Raja "Kapal Di Laut Gudang Di Darat". Ini seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh KiniBiz seperti petikan di bawah :
This spurred his involvement in various business activities in key sectors of the economy including banking, broadcasting, plantations, manufacturing, retailing, property development and construction.
By the time he became finance minister in 1984, his total net assets were estimated at about US$259 million (approximately RM853.32 million at 1984 exchange rates).
But that was not all. Daim’s corporate ascension was during the time of the National Economic Policy which aimed to increase Bumiputera participation in the economy. The well-documented effects of the policy involved the rise of an elite group of high-flying corporate kingpins in the go-go years of the 1980s and 1990s.
These men, linked to Daim as his close associates and figuring prominently in most of his major deals, were dubbed Daim’s Boys.
Kekayaan inilah yang dipertikaikan oleh Ahli Parlimen PKR Bukit Katil merangkap Ketua Anak Muda Keliru (AMK) iaitu Shamsul Iskandar yang mempersoalkan Malaysian Business keluaran 16 Februari kerana mengecualikan nama Tun Daim dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia. Apa la si ketot ni dok cemburu sangat kat Daim yang kaya-raya tu.

Tun Daim kata jangan pilih penipu walaupun dia tak pernah menipu pasal kekayaan dia tak gitu Pak Daim...

Monday, 24 February 2014

Puaka Niring : Lembaga Hitam Dicekup Di Perak...


Tindak tanduk mencurigakan ‘lembaga hitam’ yang tergesa-gesa keluar dari pekarangan sebuah rumah di Taman Sempadan, dekat sini, kelmarin membongkar beberapa kes kecurian pakain berjenama dan aksesori kenderaan sebelum ini.

Semuanya terbongkar setelah tertangkapnya lembaga hitam yang juga seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang dikesan sedang memanjat pagar untuk masuk ke dalam rumah mangsa lebih kurang jam 5 pagi.

Ahli Pasukan Keselamatan Daerah Kerian, Lee Sin Chew berkata, pada hari kejadian, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk taman itu lebih kurang jam 5.15 pagi yang melaporkan telah menyaksikan perbuatan seorang lelaki tidak dikenali sedang memanjat pagar rumah jirannya.

Menurutnya, susulan laporan itu, pihaknya segera menghubungi polis, manakala beberapa anggota lain bergegas ke rumah mangsa untuk mengesan suspek.

“Setibanya kami di sana, suspek didapati sedang mengutip beberapa pakaian berjenama milik keluarga mangsa yang disidai di ampaian setelah mengumpil keluar beberapa aksesori dalaman kereta.

“Suspek cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran kami, bagaimanapun gagal melepaskan diri berikutan jumlah kami dan penduduk setempat yang turut sama begitu ramai,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.

Sin Chew berkata, mangsa cuba bertindak agresif sewaktu dicekup orang ramai, bagaimanapun berjaya ditenangkan setelah polis hadir ke tempat kejadian.

#SelawatPerdana #Putrajaya Bakal Menyatukan UMNO Dan Pas Atas Satu Pegangan Iaitu Islam??? @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Salam buat semua pembaca sama ada dari kalangan penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang terutama mereka yang beragama Islam tak kita berbangsa Melayu atau bukan bangsa melayu. Buat seketika kita letakkan perbezaan pendapat dan idealogi politik ke tepi buat sebentar. Marilah kita lakukannya atas nama agama yang kita sanjung iaitu Islam dan kita lakukannya kerana sayangnya kita kepada nabi junjungan kira Rasullullah swt. 

Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal. Majlis selawat dan zikir yang diberi nama Selawat Perdana "Malam Cinta Allah dan Rasul 1435" akan diadakan di Dataran Masjid Putrajaya Precint 1 pada 21hb March 2014 bersamaan hari Jumaat.


وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya : "Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu." ( Surah Al Baqarah ayat 148 )

Atas rasa sayangkan agama iaitu Islam adalah dirayu kepada semua yang membaca artikel ini agar sama-sama membantu mempromosikan dan jika punya kelapangan untuk hadir sama ke majlis agama seperti ini.

Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :

Instagram : @SelawatPerdana

Semoga Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan/puan yang akan turut sama hadir ke program Selawat Perdana ini dan semoga Allah swt memberikan pahala kepada tuan/puan yang turut sama menyebarkan berita baik ini kepada orang lain selaras dengan janji Allah dalam surah Firman Allah SWT :


فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

Marilah kita sama-sama menghayati kemerduan qasidah memuji nabi junjungan kira Rasullullah swt... selamat berzikir dan berqasidah