Jadilah Sahabat Kulaan...
SEWA
TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Wednesday, 27 June 2012
Tuesday, 26 June 2012
Aaron Aziz Dapat PR : "Tiada Sebarang Keistimewaan Untuk Aaron" Kata Menteri KDN.....
Di sebalik polemik yang dicetuskan Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi mengenai isu pengiktirafan artis luar yang memenangi anugerah utama Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang, rupanya ada berita baik yang sampai ke telinga gua.
Permohonan Aaron Aziz untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia telah pun diluluskan oleh pihak kerajaan. Cuma mereka masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman dan masa terbaik bagi pelakon filem Ombak Rindu itu untuk mengambil MyPR, kad pengenalan berwarna merah untuk permastautin tetap di pejabat tersebut.
Populariti sudah berada kemas dalam genggaman diri pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz. Namun sosok kacak berusia 36 tahun itu mengakui ada lagi satu impiannya yang belum tercapai, malah dia melabelkan impiannya yang satu itu sebagai suatu deklarasi andai ia sukses dicapai.
"Meraih status penduduk tetap di Malaysia merupakan deklarasi yang paling berharga buat saya berbanding sebarang pengiktirafan," akui Aaron kepada Kosmo! ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 di Genting Highlands, Pahang.
Berikut adalah kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin mengenai polimek status permohonan PR Aaron Aziz :
Tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) yang diperolehi pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz dan keluarga.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, semua pihak perlu mematuhi semua prosedur yang sudah ditetapkan kerajaan.
Semalam, media tempatan melaporkan kenyataan pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz yang mengakui sudah menerima status Penduduk Tetap sejak awal Jun lalu.
Ia turut mencetuskan pelbagai reaksi negatif mendakwa pelakon itu mendapat keistimewaan PRnya diluluskan kerana statusnya sebagai selebriti.
“Dari segi Aaron Aziz ke siapa ke, dia kena ikut prosedur seperti biasa. Yang penting siapa yang kita berikan kelulusan. Keluarga saya sekalipun ikut prosedur, PR bukan merupakan kewarganegaraan. Siapa yang nak menyokong agenda kita jangan lari dari nawaitu dan matlamat untuk tujuan kebaikan. Saya kata orang nak cari pasal dalam landskap hari ini semua kita buat tak kena.” ulas Datuk Seri Hishamuddin.
Beliau sebelum itu hadir di Program Pemantapan Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah Peringkat Negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Datuk Seri Hishamuddin berkata beliau gembira kerana golongan selebriti juga mahu sama-sama menjayakan pelbagai program untuk negara dengan memanfaatkan jumlah peminat yang besar.
“Aaron Aziz, Aznil Nawawi, Norman Abdul Halim, Dato’ Siti Nurhaliza mereka ada penyokong tersendiri. Mereka telah mendekati kita bukan untuk apa, tetapi untuk menjayakan agenda lebih besar dan itu merupakan tanggungjawab dan amanah mereka sebagai selebriti yang mempunyai peminat yang ramai. Saya percaya bahawa nawaitu mereka ialah agenda lebih besar, segelintir ni apa kita buat pun tak kena, tapi majoriti melihat isu seperti ini begitu peribadi dan negatif, akhirnya tak akan ke mana. Pandangan majoriti lebih penting untuk tentukan landskap masa depan negara.”
Aaron Aziz dan Aznil Haji Nawawi antara selebriti yang bakal menjayakan satu inisiatif pembelaan kanak-kanak jalanan, terbiar, tiada sijil kelahiran dan diperalatkan sindiket antarabangsa melalui Kementerian Dalam Negeri.
Labels:
DSHH,
Hiburan,
Metro Harian
Benarkah Ahli Parlimen Belia Malaysia Sudah Besar Kepala???...
Gua ada terbaca penulisan yang agak menarik untuk dikongsikan bersama dengan pembaca gua. Kadangkala benda yang kita rasa kecik macam ini boleh meletup menjadi isu besar dan tidak mustahil boleh jadi isu nasional. Tambahan pula kalo nanti ditokok tambah macam nasi tambah oleh pembangkang yang takda kerja lain selain mengkritik dengan kritikan yang tak membina langsung.
Kepada belia-belia yang telah dilantik menjadi Ahli Parlimen Belia, satu jer nasihat gua buat lu orang. Jaga imej lu orang sebagai wakil masyarakat belia. Jangan kerana terlebih 'keterujaan' memberi kesan kepada imej yang lu orang patut bawak. Itu baru jadi Ahli Parlimen Belia, kalo betul-betul jadi Ahli Parlimen dah tentu lain plak ceritanya.
Juga nasihat gua kepada Ahli Parlimen yang"betul", korang pun kena jaga imej yang korang bawak sebab korang ini telah dipilih oleh rakyat untuk menjadi wakil kepada rakyat dan masyarakat. So, jangan lupa plak turun padang melihat masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan korang.
BEBERAPA hari lalu, penulis menerima e-mel daripada seorang pemimpin belia veteran yang mengadu mengenai sikap sesetengah pemimpin belia sekarang yang dikatakan besar kepala. Rupa-rupanya teguran tersebut lebih ditujukan kepada beberapa orang Ahli Parlimen Belia Malaysia (Percubaan) yang menurut beliau bersikap seolah-olah ‘lebih sudu daripada kuah’.
Pemimpin belia veteran yang sudah lama berkecimpung dalam aktiviti pertubuhan belia serta politik ini agak kesal kerana terdapat Ahli Parlimen Belia yang terlalu ghairah menjaja ‘title’ Yang Berhormat ini hingga menimbulkan kekeliruan sesetengah pihak di kawasan berkaitan.
Dikatakan juga ia mengundang rasa gusar Yang Berhormat Ahli Parlimen sebenar di kawasan terbabit. Namun begitu pemimpin belia veteran ini amat menyokong serta mengalu-alukan penubuhan Parlimen Belia Malaysia sebagai bukti pengiktirafan kerajaan terhadap peranan serta bakat golongan belia di negara ini.Penulis sempat menjawab e-mel beliau dan menerangkan bahawa mereka adalah kelompok terpilih dalam status percubaan. Pihak Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Belia Malaysia (MBM) sedang meneliti lebih mendalam mengenai kaedah pelaksanaan serta pemilihan Ahli Parlimen Belia akan datang.Penulis berharap rakan Ahli Parlimen Belia di luar sana dapat mengambil iktibar daripada teguran ini demi menjaga imej serta sikap masing-masing. Seingat penulis, perkara berkaitan sikap serta tingkah laku yang sepatutnya ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Belia sudah dinyatakan secara jelas sewaktu sesi bengkel kira-kira tiga bulan lalu.Penulis berharap tiada kejadian pemimpin muda kita ini yang bersikap sombong dan besar kepala hanya selepas menerima Ahli Parlimen Belia Malaysia (Percubaan). Kalau sekadar bersikap sedikit teruja dan seronok masih boleh difahami dan diterima. Mungkin mereka juga terbawa-bawa dengan keterujaan masyarakat kita yang juga amat berminat dengan cerita perkembangan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan jangkaan senarai Ahli Yang Berhormat yang mungkin terpilih.
Labels:
Mahasiswa,
Metro Harian,
Pendidikan
Monday, 25 June 2012
Tok Khatib Baca Khutbah Jumaat Doakan Kerajaan Sekarang Tumbang...
![]() |
| sekadar gambar hiasan |
Astagfirrullahal azim... Apa nak jadi dengan dunia politik negara sekarang. Gua ni bukan la tinggi ilmu agama tapi kali ni gua kena bersuara bila agama sudah dijadikan alat untuk kepentingan politik sempit parti pembangkang yang berteraskan Islam. Ini berkaitan dengan insiden tok khatib di Pulau Pinang membacakan khutbah jumaat yang mendoakan supaya kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU13 yang akan datang.
Insiden ini berlaku di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Guar Perahu, Pulau Pinang minggu lepas. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) seharusnya mengambil tindakan segera menyiasat sama ada teks ucapan khutbah Jumaat itu adalah teks yang dikeluarkan oleh MAINPP sendiri atau teks khutbah Jumaat yang ditulis sendiri oleh tok khatib.
Tindakan tok khatib itu boleh memecah-belahkan umat Islam dan perbuatannya juga dianggap sebagai cubaan menghasut. Tugas seorang khatib adalah menyampaikan nasihat daripada segi agama dan bukan mencampur-adukkan politik dengan agama terutama di rumah suci ALLAH itu. Jika tok khatib nak berceramah politik, buatlah di luar bukan dalam masjid.
Perbuatan tok khatib ni jelas menunjukkan ada agenda politik. Jadi gua minta MAINPP siasat kerana inilah ciri-ciri tok khatib yang boleh memecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu. Pihak MAINPP perlu bersikap adil dan mengambil tindakan tegas dalam menangani perkara ini. Takkan nak biar khatib gunakan masjid untuk politik. Memang Islam tak memisahkan antara agama dan politik tapi jangan la sampai nak hasut-menghasut la pulak.
Bukan takat gua jer terkejut, seorang kariah masjid berkenaan, Abu Bakar Mohktar mendakwa, beliau dan kariah lain terkejut mendengar doa oleh tok khatib jemputan itu dan apa yang dikesali, doa itu menggantikan doa untuk Yang di-Pertuan Agong.
Labels:
Pakatan,
Pas,
Sinar Harian
Artis Mula Masuk Pas Kerana Pangkah Pas Masuk Syurga...
Pas terima artis yang pernah ditangkap khalwat jadi penceramah Pas kini boleh berbangga dengan kemunculan seorang lagi artis yang kian diketepikan oleh dunia seni hiburan untuk menjadi penceramah mereka. Pas kini bolehlah dikatakan sebagai lubuk buat artis-artis yang mahu bertaubat dan mencari jalan cepat ke "Syurga PAS".
Pelakon ini dulunya pernah terpalit dengan isu ditangkap khalwat di Langkawi suatu ketika dahulu , kini memilih Pas untuk membersihkan dirinya. Baguslah, pemimpin besar dalam PAS dulunya pun pernah ditangkap dengan bini orang. Sesuai sangatlah dengan kemasukan dalam Pas. Kalau buat salah apa-apa, senang nak minta ampun kerana ada orang boleh ampunkan.
Macam yang terjadi kepada ADUN Pas kawasan Selinsing yang ditangkap membuat maksiat dengan bini orang dalam keretapi dulu ALOR STAR: Dua pelakon lelaki drama popular ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi kerana dipercayai berkhalwat dengan dua wanita di sebuah bilik hotel di Kelibang, dekat Kuah, Langkawi. Pasangan mereka tidak terbabit dalam lakonan dan menetap di Langkawi dan dipercayai sudah lama mengenali seorang daripada pelakon lelaki itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
The True Brothers



