Wednesday, 24 February 2016

Panas!!! @BrigedKesatria Report MB Selangor @AzminAli Salah Guna Duit Rakyat Selangor??? @NajibRazak @KhairyKJ @Armand_PJU


Pagi ini bertempat di Balai Polis Damansara Utama, Pengerusi Bridged Kesatria Muda (BKM) yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha bersama beberapa NGO telah membuat laporan polis terhadap Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Besar Selangor mendesak pihak polis dan pihak yang berkaitan menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan dana Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor apabila menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor mendirikan papan-papan tanda iklan yang tidak sepatutnya seperti papan iklan "Pembebasan Anwar ibrahim"


Kehadiran papan tanda "Bebaskan Anwar" bagai cendawan tumbuh selepas hujan di merata-rata tempat dalam negeri Selangor menimbulkan tanda tanya apakah tujuan dan niat papan tanda ini didirikan. Yang lebih menghairankan bagaimana papan tanda ini memdapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan terdapat bukti mengatakan bahawa papan tanda ini menggunakan bajet kerajaan negeri Selangor termasuk penggunaan peruntukan PBT untuk kepentingan peribadi seorang banduan.
PETALING JAYA: UMNO Selangor telah meminta pihak berkuasa menyiasat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana membenarkan papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri itu.
Ketua Penerangan UMNO Selangor Datuk Zein Isma Ismail berkata kandungan papan tanda yang dipamerkan itu dianggap mencabar keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Semua tahu yang dia (Anwar) ditahan kerana salah lakunya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan dan bukannya dia tahanan politik.
"Bagaimana PBT Selangor boleh luluskan? Ini serius dan apa yang lebih teruk papan tanda itu turut mempamerkan logo PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini hari ini.
Katanya, papan tanda dengan gambar bekas ketua pembangkang itu serta tulisan "Bebas Rakyat, Bebas Anwar" itu dipamerkan di beberapa kawasan di Selangor antaranya di Ampang Jaya, Kepong dan Rawang.
(Baca Selanjutnya Di Sini AstroAwani)

Adakah kerajaan negeri Selangor hanya memperjuangkan kepentingan seorang individu yang bergelar banduan demi kepentingan politik dengan mengguna wang hasil cukai rakyat Selangor sewenang-wenangnya sedangkan dana itu boleh disalurkan bagi pembangunan infrastuktur untuk kebaikan rakyat.