Isu barang naik adalah hasil rancangan licik DAP dengan sokongan orang cina yang majoritinya adalah peniaga atau "businessman"... peniaga cina yang sokong PKR & DAP menaikkan harga barang... bila barang naik, kerajaan akan dipersalahkan sebab tak dapat tolong rakyat... nasib baik la Datuk Mydin membantu sama dalam merealisasikan Kedai 1Malaysia... kalo tak caya pegi sendiri dan banding sendiri dengan harga kat C*******R, G****S, T***O & hypermarket yang lain... pegi... pegi...
Jadilah Sahabat Kulaan...
SEWA
TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Monday, 8 August 2011
Saturday, 6 August 2011
Eksklusif : Malaysiakini Bayar Untuk Maklumat Kepada Kakitangan JPN?
![]() |
| Siapa yang tidak Amanah Cekap dan Mesra? |
Sekali lagi Kulaan cuba untuk merungkaikan persoalan berhubung dengan isu Mismah ini. Nama Mismah tidak akan meletup jika tiada maklumat rahsia JPN yang mengalir keluar dari sistem. Kalau diteliti secara terperinci, kita boleh lihat setiap proses yang berlaku diterangkan secara “detail” dan sistematik. Adakah Malaysiakini telah membayar kakitangan JPN agar membocorkan maklumat penting. Jika ini berlaku, kakitangan tersebut boleh disumbat ke dalam tahanan melalui Akta ISA kerana mebocorkan maklumat rahsia kerajaan. Tapi siapakah individu tersebut? Sekali lagi Kulaan berharap Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia, Y. Bhg. Datin Jariah binti Mohd Said dapat mencari dengan sesegera mungkin “Musang Berbulu Ayam” yang menyebabkan JPN pening seketika bila isu Mismah ni diperdebatkan di ruang siber malahan sudah masuk surat khabar.
![]() |
| Dari mana maklumat ini bocor? |
Siapakah yang akan membuat laporan polis berkenaan kebocoran maklumat oleh kakitangan JPN ini? Adakah laporan perlu dibuat oleh pihak JPN sendiri atau orang luar yang tiada kaitan langsung? Kulaan masih menunggu dengan penuh sabar untuk melihat sendiri “Pengkhianat Negara” ini. Amaran kepada “Pemberi Maklumat” kepada Malaysiakini agar berhati-hati jangan sampai Kulaan jumpa di Putrajaya jika maklumat itu bocor di ibu pejabat JPN yang sudah tentu terletak di Putrajaya. Jika maklumat ini bocor dari ibu pejabat bermakna ia berlaku di depan mata Ketua Pengarah Pendaftaran sendiri. Secara tidak langsung ia boleh menjejaskan kredibiliti Ketua Pengarah sehingga perkara ini menjadi isu nasional. Jika Ketua Pengarah tidak mampu melaksanakan tugasnya dengan baik, seharusnya diganti dengan orang lain yang lebih bertanggungjawab. Bukan niat Kulaan hendak menutup periuk nasi beliau tetapi sebagai rakyat yang menyokong kerajaan, Kulaan rasa ada sedikit hak untk bersuara.
Kulaan : kinak amon akuk tahaga kao tampariku muhak ilah warik...
Labels:
JPN,
Malaysiakini,
Mismah
Apa Beza Antara Pendaftaran Dengan Pemutihan?
Masyarakat di negara ini sering kali disajikan dengan isu-isu berkaitan salahlaku dan jenayah yang melibatkan orang luar terutama mereka yang dipanggil “Pekerja Asing” atau “Pendatang Asing Tanpa Izin” (PATI). Media perdana acapkali menayangkan berita kes-kes jenayah yang dilakukan oleh mereka lantas masalah ini seringkali dikaitkan dengan kelemahan pihak kerajaan terutama Polis dan KDN dalam membendungnya. Hasilnya, langkah pro-aktif yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah dengan melaksanakan “Program 6P”.
Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia. Angka enam (6) pada nama Program 6P itu membawa maksud kepada enam peringkat pelaksanaan yang akan digerakkan sepanjang tempoh program ini, bermula dengan PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.
Apa yang kita faham tentang isu “Pendaftaran” dan “Pemutihan” yang berkait dengan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dengan pekerja asing yang mempunyai permit asing.
PERINGKAT 1: PENDAFTARAN
Pada peringkat ini, proses pendaftaran akan dilaksanakan untuk tujuan mendaftarkan pebdatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia, dan menerusi kaedah ini, Kerajaan berpeluang mendapatkan maklumat majikan PATI, selain rekod peribadi serta data biometrik PATI yang merupakan elemen teras bagi rasional pelaksanaan program ini. Tindakan ini selari dengan inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif bagi setiap warga asing di Malaysia, sekali gus membolehkan proses pemantauan dilaksanakan secara lebih berkesan, termasuklah usaha membabitkan penyelesaian dalam menangani isu pemalsuan identiti serta dokumen yang selama ini mudah dipalsukan akibat tiada rekod biometrik.
PERINGKAT 2 : PEMUTIHAN
Pada peringkat ini, setiap PATI yang telah berdaftar menerusi program ini akan dikenal pasti jika wujud keperluan untuk mengekalkan mereka dalam sektor tertentu yang mempunyai penawaran kekosongan kerja membabitkan pekerja asing. Jika hasil pertimbangan mendapati PATI yang terbabit sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut, maka mereka akan diputihkan dan seterusnya dijadikan pekerja asing yang sah dengan senarai majikan yang berdaftar. Bagaimanapun, proses pemutihan ini hanya akan dipertimbangkan untuk sektor serta negara sumber yang tersenarai dalam dasar penggajian pekerja asing dan yang pernah diberikan kebenaran khas kerajaan termasuk sub-sektor yang sedang dibekukan. Pada masa yang sama, proses pemutihan ini juga akan mengambil kira kelayakan majikan berdasarkan keperluan semasa mengikut sektor dan sub-sektor yang akan ditentukan oleh kementerian/agensi kawal selia.
PERINGKAT 3 : PENGAMPUNAN
Pada peringkat ini PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan, atau PATI yang secara sukarela memilih untuk pulang ke negara asal mereka masing-masing akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan. Bagaimanapun, pengampunan ini hanya terhad kepada PATI yang melakukan kesalahan imigresen sahaja.
PERINGKAT 4 : PEMANTAUAN
Pada peringkat ini, naziran ke premis-premis majikan seluruh negara akan dilakukan untuk memberi nasihat kepada majikan, selain pada masa sama menerangkan implikasi tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melindungi pekerja berstatus PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P. Antara lain, majikan serta PATI yang berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1 juta.
PERINGKAT 5 : PENGUATKUASAAN
Pada peringkat ini, operasi penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan secara besar-besaran dan digerakkan dengan tujuan untuk mengesan serta menangkap PATI serta majikan yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen.
PERINGKAT 6 : PENGUSIRAN
Di peringkat terakhir ini, PATI yang telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan bersepadu akan dikenakan tindakan undang-undang sebelum diusir keluar dari Negara ini. Oleh kerana kos bagi proses pengusiran ini ditanggung menggunakan peruntukan Kerajaan, maka setiap PATI yang diusir akan turut sama disenaraihitamkan daripada kebenaran untuk masuk semula ke negara ini.
Program 6P dilaksanakan atas dua rasional seperti berikut:
I. RASIONAL KESELAMATAN
a. Bertujuan mendapatkan data serta biometrik pendatang asing tanpa izin di Negara ini, sekali gus juga mendapatkan statistik jumlah mereka di Malaysia;
b. Bertujuan memantapkan pengurusan warga asing di negara ini, termasuklah kawalan keluar masuk yang sekali gus juga membolehkan lokasi penempatan mereka dikenal pasti;
c. Bertujuan membuang persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan yang cenderung disalah anggap sebagai tidak bertindak tegas terhadap PATI;
d. Bertujuan membolehkan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang dilakukan secara besar-besaran untuk tujuan mengurangkan bilangan PATI di Negara ini. Tindakan ini sekali gus juga bertujuan mengekang perkembangan jenayah yang membabitkan PATI.
II. RASIONAL INDUSTRI
a. Bertujuan menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu dengan menukar status tidak sah pekerja asing tanpa izin di Negara ini bagi diagih dan ditempatkan bekerja dengan senarai majikan yang berdaftar;
Labels:
KSN
Friday, 5 August 2011
Isu Pemutihan : Kenyataan Media Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan)
![]() |
| Dato' Alwi Ibrahim |
Dato’ Alwi bin Ibrahim
Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan)
Dasar dan Imigresen
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Makluman Pendaftaran Hari Pertama Program 6P
2 Ogos 2011
1. Sejumlah 14,801 pekerja / pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan menerusi 197 pejabat Imigresen dan 336 syarikat pengurus seluruh Semenanjung Malaysia pada hari pertama pendaftaran Program 6P yang bermula 1 Ogos 2011.
2. Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran PATI paling tinggi iaitu 4,066; diikuti Pahang 1,655; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,461; Negeri Sembilan 1,343; Perak 1,164; Johor 999; Pulau Pinang 851; Kedah 674; Kelantan 472; Melaka 373; Terengganu 346; Perlis 155 dan Wilayah Persekutuan Labuan 21.
3. Berhubung statistik terkumpul bagi Program Pendaftaran Pekerja Asing Sah, sehingga 1 Ogos 2011 sejumlah 733,904 telah direkodkan berdaftar menerusi pejabat Imigresen, atau 61 peratus daripada keseluruhan 1.2 juta pekerja asing sah di negara ini (tidak termasuk sektor pembantu rumah).
4. Sementara itu, Sabah yang telah memulakan pendaftaran PATI lebih awal bermula 18 Julai lalu telah merekodkan 137,217 jumlah pendaftaran. Usaha ini akan diteruskan di negeri ini sehingga 8 Ogos depan.
5. Untuk Sarawak yang mula mendaftarkan pekerja asing sahnya bermula Isnin (1 Ogos 2011), sehingga tamat operasi semalam, sejumlah 8,311 direkodkan menerusi 28 kaunter Pejabat Imigresen di 11 Bahagian seluruh Sarawak.
Kulaan : Kenyataan media ni lambat Kulaan keluarkan kerana ada isu lain yang lebih penting harus diuruskan. Walau bagaimanapun, inilah data sebenar berkenaan dengan isu Pendaftaran pekerja sah di Malaysia setakat ini. Tujuan utama KDN membuat pendaftaran agar kerajaan mempunyai data dan statistik yang tepat untuk penyusunan sumber manusia dengan lebik efektif.
Labels:
KDN
Eksklusif : Isu Mismah – Siapa Staf JPN Bocor Maklumat Rahsia
![]() |
| Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Y. Bhg. Datin Jariah binti Mohd Said |
Semenjak dua menjak ni heboh di alam maya pasal si Mismah. Siapakah Mismah ni sampai begitu glamour nama dia. Angkara siapa sebenarnya sehingga isu Misnah “Boom” kat ruangan maya. Bagaimana maklumat rahsia Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh sampai ke tangan Malaysiakini. Siapakah staf JPN yang mengkhianati JPN ini dengan sogan “Amanah Cekap Dan Mesra”. Bukan isu Mismah Kulaan rasa penting tetapi isu siapakah kakitangan JPN yang membocorkan rahsia setelah beliau berjanji menyimpan kerahsiaan dengan menandatangani “AKU JANJI”. Kerajaan sepatutnya menyiasat bagaimana maklumat terperinci sehingga “exercise” 4 jam pun boleh bocor ke tangan mereka yang tidak sepatutnya. Kulaan rasa Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia, Y. Bhg. Datin Jariah binti Mohd Said harus mengambil berat dan serius tentang masalah ini. Kulaan rasa sebagai ketua jabatan, Datin Jariah binti Mohd Said harus mengambil tindakan pantas dan proaktif bagi mencari siapakah kakitangannya yang membocorkan maklumat tersebut jika beliau tidak mahu dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan atas masalah yang ditimbulkan dijabatannya.
Kulaan malas nak cerita banyak pasal si Mismah ni sebab dah banyak artikel Mismah dikeluarkan oleh blogger-blogger kat alam maya ni. Yang Kulaan nak “highlight”kan adalah tidak banyak artikel yang blogger keluarkan mencari siapa “Petualang Negara” yang membocorkan maklumat tersebut. Kita harus cari siapa “Musang Berbulu Ayam” yang cuba merosakkan dan mengkhianati negara. Kakitangan kerajaan seharusnya lebih amanah dalam memikul tanggungjawab yang telah diberikan. Jawapan Kulaan amat mudah, “Kalau tidak suka dengan kerajaan sekarang berenti ja kerja dengan kerajaan yang dibenci mereka”.
Kuek Ser Kuang Keng, wartawan Malaysiakini ni pulak harus disiasat oleh pihak polis bagi mencari siapakah yang menjadi pemberi maklumat palsu tersebut. Siapakah orang dalam JPN yang menjadi BARUA Malaysiakini ini? Polis harus siasat sehingga identiti individu tersebut terbongkar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
The True Brothers






