Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 30 April 2015

Memang Dah Boleh Agak Pas Buat U-Turn Akhirnya Di PRK Permatang Pauh!!!


Sehari dua nie kecoh la di media sosial pasal kenyataan rasmi Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang yang akhirnya akur dengan keputusan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mengarahkan agar jentera kembali membantu calon PKR di PRK Permatang Pauh yang tak lain dan tak bukan calon recycle Wan Ajijah Kipas.

Bukan kita tak boleh agak kejadian ngeri u-turn yang dibuat Pas ni akan berlaku kerana sejak dua menjak ni memang kita dapat lihat banyak perkara flip flop dalam Pas.

"PETALING JAYA: Pemuda Pas Pulau Pinang membuat pusingan U dengan menyatakan sokongan untuk membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei ini.

Pegumuman itu dibuat Ketua Pemuda Pas Negeri, Mohd Yusni Md Piah selepas mengambil kira keputusan yang dibuat pimpinan Pas Pusat.

"Setelah mengadakan perbincangan dengan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, maka kami sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan Pas Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh," jelasnya dalam sidang media di Markaz Pas Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Di sebalik pendirian itu, Pemuda Pas masih bertegas mendesak Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang supaya memohon maaf ekoran kenyataannya yang mencela Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kami juga tetap dengan pendirin kami sebelum ini supaya AMK Pulau Pinang menarik balik kenyataan melampau terhadap Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan memohon maaf," katanya.

Kenyataan terbaru daripada Pemuda Pas Pulau Pinang ini, menjadi tanda tanya terhadap usaha Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat untuk mencari penyelesaian kemelut yang berlaku antara dua sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat (PR)."

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers