Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 10 June 2016

Kalau Dah Dendam Begitulah Dahsyatnya Politik Melayu PAN & PAS!!! #SCS93 #PRKSgBesar


UMUM tahu keadaan politik di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum Piliharaya Kecil PRK diadakan menjurus pada 50/50 sekiranya BN dan pembangkang bertembung satu lawan satu.

Berdasarkan majoriti kecil kemenangan BN di kedua-dua parlimen itu pada PRU lalu, pertandingan tiga penjuru samalah seperti menyerahkan kerusi kepada BN. Malah PKR yang agresif mahukan calonnya bertanding satu lawan satu menentang BN di Sungai Besar, memberikan laluan pada calon PAN setelah menyedari Pas meletakkan calonnya.

Pas mendakwa dua kawasan parlimen itu kerusi tradisi parti itu berdasarkan sejarah pilihanraya lalu. PKR terpaksa mengundurkan diri, kerana sedar untuk menang amat tipis dalam pertandingan tiga penjuru.

Apa pun, sebagai balasan untuk tidak memberikan laluan mudah pada Pas, dan waktu yang sama menjaga reputasi PKR, Pakatan Harapan (PH) memberikan laluan pada ayam tambatan PAN turun menyabung nyawa.

PAN terpaksa turun sebagai ayam jaguhan kerana kedudukannya sebagai parti pengganti setelah Pas keluar dan Pakatan Rakyat (PR). PAN mendakwa, penyertaannya penting dalam PRK ini demi agenda menjatuhkan BN. Namun, alasan palsu yang dipertaruhkan PAN sebenarnya meletakkan peluang Ummo semakin cerah untuk mempertahankan kedua-dua kerusi itu.

Mengalahkan BN tidak lagi menjadi penting. PAN turun sebagai pemecah undi untuk menghapuskan peluang Pas meraih kemenangan. Bagi PAN, sekiranya dibiarkan Pas menang, ini akan membuktikan kedudukan parti Islam itu semakin kuat setelah meninggalkan PR. Bagi PAN, ini percaturan penting. PAN harus memusnahkan peluang Pas, walaupun akibatnya BN akan kekal menerajui kawasan itu.

Manakala bagi PKR, ada sebab untuk melarikan diri. Tentu memalukan sekiranya calon parti yang menerajui Kerajaan Negeri kalah di Selangor. Manakala di Perak, alang-alang laluan diberikan kepada PAN di Sungai Besar, eloklah risiko kalah dalam pertandingan itu dipikul PAN. Sebagai parti baharu serpihan Pas, PAN ayam tambatan dalam misi memusnahkan peluang Pas.

Inilah politik Melayu, apabila dendam melampaui strategi. “Kalau aku tak dapat, kau pun takkan dapat!”

Bagi BN, walaupun kesan perpecahan PR sudah dinikmati dalam PRN Sarawak baru-baru ini, namun kemenangan mempertahankan dua kerusi di Semenanjung dalam PRK kali ini, sangat penting untuk menjamin popularitinya.

Walaupun keadaan PRK kali ini akan menjadi getir sekiranya BN berdepan pertandingan satu lawan satu, dengan penyertaan PAN sebagai kad pemecah undi Pas, satu kemenangan awal telah diperolehi pada hari Penamaan Calon 5 Jun lalu.

Bukan rahsia bahawa PAN dan Pas bertembung semata-mata kerana dendam politik. Kedua-dua parti ada rekod kompromi yang baik. Kedua-dua parti ini pernah berkompromi dengan Dap walaupun jelas parti itu cauvinis dan anti Islam. Tapi nampaknya, biarlah Dap anti Islam,namun musuh politik yang sebenar ialah musuh yang didendam

Bagi PKR pula, walaupun terkilan di Sungai Besar, namun ada alasan menarik diri. Menyedari peluang untuk menang sangat tipis setelah Pas meletakkan calon, alasan memberikan laluan pada PAN dilihat sebagai satu jenaka yang boleh diterima. Apatah lagi menyedari, dendam PAN sangat membuak-buak untuk mengkhianati Pas.

Umno pula boleh meneruskan langkah mudah selepas PRK ini, kalau menang. Malah, sudah boleh menghitung kerusi sampai ke PRU 14 nanti. Sekiranya Pas kekal turun sebagai blok ketiga bersama Ikatan, tugas Umno dan BN di kawasan yang dimenangi dengan undi tipis pada PRU 13, jelas selamat.

Malah, Umno dan BN sudah boleh mengira jumlah kerusi yang akan dirampas semula di kawasan-kawasan yang mengalami kekalahan tipis pada PRU 13 lalu.

Orang politik sepatutnya celik matematik mudah ini. Apabila dua kuasa pembangkang turun berebut undi di kawasan yang sama, BN akan mendapat laluan mudah. Apa pun, politik menang menjengkelkan. Sebab dendam kesumat selalunya lebih penting daripada strategi.

Dap yang sangat bertaji mengapi-apikan PAN untuk menyerang Pas, ketika ini masih boleh menyanyi kerana kedudukan kerusi parti itu di kawasan majoriti Cina nampaknya kekal selamat. MCA dan Gerakan, dua parti komponen Cina dalam BN masih belum mampu mencabar populariti Dap di kalangan pengundi Cina. Provokasi anti hak Bumiputera serta sentimen menakut-nakutkan pengundi bukan Islam untuk menentang Umno dan BN nampaknya akan kekal memberikan undi pada calon Dap di kawasan majoriti Cina.

Memandangkan MCA dan gerakan masih belum sasa, kerja politik Dap di kawasan majoriti Cina tidak banyak dan mencabar. Jadi, tentulah parti itu sedia menghabiskan banyak masa, tenaga malah belanja, untuk terus memainkan peranan melaga-lagakan siapa saja terutama dalam misi untuk melemahkan kepentingan Melayu Islam secara keseluruhannya.

PAN dan Pas berlaga: Nyata dendam sesama orang Melayu dalam berpolitik memang dahsyat permainannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers