Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 15 August 2011

Jahatnya Malaysiakini : Fatwa Pasal Larangan Bacaan Al Quran Sebelum Azan Bukan Larangan laungan Azan

Lihatlah betapa jahatnya Malaysiakini cuba mengelirukan pembacanya antara tajuk berita dengan isinya. Tajuk berita "Larangan Azan Bukan Keputusan Pulau Pinang" sedangkan isu didalamnya hanyalah membincangkan isu larangan bacaan Al Quran sebelum azan  oleh Mesyuarat Majlis Fatwa dan Mufti Pulau Pinang bukan melarang laungan azan tersebut (Klik Sini) :-

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara bahawa Mesyuarat Majlis Fatwa bilangan 2/2011 yang dipengerusikan oleh mufti kemudiannya disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun lalu yang memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.,”

Sepatutnya Malaysiakini menggunakan tajuk "Larangan Bacaan Al Quran Sebelum Azan Bukan Keputusan Pulau Pinang". Jika pembaca tidak melihat ini dengan teliti maka secara tidak sedar akan dimanupulasi dan dipengaruhi oleh tajuk berkenaan isu bacaan Al Quran sebelum azan menggunakan speaker buka larangan azan. Inilah niat busuk portal Malaysiakini. Malaysiakini sering mendakwa kerajaan sering menggunakan pendapat dan kenyataan daripada mereka yang condong ke arah kerajaan. Tetapi jikalau kita meneliti dan lihat, Malaysiakini seringkali merujuk Dr. Maza bila datang isu berkaitan Islam dan kenyataan Maza adalah menyokong Malaysiakini. Jika kenyataan itu tidak mendatangkan manfaat kepada mereka, maka kenyataan Maza akan disimpan kemas oleh Malaysiakini.

Potong A** : Namewee Bikin Panas Lagi Dengan Bikin "Potong Saga"

Sedang Kulaan melayari alam siber di youtube, tiba-tiba Kulaan jumpa klip video yang tak ler sepanas klip video A***R... tapi ini yang buat hati Kulaan panas hati... memang patut ler kerajaan tak bagi geran kat si Namewee nie buat filem... kalo bagi pun buat perabih boreh jo... klip ni dah disaksikan oleh 299, 972 viewer seluruh dunia... apa persepsi orang bukan Islam kalo tengok klip nie... ingat nak bukak akaun kat Bank Islam pun kena "potong" a** ka... tu la kalo tak tau pasal agama orang lain... dah la jahil, bodoh sombong pulak... kalo kata nak dekati dan belajar Islam tentu jauh sekali... korang tengok ler sendiri dan nilaikan... mamat nie tak habis-habis buat onar jer kat alam siber nie... kalo jumpa h****k jer kepala dia...




Kenyataan MAZA Yang Memperlihatkan Sifat "Wahabi"nya.

Kalau benar seperti apa yang dinyatakan oleh Ustaz Asri Zainal Abidin dalam hal berkenaan isu azan ini atas alasan ia mungkin mengganggu hak orang lain, Kulaan mencadangkan beliau memberi pandangan yang sama berkenaan orang cina yang bermain mercun dan membuat bising ketika "Pesta Menghalau Hantu" dan "Sambutan Tahun Baru Cina" kerana ia juga mengganggu ketenteraan orang lain terutama orang Islam.

Kebiasaannya ketika sambutan perayaan ini, pembakaran mercun dan bunga api dibuat saban malam tanpa mengira sensitiviti masyarakat keliling. Tanyalah kepada mereka yang tinggal dalam kawasan yang majoritinya bangsa cina pasti mereka mengatakan hal yang sama. Kulaan sendiri pernah tinggal di kawasan Kepong, itulah yang berlaku ketika perayaan tersebut tiba. Bolehkah kerajaan Kelantan, Kedah terutama kerajaan Pulau Pinang laksanakan dahulu dasar tidak membenarkan perayaan tersebut dijalankan atas alasan ia mengganggu kah asasi orang lain terutama orang Islam yang juga tinggal dalam kawasan komuniti tersebut.

Apa yang cuba diperbesarkan di sini adalah isu laungan azan ini kerana ia hanyalah isu furu' atau cabang dan umum mengetahuinya hukum azan adalah sunat muakkad.

Asal usul azan dan qamat.

Dari Abdillah bin Zaid bin Abdi Rabbihi al-Ansari r.a., katanya; Ketika Rasulallah memerintahkan orang memperbuatkan loceng untuk dibunyikan bagi memanggil orang sembahyang tiba-tiba ketika aku sedang tidur datang seorang lelaki ( dalam mimpi ) membawa sebuah loceng dengan tangannya. Aku pun berkata kepadanya , “ Hai Abdullah, juallah loceng ini.” Orang tersebut berkata, “ Untuk kegunaan apa ? “ Aku pun menjawab, Kami hendak memanggil orang sembahyang dengannya.” Kata orang tersebut, “ Mahukah engkau aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu ? “ “ Ya, baik.” Lalu kata orang itu” Ucapkanlah Allahu Akbar….sampai habis.” Kemudian dia mengundur sedikit, lalu berkata lagi,” Kemudian apabila engkau hendak mendirikan sembahyang, ucapkan pula ; Allahu Akabr….sampai habis qamat.” Setelah pagi, aku pun pergi kepada Rasulallah SAW mengkhabarkan mimpi tersebut. Lalu baginda SAW bersabda; “ Itu mimpi yang benar, insya Allah. Pergilah kepada Bilal. Ajarkannya apa yang telah engkau terima supaya diazankannya dengan itu kerana suaranya lebih nyaring daripada engkau.” Aku pun berangkat bersama Bilal dan mengajarkannya kepada Bilal, lalu Bilal pun meneriakkan azan tersebut. Hal itu terdengar oleh Umar bin al-Khattab ketika beliau di rumahnya. Beliau pun keluar sambil menarik-narik kain rida’nya seraya berkata,” Demi Allah yang mengutus tuan dengan kebenaran ya Rasulallah, aku telah melihat seperti apa yang dilihatnya ( dalam mimpi ). Sabda Rasulallah SAW.” Maka segala puji bagi Allah.” Hadis ini diriwayatkan oleh Abu daud dengan sanad yang sahih. Demikian Tirmizi juga meriwayatkan setengahnya dengan jalan Abu daud dan mengatakan hadis ini hasan lagi sahih.

Hukum Azan dan qamat.

 Dalam kitab Rahmatul Ummah, Abu Hanifah, Malik dan al-Syafe’i menyatakan hukum azan dan iqamah itu adalah sunat. Dalam kitab Al-Fiqh ala Mazahib al-Khamsah menambah Mazhab Syiah Imamiah juga menghukumkannya sunat muakkad dan menambah pandangan Malikiah yang mewajibkan secara kifayah di negeri (tempat ) yang berdiri padanya solat Jumaat yang seandainya meninggalkan penduduk tempat tersebut azan, boleh diperangi. Kitab Rahmatul Ummah seterusnya menjelaskan, Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan; Azan dan iaqamah itu fardu kifayah kepada penduduk kota, manakala Imam Daud al-Zahiri menyatakan azan dan iqamah itu fardhu, yakni berdosa jika tidak dilakukan pada sembahyang fardhu, namun sembahyang tetap sah jika ditinggalkannya. kata Imam al-Auza’i, Jika lupa azan dan sembahyang tanpa azan, maka hendaklah diulangi sembahyangnya itu dengan azan seandainya teringat sebelum habis waktunya. Kata Atha’ ; Jika seseorang lupa qamat, maka diulangilah sembahyangnya dengan qamat.

Kitab Fiqh al-Manhaji pula menyatakan, ia sunat muakkad alal kifayah bagi suatu kumpulan, dan sunat aini bagi individu justeru ia adalah suatu perkara yang sangat penting bagi menzahirkan syiar islam. walau bagaimanapun, orang yang meninggalkannya tidak berdosa dan tidak pula mengulangi sembahyangnya.

Rujukan berkenaan hukum azan ini secara terperinci boleh dilihat Di Sini.

Ini jauh berbeza dengan pendapat dan pandangan orang dalaman Pas itu sendiri iaitu Nasrudin Hj Hasan At-tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang mana pandangan beliau agak terbuka dan tepat Rujuk Sini dengan 14 isi @ "point" bagi menyokong pendapat dan pandangannya. "Begitulah azan yang sewajarnya didengar dan dihayati serta disahut seruannya bukan dibenci dan dibantah apalagi dikecam dan dihina."

Pemimpin pembangkang seringkali mempertahankan jika ada orang bukan Islam bercakap atau menggunakan ayat suci Al Quran atau Hadith dalam ucapan mereka dengan alasan kononnya adalah sebagai salah satu cara untuk berdakwah dan mendekatkan diri dengan agama Islam. Malas rasanya Kulaan nak memberikan contoh yang berlaku sebab banyak sangat yang contoh pemimpin pembangkang bukan beragama Islam yang menghina kesucian ayat Al Quran dan Hadith Rasullullah demi kepentingan politik sempit mereka. Kenapa pemimpin pembangkang yang beragama Islam dan bertaraf Ulama' tidak menganggap isu bacaan Al Quran sebelum azan dan laungan Azan itu sekali sebagai salah satu bentuk dakwah kita kepada mereka yang tidak beragama Islam. Berapa ramai pemimpin dan mengikut pembangkang terutama daripada DAP dan PKR yang memeluk agama Islam setelah membaca ayat suci Al Quran dan hadith. Jawapannya "Kosong" "Sifar" "Zero" "Yellek" .

Ini antara contoh mereka yang memeluk Islam setelah medengar alunan Azan :

1. Tasya anak bungsu lapan beradik beragama asal Buddha Klik Sini.
2. Amir Hawkins Rapper USA terkenal Klik Sini.
3.Aisha Canlas penganut katolik Klik Sini.

Ini antara contoh mereka yang memeluk Islam setelah medengar bacaan Al Quran :

1. Saidina Umar Al Khattab Klik Sini Klik Sini.
2. Ustaz Farid Ravi Abdullah Klik Sini.

Berdasarkan kepada fakta ini Kulaan rasa jika sesuatu perkara berkaitan agama itu memberi keuntungan dan kepentingan kepada pembangkang maka mereka akan terus menerus menyokong membabi buta tanpa melihat kesannya. Dan jika isu berkenaan agama itu tidak memihak mereka, mereka akan menggunakan kononnya Alim Ulama untuk mempertahan kenyataan tersebut.

Kulaan : "Qulli Haq Walau Kana Marra"... Berkatalah benar sekalipun ianya pahit...

Kenyataan Dr. Ridhuan Tee Yang Jauh Bercanggah Dengan Dr. Asri

Dr. Mohd Redhuan Tee Abdullah
Kenyataan penuh Dr. Ridhuan Tee Abdullah dalam blog beliau Klik Sini

(Sinar Harian 15 Ogos 2011) Klik Sini

Insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama sengaja diperbesar-besar untuk meraih simpati, seolah-olah mereka ditindas, tidak bersalah dan tidak diberikan hak. Tindakan Jais dipersalahkan seratus peratus. Mereka sahaja yang betul dan suci. Licik sungguh perancangan ultra kiasu ini.

Awalnya saya cuba bersangka baik terhadap mereka ini demi dakwah, tetapi berdasarkan pengalaman berkecimpung dalam NGO, amat sukar rasanya untuk berbuat demikian memikirkan betapa liciknya mereka ini. Untuk menutup kelemahan, maka kehebatan merekapun ditonjolkan seperti sumbangan keluarga La Sallian, Mother Theresa, Gerakan Methodist dan Catholic dan sebagainya. Bacalah rencana meloyakan ini dalam laman-laman pro-mereka.

Saya tidak menafikan sumbangan semua kaum di negara tercinta ini. Tetapi jika semuanya mahu berkira, elok kita melakukan kira-kira dan tolak campur untuk melihat siapakah yang memberi lebih banyak sumbangan?

Perlu diingat, negara ini bukan seperti negara kepulauan Melayu yang lain seperti Indonesia atau Singapura. Janganlah terlalu biadab dan kurang ajar mencampuri hal ehwal Islam. Agama Islam dilindungi oleh perlembagaan persekutuan. Bukan itu sahaja, hal ehwal Islam dan keadaan umat Islam di bawah bidang kuasa penuh negeri dan sultan. Jabatan Agama ada hak untuk bertindak sekiranya wujud keadaan yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam. Selama ini kita tidak pernah bertindak kejam terhadap bukan Islam. Begitulah berhikmahnya kita dalam menjaga bukan Islam dan hak mereka, sehingga hak sendiri terabai.

Oleh kerana pihak Kristian terlalu banyak bercakap soal sumbangan, sempena bulan kemerdekaan ini mari kita nilai sumbangan siapakah yang paling besar kepada negara tercinta ini, supaya kita tidak terlalu terhutang budi dan terjebak dalam perangkap mereka. Gerakan mereka ditaja oleh missionari antarabangsa.

Setelah dicongak-congak, pada hemat saya, sumbangan pribumi Melayu Islamlah yang paling besar. Tidakkah toleransi Melayu Islam hari ini yang menyebabkan orang lain boleh jadi kaya raya dan mengamalkan agama mereka seolah-olah negara ini bukan lagi negara Islam? Sumbangan yang tidak ada tolok bandingnya adalah sumbangan memerdekakan negara tercinta ini daripada penjajah berniat jahat membawa mesej gold, glory dan gospel (3G) serta ancaman komunis. Saya tidak fikir orang Melayu Islam tidak boleh mengurus estet, lombong dan bandar jika ditakdirkan tidak berlaku penghijrahan ketika itu.

Bacalah bersama sejarah mengenai kebangkitan nasionalisme. Tokoh-tokoh Melayu dan bumiputera seperti Penghulu Dol Said, Naning (1831-32), Raja Mahadi, Selangor (1867-74), Sultan Abdullah, Raja Ismail, Dato Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut, Perak (1875), Tengku Antah, Negeri Sembilan (1875-76), Tok Gajah, Dato Bahaman, Mat Kilau, Pahang (1891-95), Sharif Masahor, Rentap, Banting (1853-1908), Mat Salleh, Antanum, Sabah (1894-1905), Tok Janggut, Kelantan (1915), Abdul Rahman Limbung (1921-28) dan banyak lagi tokoh-tokoh yang boleh ditonjolkan akan besarnya sumbangan mereka menentang 3G tersebut. Siapa pula tokoh-tokoh yang menentang komunis?

Kenapa jarang sekali mendengar nama-nama bukan Melayu atau orang Kristian ketika itu, yakni saat yang paling getir era 1800an hingga 1900an? Ketika itu orang bukan Melayu sudah berada di Tanah Melayu.Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul sekitar tahun 1950-an, detik ketika penjajah sudah memang tidak dapat bertahan lagi. Maka, sebagai syarat, kemerdekaan hanya diberikan jika Melayu dapat menerima bukan Melayu. Sebagai timbal balik hak-hak istimewa Melayu diberikan dan kedudukan agama Islam dilindungi. Penjajah sedar ‘dosa besar’ yang mereka telah lakukan. Penyatuan antara kaum hanya alasan British sahaja. Jika ketiga-tiga kaum ini tidak bersatupun ketika itu kebangkitan nasionalisme Melayu Islam sudah sampai ke peringkat puncak.

Bayangkan ketika Melayu Islam berkeras untuk tidak menerima bukan Melayu. Selepas merdeka, apakah nasib bukan Melayu ketika itu? Tetapi inilah kebaikan Melayu Islam yang kita tidak boleh lupakan sama sekali, malah seumur hidup. Kini, sewenang-wenang kita mahu melupakan jasa-jasa mereka, dengan menonjolkan sumbangan La Sallian, Mother Theresa dan gereja yang lain. Tidak cukupkah kebebasan beragama yang dibenarkan tanpa had? Masih tidak bersyukur? Di negara China, etnik Cina Islam Uighur dilarang menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan. Pernahkah kerajaan Malaysia bertindak sedemikian kepada minoriti di sini? Jangan terlalu besar kepala.

Satu lagi, orang Melayulah yang paling berani dan merasa kesakitan yang amat sangat ketika menentang Malayan Union. Jika benar, bukan Melayu mahu bersama-sama menyumbangkan jasa memerdekakan negara, kenapa Malayan Union tidak ditentang? Jawapannya mudah, Malayan Union menguntungkan mereka. Ditakdirkan Malayan Union berjaya, maka hancurlah orang Melayu, bermaharajalelalah mereka ketika itu. Bertambah cepatlah negara ini menjadi negara Kristian.

Janganlah terlalu menonjolkan sumbangan yang kecil untuk mengaburi sumbangan yang besar. Bangkai gajah tidak akan dapat dilenyapkan oleh bangkai nyamuk. Kecuali gajah itu sendiri yang melenyapkan bangkainya, sehingga bangkai nyamuk menjadi perhatian. Bangkai nyamuk inilah yang diperbesar-besarkan.

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao janganlah terlalu biadab mengeluarkan kenyataan tanpa mendengar dahulu penjelasan Jais. Saya sudah dapat menjangkakan pendirian ini, jika ditakdirkan kenyataan itu tidak dikeluarkan. Jais dan polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama dalam ruang lingkup yang dibenarkan undang-undang. Apakah majlis tersebut benar-benar makan malam? Atau ada udang di sebalik batu? Janganlah menipu. Saya tidak nampak tindakan Jais melanggar kebebasan rumah ibadat yang dijamin Perlembagaan.

Menurut A. Kadir Jasin, tiada siapa yang menafikan bahawa bukan Melayu juga menyumbang kepada perkembangan dan kematangan ekonomi negara, tetapi ia berasaskan kepada prinsip keuntungan. Mereka menyumbang kepada perkembangan ekonomi kerana suasana politik yang stabil sejak 1969 membolehkan mereka meraih keuntungan yang besar daripada apa yang mereka laburkan. It is not altruism - bukan sumbangan percuma yang tidak mengharapkan sebarang alasan! Mari kita hadapi realiti. Selain Singapura yang berupa negara kecil dan majoriti penduduknya Cina, tidak ada tempat lain di dunia di mana orang Cina mempunyai kuasa politik yang begitu luas serta memonopoli ekonomi selain daripada di bumi Malaysia ini. Pilihan raya demi pilihan raya membuktikan bahawa yang menjadi tonggak Barisan Nasional adalah orang Melayu dan Bumiputera lain. Malah majoriti calon bukan Melayu BN yang menang pilihan raya menang di kawasan majoriti Melayu Islam.

Lihatlah betapa besarnya pengorbanan dan toleransi Melayu Islam. Orang lain bagaimana pula? Misalnya, kerajaan negeri Perak meminta Ipoh Hindu Devastana Paripalana Sabah menyerahkan lebih kurang setengah ekar tanah rizab perkuburan Hindu di Buntong bagi tujuan pembinaan sebuah krematorium moden bagi masyarakat bukan Islam. Idea ini ditentang habis-habisan secara bersepadu. Berita ini disensasikan. Bila tanah rezab mereka diambil sedikit, heboh satu dunia. Tetapi sedarkah kita berapa banyak tanah rezab Melayu yang telah tergadai? Melayu tetap diam, tidak pernah bisingpun. Malangnya sungguh jadi Melayu, hak dan maruah telah tergadai, masih terus berlembut. Orang lain pantang diusik. Ini nasib Melayu di bumi Melayu. 
 
Kulaan : ayuh anak muda yang mengaku dirinya Melayu Islam, kongsikanlah ilmu dan maklumat ini dengan orang lain agar mereka yang mudah terkeliru dan meraba-raba dalam terang akan faham apa sebenarnya yang berlaku disekeliling mereka. Sedarkanlah anak muda kita yang tengah hanyut tanpa mempedulikan masa depan mereka demi untuk kebebasan yang dicari...
 
 

Santai Kopi O bersama Bro Minaq Jinggo

Malam minggu lalu Kulaan berkesempatan berjumpa empat mata dengan bro Minaq Jinggo (bukan Bro Jinggo, ada beza tu) sewaktu majlis berbuka puasa anjuran Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno Malaysia di ibukota. Selama ini Kulaan hanya mendengar dari kawan-kawan sahaja dan mengikuti di alam siber ruangan beliau Klik Sini. Banyak maklumat terutama ilmu yang Kulaan dapat kutip dan titipkan daripada seorang insan yang Kulaan boleh klasifikasikan sebagai otai di alam siber.
Minaq Jinggo The Otai
Bila dapat peluang berbicara dengan tuan punya nama terasa jauh berbeza ilmu yang dimiliki bro Minaq Jinggo dengan Kulaan ibarat langit dan bumi. Namun insan yang punya banyak ilmu dan pengetahuan rupa-rupanya tidak kedekut dalam berkongsi ilmu.

Kulaan dapatlah sikit tip dalam ilmu di alam siber antaranya :

1. Etika dalam penulisan blog haruslah mempunyai penulisan berhemah dan bertanggungjawab ke atas penulisannya.

2. Jangan melepasi sempadan etika ketika berblog di alam siber.

3. Ikhlas dan jujur dalam berkarya.
banyak ilmu tapi tak kedekut... salute...
Apa pun Kulaan ucapkan jutaan terima kasih kepada bro Minaq Jinggo atas ilmu yang dikongsikan. Banyak lagi yang dikongsi bersama bro Minaq Jinggo tapi kalo sapa nak ilmu tu kenalah berguru dengan beliau sendiri terutama dalam bidang fotografi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers