Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 16 June 2012

Tok Guru Nik Ajis, Tolong Jawab Skit...


Demi untuk menarik sokongan orang Melayu kepada pas atas kepentingan politik, Nik Ajis pernah berkata bahawa Rasulullah SAW juga terlibat dalam berpolitik. Jika benar Baginda berpolitik sebagaimana dikatakan Nik Ajis, sila jawab dgn jelas soalan-soalan ini:- 

1) Rasulullah memimpin parti politik bernama apa? 

2) Di mana Baginda bertanding? 

3) Adakah Baginda dipilih menjadi wakil rakyat atau ketua kerajaan? 

4) Adakah Baginda membuat ceramah politik dan dalam ceramahnya menghina dan menghentam orang Islam lain? 

5) Adakah Baginda membuat pakatan dengan orang kafir dalam kerajaanya dan adakah Baginda akur dengan keputusan-keputusan orang-orang kafir dengan membelakangkan hukum Islam? 

6) Adakah pengikut-pengikut Baginda suka memaki hamun orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka? 

7) Adakah Baginda mengangkat seorang peliwat dan penzina menjadi pemimpin? 

BERTAUBATLAH PAS!!!...

Friday, 15 June 2012

@KhairyKJ Bengang #twtupkj #BNYV Tak Ramai Yang Datang... @NajibRazak @razaliibrahim @tunfaisal

Malam ni sedang berlangsungnya Program BN Youth Volunteers yang diilhamkan oleh KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dibuat di NZ Garden KLCC.

Gua sempat turun ke lokasi untuk melihat sendiri dengan mata kepala gua betul ker kata-kata kawan-kawan sekolah gua, sahabat-sahabat gua bahkan ada ahli keluarga gua yang merupakan penyokong totok pembangkang dok bagi tau kat gua yang program ni takkan mendapat sambutan punya.

Betul la kata dia orang, tak ramai yang datang tapi gambar ni menceritakan sebaliknya (a picture speak a thousand words). Gua sampai nak masuk pun tak dapat. Itu yang duduk kat dalam pun bersesak-sesak. Yang kat luar takyah citer la.

Program yang simple dan santai ini mendapat sambutan ramai anak muda dan belia yang hadir untuk menjadi sukarelawan. Selama ini pihak pembangkang sering memfitnah kononnya Pemuda UMNO sering menyogok ahli-ahlinya dan sukarelawan yang bertugas dan berkhidmat untuk apa-apa program dengan WANG RINGGIT sebagai upah.

Malam ini membuktikan bahawa segala tohmahan pembangkang adalah fitnah dan bohong semata-mata. Seramai 157 orang anak muda dan belia yang majoritinya bukan ahli mana-mana parti politik pun sudah mendaftar menjadi sukarelawan.

Tahniah kepada sukarelawan yang mendaftar.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dari Mana Anuar Mendapat Sumber Kewangan???...


PENDEDAHAN eksklusif muka depan akhbar New Strait Times hari ini (lanjutan dari pemilikan 20 akaun rahsia Anwar bernilai RM 3 billion) memang menarik perhatian gua untuk mengupas mengenainya.

Menurut laporan tersebut, seorang CEO bank telah mengakui kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR – nama lama bagi SPRM) pada 1999, yang beliau terlibat menguruskan wang dari akaun Anwar ini yang berpengkalan di British Virginia Island (BVI). Agak mengejutkan kerana nama negara itu pun jarang kita dengar tapi tahu-tahu wang negara kita berlambak disimpan disana –semuanya gara-gara Anwar.

Penulis tidak mahu meneka CEO bank mana satu tapi sekarang rasa-rasanya baru penulis faham kenapa nama ‘Rashid’ begitu memberi nilai sentimental kepada Anwar sehinggakan ada bekas banduan dengan nama sama pun menjadi mangsa pertamanya sebaik keluar dari penjara pada 2004. Apa kaitan ‘Rashid’ dengan bank, pembaca boleh cari sendirilah tapi sekadar nak menyebutkan, bank ini dulu diketahui mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan Anwar.

Malah isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga dikatakan pernah memiliki saham yang besar dalam bank tersebut. Tapi sekali lagi penulis nak tegaskan disini, penulis tidak mahu meneka dan terpulang sepenuhnya kepada pembaca untuk membuat tafsiran sendiri.

Seperti yang kita ketahui, wang ini ada kaitan rapat dengan not RM 1,000 dan RM 500 yang penggunaan dan pengeluarannya dihentikan oleh Bank Negara Malaysian (BNM) pada 1998, sebagai sebahagian daripada proses pemulihan ekonomi negara yang diserang penyangak mata wang asing pada 1997. Dalam Statutory Declaration (SD) yang dibuat Datuk Murad dulu pun sudah dijelaskan tentang perkara ini, dan bagaimana ianya dibawa keluar dari negara kita.

Berapa besarkah ekonomi BVI ini, penulis tidak tahu tapi yang jelas sekarang, apa pun nilainya, kelihatan ia disumbang sedikit sebanyak oleh berbilion wang negara kita yang disimpan disitu.

BVI, setakat yang penulis tahu, tidak mempunyai tahap kerahsiaan kewangan sehebat Switzerland. Di Switzerland, tidak ada Mahkamah atau undang-undang dalam negara itu yang boleh mengarahkan bank-bank negara tersebut mendedahkan maklumat kewangan pelanggan mereka kepada pihak ketiga. Ada khabar mengatakan perkara ini menjadikan Switzerland sebagai tempat paling sesuai untuk menyimpan jumlah wang yang banyal tanpa perlu risau ia diketahui pihak lain – termasuklah wang haram.

Penulis yakin, sistem perbankan di BVI tidak jauh beza dengan Britain yang menjajah negara tersebut. Sudah tentu ada selok belok perundangan yang membolehkan pemilik sebenar wang tersebut didedahkan kepada pihak-pihak berkepentingan. Mungkin masih ada saksi-saksi yang pernah disiasat BPR dulu yang masih hidup dan boleh melengkapkan siasatan kalau kes tersebut dibuka semula sekarang.

Itupun kalau samseng-samseng upahan Anwar tidak sampai kepada dia dahulu.

Kerajaan SPRM dan BNM perlu ambil serius perkara ini. Wang, (walaupun dalam not yang sudah tidak dikeluarkan lagi), perlu dibawa balik ke negara ini untuk dimusnahkan kerana ia boleh mempengaruhi ekonomi negara kita, terutama bila bercakap tentang kitaran wang (circulation of money). Apa terjadi kalau wang itu dibawa balik ke Malaysia dan masuk ke dalam pasaran? Sudah tentu inflasi akan meningkat naik, sila-silap sejarah ‘wang pisang’ semasa penjajahan jepun dulu, boleh berulang semula.

Maaflah, ini bukan niatnya nak mengajar, penulis tahu, BNM pun sedar tentang perkara ini. Cuma penulis mahu sesuatu dilakukan segera untuk memastikan negara kita tidak lagi terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi sekali lagi setelah kita terselamat dari krisis sub prima yang melanda Amerika Syarikat pada 2008.

Dalam masa yang sama juga, tidak salah rakyat negara kita berkunjung secara beramai-ramai ke BVI untuk melancong. Tahulah kita sekarang, apa pun yang cantik, apa pun yang menarik, canggih dan sebagainya di negara tersebut, sedikit sebanyak disumbangkan oleh wang negara kita yang disimpan disitu dan dilaburkan oleh bank yang menyimpannya. -

Cara Ejen DAJJAL Mempergunakan Pakatan Pembangkang???...


PAS :
akan menyerang UMNO mengenai Hudud dan Islam. UMNO dituduh menolak hudud dan negara Islam. Sedangkan PAS sendiri tak mampu nak melaksanakan hudud di Kelantan. Perlaksanaan Islam oleh UMNO diperlekehkan hanya kerana tidak menyempurnakan hudud secara keseluruhan.

DAP:
akan menyerang UMNO dari segi pentadbiran. Menuduh UMNO/ BN tidak amanah, rasuah , salah guna kuasa, rasis, dan sebagainya. Menakut-nakutkan kaum cina, India dan lain-lain kaum dengan menyatakan UMNO parti Rasis dan anti kaum cina.

PKR:
tidak ada bezanya dengan DAP, mengunakan isu yang hampir sama dengan DAP. Mempunyai dalang-dalang mereka yang talam dua muka. Menyerang UMNO dengan menuduh UMNO tidak demokratik di dalam negara demokrasi. Mengalakkan rakyat membuat demonstrasi dengan alasan negara ini negara demokrasi. Menyerang peribadi Perdana Menteri dan menteri-menteri yang lain untuk mengambarkan keburukan pemimpin UMNO/BN. Ketua Umumnya pula seringkali mendapatkan sokongan luar negara untuk menjadi PM. Beliau juga sanggup mengadaikan Nama Allah, menyokong LBGT dan menyatakan sokongan kepada Zionist Israel demi merealisasikan cita-cita politiknya.

KAEDAH 3 SERANGKAI INI NAMPAK SANGAT BERBEZA UNTUK AUDIEN YANG BERBEZA.

Thursday, 14 June 2012

Akhir Anwar Berjaya Perangkap Pas Meninggalkan Islam???...


Akhirnya Anwar berjaya memerangkap dan memperdaya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS meninggalkan perjuangan melaksanakan hukum Islam dan mendirikan negara Islam tetapi menjadikan PAS satu parti sekular yang memperjuangkan agenda Pakatan sekular PR.

PAS yang suatu ketika dulu berjuang dengan tulus ikhlas untuk mendirikan Negara Islam yang Perlembagaan dan undang-undangnya berlandaskan Al Quran dan Sunnah Rasul, kini telah diperangkap dan diperdaya oleh Anwar supaya meninggalkan perjuangan Islam dan bersama-sama dengan DAP dan PKR mengisytiharkan bahawa HUDUD bukan lagi agenda PAS/DAP/PKR (pakatan Sekular PR), dan PAS tidak lagi memperjuangkan perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan Islam, tetapi bersetuju dan berjanji dengan DAP dan PKR untuk sama-sama mempertahankan perlembagaan negara sedia ada yang dulu PAS kata perlembagaan kafir Lord Reid, tinggalan penjajah, tanpa ada apa-apa komitmen atau persetujuan untuk memindanya kemudian bagi membolehkan hudud dan undang-undang jenayah Islam dilaksanakan.

Mengapakah PAS masih nak menipu Umat Islam tentang perlaksanaan hukum Islamn atau,

Adakah pemimpin-pemimpin PAS dan ahli-ahlinya terlalu lemah untuk menyedari semua ini atau pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS memang gila kuasa???...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers