Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 4 February 2013

Nashar Kena Pecat, Hadi Pening Nak Jawab????...


Presiden PAS, Hadi Awang enggan mengulas mengenai desakan pelbagai pihak yang mahu parti itu meneliti semula pemecatan Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Perkara itu sepatutnya dirujuk kepada Majlis Syura Ulama parti itu memandangkan keputusan terbabit dibuat oleh majlis berkenaan.

"Saya tidak perlu ditanya (mengenai pemecatan Nasharudin), orang perlu tanya Majlis Syura Ulama PAS. Itu hal (urusan) majlis terbabit," katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk tokoh PAS mahu parti itu mengkaji semula keputusan memecat Nasharudin yang juga bekas Timbalan Presiden PAS sebagai anggota Majlis Syura Ulama.

Selain kajian semula keputusan pemecatan itu, mereka turut mahu PAS memberi peluang membela diri terhadap setiap tuduhan yang dibuat.

Nasharudin yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama berkuatkuasa 13 Januari lalu.

Pemecatan Nasharudin dibuat atas alasan kerana kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers