Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 5 November 2017

Panas!!!! Video Lim Guan Eng Tersipu Malu Minta Bantuan Banjir Dari TPM!!!! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @cmlimguaneng #KN


Hari ini 5 November 2017 viral sebuah video yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akhirnya akur meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi apabila Pulau Pinang lumpuh dilanda bencana alam banjir besar yang melibatkan kawasan yang agak luas di pulau dan tanah besar.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terpaksa memohon bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama kepada Kerajaan Persekutuan bagi membantu pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir di Pulau Pinang.

Dalam nada sedih, Guan Eng meminta semua penduduk di negeri itu khususnya yang terjejas banjir agar terus bersabar sementara Kerajaan Negeri akan berusaha untuk menyampaikan bantuan secepat mungkin.
"Keadaan kini bertambah genting air masih naik, angin ribut masih kuat, air sampai 10 kaki 12 kaki melepasi bumbung, di Pulau Pinang pusat pemindahan tak ada bekalan elektrik. Pulau Pinang minta bantuan dariada Angkatan Tentera Malaysia, saya telah berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri dan saya minta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi."
"Terima kasih terima panggilan saya pada hampir jam 3.30 pagi dan beliau berjanji akan menghantar Angkatan Tentera Malaysia untuk selamatkan Pulau Pinang,"
Inilah wajah sebenar pemimpin pembangkang dari Pakatan Harapan yang apabila tersepit sanggup tebal muka minta bantuan dengan orang selama ini mereka balun dan tibai tak berhenti-henti. Dikala mereka tidak ditimpa musibah pemimpin pembangkang terutam dari DAP tidak habis-habis memfitnah dan menghasut rakyat agar membenci kerajaan pimpinan DS Najib tapi apabila susah dan ditimpa malapetaka tau pulak merayu bantuan kerajaan BN. Tidak mustahil selepas banjir selesai mereka akan menggunakan apa saja yang boleh dengan menggunakan isu banjir ini memfitnah dan menghasut rakyat agar terus membenci Perdana Menteri dan BN.



1 comment:

  1. @@@...
    November 5, 2017 In Artikel By WakeUp Malaya

    Jangan Bimbang, Kami Akan Bantu Pulau Pinang Atasi Bencana Banjir – Najib

    Kerajaan pusat tetap menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang walaupun negeri itu diperintah pembangkang, kata Datuk Seri Najib Razak.

    “Berkenaan banjir ini memang tak payah kerajaan negeri minta, kalau ada musibah walaupun kerajaan negeri pembangkang, kita memang bantu atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab kita,” katanya selepas meninjau persiapan hospital medan untuk etnik Rohingya di Hospital Tentera Tuanku Mizan, hari ini.

    Perdana Menteri berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digerakkan untuk membantu kerajaan negeri dan mangsa banjir.

    “Pasukan ATM akan membantu, tentera akan berlepas petang ini untuk melihat keadaan dan dikoordinasi Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kita akan bantu mangsa banjir dan keperluan mereka akan ditentukan dan beri bantuan yang diperlukan mereka,” katanya.

    Kerajaan DAP Pulau Pinang Akui Sistem Perparitan Punca Banjir Kilat
    Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Lim Guan Eng tidak perlu bimbang kerana anggota tentera sudah berada di lokasi banjir untuk memantau keadaan dan menghulurkan bantuan.

    “Ketua Menteri Pulau Pinang jangan bimbang, apa yang kita lakukan di Kelantan dan Terengganu dalam menghadapi banjir besar, kita serius untuk membantu Pulau Pinang.”

    Beliau bagaimanapun berkata, musibah itu tidak seharusnya dipolitikkan mana-mana pihak.

    “Saya tegaskan jangan cuba politikkan, apa yang kita lakukan konsisten. Dalam beberapa jam, aset kita gerakkan, lebih 100 anggota lain-lain pangkat dan 10 pegawai digerakkan ke Pulau Pinang. Ini SOP (prosedur operasi standard) kita.”

    Taburan Hujan Ekstrem Punca Banjir Terburuk Di Pulau Pinang - Menteri

    Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dalam sidang media sama berkata, ATM bukan sahaja menilai situasi semasa banjir, tetapi juga selepas banjir.

    “Ada beberapa ratus anggota di lokasi. Pagi tadi ada 160 anggota dan sekarang digerakkan anggota tambahan. Bantuan untuk respons dan pasca itu nanti. Pasca itu yang diinginkan menteri pertahanan. Bagi kita, ATM akan lihat kedua-dua aspek.”

    Sumber: FMT

    C&P WAKEUP MALAYA - TQ

    TERBAIK...!!! BEGITULAH KEPERIHATINAN KERAJAAN
    UMNO DIBAWAH KEPIMPINAN DS NAJIB TUN RAZAK...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers