Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 23 August 2011

Eksklusif : Siapa Kakitangan Kastam Yang Mengeluarkan Dokumen Mengenai Cincin Rosmah

Baru-baru ini akhbar utama Indonesia Akhbar Kompas memohon maaf secara terbuka mengenai laporan Kompas yang tidak tepat terutama mengenai isu cincin kononnya milik Datin Seri Rosmah Mansur bernilai US$24m (Klik Sini). Kesannya, isu ini telah dimanupulasi dengan buruknya oleh pembangkang terutama bekas calon Ketua Angkatan Muda (AMK) Keadilan, Cikgu Bard yang secara terangnya menimbulkan fitnah dalam ceramahnya. Kali ini Kulaan tidak berminat untuk membincang isu fitnah Cikgu Bard tetapi kenyataan beliau dalam ceramahnya (rujuk minit ke 2.22) bagaimana beliau mengemukakan kenyataan bahawa berkaitan isu cincin Rosmah ini beliau mendapatkan salinan dokumen daripada rakan yang bertugas sebagai Kastam.

Inilah petikan kata-kata beliau di minit 2.22 "Tadi saya dapat sedara... tiba-tiba ada kawan daripada kastam datang bagi... dia print screen nak tunjuk bukti sedara... nak tunjuk bukti dia print skrin sistem maklumat kastam JKED sedara... barang masuk daripada KLIA, saya pun tengok apa barang ni yang dok kalut sangat print ... barang daripada... ada 4 helai dokumen..."


Ini dengan jelas sekali lagi membuktikan bahawa terdapatnya kakitangan Kastam yang membocorkan maklumat rahsia jabatan kepada pihak yang tidak berkenaan. Siapakah kakitangan Kastam tersebut hendaklah disiasat oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Jika perkara ini masih dibiarkan, Kulaan pasti perkara yang sama akan berlaku kembali apabila ada kakitangan kastam yang bersifat "Musang Berbulu Ayam" walaupun setelah menandatangani "Aku Janji". Beberapa minggu lalu timbul isu Mismah yang melibatkan kakitangan JPN yang membocorkan maklumat yang tidak benar kepada Malaysiakini sehingga isu tersebut menjadi isu nasional.

Kulaan berharap pihak berwajib dan jabatan yang berkaitan dengan perkara ini mengambil tindakan proaktif mengesan siapa sebenarnya "Kawan Kastam" Cikgu Bard ini. Jika individu tersebut dapat dikesan dan terbukti beliau bersalah, seharusnya tindakan tatatertib yang keras patut dijatuhkan.

Monday, 22 August 2011

Akhbar Indonesia Mohon Maaf Kerana Memfitnah PM Dan Keluarga

Akhbar Kompas merupakan salah satu akhbar utama di Indonsia akhirnya memohon maaf di atas kesilapan mengeluarkan artikel berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau berkenaan beberapa tuduhan yang telah dimanupulasi oleh pihak pembangkang di Malaysia dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti PM.

Akhbar Kompas pada 4hb Ogos lalu telah mengeluarkan laporan mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur dengan dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan laporan berkaitan dengan cincin berlian yang dipesan oleh Rosmah Mansur berharga AS$24 juta (RM 72 juta). Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan kononnya bakal besan PM mempunyai hubungan dengan Mafia Rusia.


"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu 20 Ogos Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga." Kata Rikard dalam akhbar Kompas Ahad. Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 dengan laporan "PM Najib Razak : Demokrasi Juga Terjadi Di Malaysia" tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Dengan keluarnya kenyataan rasmi akhbar Kompas ini sudah tentu memberi tamparan hebat buat Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokongnya yang selama ini begitu ligat menabur fitnah terhadap keluarga PM terutama kepada Rosmah. Untuk menutup malu mereka setelah kebenaran isu cincin berlian ini diperjelas akhbar Kompas, sudah pasti mereka akan menggunakan taktik lama lagi kuno iaitu "Akhbar Kompas ini pasti sudah dibayar oleh Najib untuk mengeluarkan kenyataan tersebut..."

Sunday, 21 August 2011

Gerakan Murtad Disebalik Kerja Amal...

Sejak kebelakangan ini berita arus perdana dan juga di alam siber sibuk membincangkan isu murtad rentetan serbuan atau lebih tepat lagi hanyalah pemeriksaan oleh JAIS ke atas DUMC baru-baru ini (Klik Sini). Antara cubaan terbaru pihak pihak tertentu cuba untuk memesongkan akidah dan menyebarkan dakyah ajaran ini adalah melalui kanak-kanak seawal tujuh tahun daripada kalangan keluarga miskin di bandaraya Kuala Lumpur. 

Gerakan memesong akidah umat Islam ini berselindung disebalik kelas tuisyen Matematik dan Bahsa Inggeris percuma ini didedahkan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii seperti yang pernah disiarkan oleh akhbar Berita Harian baru-baru ini. Ibubapa yang menghantar anak-anak untuk belajar di kelas tambahan ini terkejut apabila mendapati anak-anak mereka fasih menyanyikan lagu berunsur Kristian dengan memuji tuhan Jesus yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris walaupun maknanya masih belum diketahui oleh anak-anak kecil ini (Klik Sini).

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Amidi Abd Rahman juga mengingatkan ibubapa agar berhati-hati jika menghantar anak belajar kelas tambahan di sekolah bukan Islam agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran belajar secara percuma kerana itu mungkin hanya untuk mengaburi mata ibubapa pelajar. Saranan yang sama juga diutarakan oleh Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan yang mahukan tadika swasta yang dikendalikan oleh bukan Islam dipantau kerana dibimbangi melakukan perkara yang sama untuk memesong akidah anak orang Islam (Klik Sini).

Persoalannya, apakah umat Islam khasnya di Malaysia sedar dan insaf dengan perkembangan yang berlaku dalam negara terutama yang membabitkan agama mereka mutakhir ini. Jika dikaji, gerakan penyebaran dan pengembangan agama lain kepada umat Islam semakin rancak, hebat dan tersusun terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12). Jawapan amat mudah dan jelas, semuanya adalah akibat perpecahan umat melayu itu sendiri walaupun sebagai bangsa majoriti dalam negara ini yang telah terpecah kepada tiga kumpulan iaitu UMNO, Pas dan PKR. Justeru, mudah bagi bukan Islam mengganggu gugat umat Islam yang tidak bersatu kerana taksub dengan politik masing-masing (Klik Sini).

[Video] Murtad : Lagi Anak Melayu Kita Menjadi Mangsa...

Laporan TV3 berkaitan pendedahan isu pusat tuisyen dijadikan tempat penyebaran dan pengembangan ajaran Kristian...

Pembangkang Takut Dengan Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya????

Selepas kerajaan mengumumkan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya (Klik Sini) beberapa hari yang lepas, pelbagai reaksi dapat dilihat daripada pemimpin kerajaan dan pembangkang serta NGO-NGO. Pelbagai pihak mengeluarkan kenyataan berkaitan isu berkenaan. Namun yang menarik perhatian adalah kenyataan-kenyataan daripada pemimpin pembangkang terutama daripada pemimpin Pas yang kelihatan takut dengan penubuhan jawatankuasa tersebut dengan memberikan pelbagai alasan yang mengarut. Dengan penubuhan jawatankuasa ini kelak, segala niat jahat Pakatan Rakyat dalam mengeksploitasi isu SPR terutama segala tohmahan bertujuan mengurang kepercayaan rakyat terhadap SPR dilihat tidak lagi berkesan.

Jika kita perhatikan semenjak kebelakangan ini Pakatan Rakyat sering kali dilihat mencari kesalahan SPR seperti isu Mismah dan isu daftar pemilih yang meragukan. Tujuan utama Pakatan Rakyat adalah semata-mata untuk mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap ketelusan SPR seterusnya jika mereka kalah teruk dalam PRU13 nanti, dan ini akan dijadikan modal oleh mereka untuk menghasut rakyat sebagaimana mereka menghasut rakyat dengan bertopengkan perhimpunan Bersih yang lalu.

Pakatan Rakyat menyedari sejak kebelakangan ini sokongan rakyat sudah beralih kepada kerajaan BN di bawah kepimpinan DS Najib dengan beberapa dasar yang diperkenalkan beliau mula diterima baik rakyat antaranya konsep 1Malaysia. Fakta ini disandarkan dengan beberapa keputusan PRK dan PRN baru-baru ini dengan kemenangan demi kemenangan calon BN. Ini juga dibuktikan dengan perkembangan sihat peti-peti undi saluran muda di mana dapat di lihat sokongan golongan muda yang mula menyebelahi BN. Ini sudah tentu menggusarkan Pakatan Rakyat jika momentum ini berterusan sehingga PRU13 yang akan datang.

Dengan penubuhan PSC ini sudah tentu isu SPR tidak lagi boleh dijadikan modal oleh pembangkang. Sebab itulah pembangkang cuba mencari helah antaranya tidak berminat untuk turut serta menjadi ahli PSC. Pas antara parti dalam Pakatan Rakyat yang awal-awal lagi menyatakan pendirian tidak berminat untuk menyertai jawatankuasa ini. Sebenarnya Pas takut dengan bayang-bayang sendiri kerana Pas menyedari sokongan rakyat terhadap parti itu semakin pudar. Yang lebih membimbangkan Pas lagi adalah sokongan ahli-ahlinya yang dilihat mutakhir ini agak keliru dengan dasar perjuang parti itu daripada sebuah parti yang memperjuangkan penubuhan "Negara Islam" yang bertukar seperti sesumpah kepada penubuhan "Negara Berkebajikan".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers