Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 2 March 2017

#DinarDirham Dan @AraiEzzra Mengharumkan Nama Malaysia Di Dunia #BlockChain Peringkat Antarabangsa!!!!!


Arai Ezzra, Co Founder, DinarDirham antara peneraju tempatan dalam dunia BlockChain sekali lagi diberikan penghargaan di peringkat antarabangsa apabila dijemput untuk menjadi salah seorang Speaker di iFX Forex Expo 2017 di Hong Kong yang berlangsung pada 21 - 23 Februari lepas. Kehadiran beliau kali ini di pentas antarabangsa menjadi speaker bagi perbincangan bertajuk "BlockChain, Solution For Gold". DinarDirham di Malaysia telah mengorak langkah ke hadapan dengan memberi inspirasi kepada masyarakat di negara ini betapa dalam masa terdekat konsep ekonomi baru ini akan menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia. 30 tahun dahulu pun masyarakat Malaysia sukar menerima konsep Kad Kredit dan Kad ATM ketika ia mula-mula diperkenalkan kerana masyarakat merasakan konsep tersebut menyukarkan segala urusan kewangan mereka. Kini setelah bertahun akhirnya masyarakat menerima baik konsep tersebut bahkan masyarakat merasakan sukar jika tidak mempunyai Kad Kredit atau Kad ATM. Maka tidak mustahil konsep ekonomi BlockChain Bitcoin menggunakan DinarDirham juga akan diterima oleh masyarakat Malaysia sebahagai sebahagian daripada urusan kewangan mereka.









Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Datuk Dr. Yusoff Sulaiman sendiri telah mengesahkan bahawa Blockchain adalah merupakan antara 10 teknologi terbaik yang diiktiraf oleh World Economic Forum (WEF). Malaysia mensasarkan untuk menggunakan teknologi blockchain pada tahun 2025. Petikan Utusan Malaysia dalam ruangan UtusanBiz 23 Februari lepas melaporkan BitCoin telah dikenal pasti oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebagai satu daripada 30 teknologi baharu dan teknologi baru ini berpotensi menjadi asas industri dalam pendigitalan sektor pembuatan dan diramal menjadi teknologi arus perdana di peringkat antarabangsa dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun lagi. Ini disandarkan dengan fakta teknologi ini mempunyai ciri unik yang dikenali "Lejar Teragih" yang membolehkan BlockChain merekod urus niaga, menyusun dalam urutan terancang dan membolehkan transaksi tersebut boleh dipantau oleh semua pihak terlibat.



iFX Forex Expo 2017 Hong Kong 
21 - 23 Februari



1 comment:

  1. BitKONG: Fun and addictive, provably fair bitcoin guessing game.

    TIP: Claim bitcoins every 10 mins from the faucet.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers