Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 25 July 2012

Abby Abadi Sah Masuk Syurga???... @Abby_Abadi112


Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan menyertai Pas baru-baru ini dengan menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan Pas kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, beberapa minggu lalu.

Akhir bulan lalu, beliau antara lain berkata bahawa belum sampai masanya untuk mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas.

Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya dipetik Harakah Daily, hari ini.

Beliau dilaporkan menyerahkan borang keahlian Pas di Nilam Puri dekat Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH. -SH-

p/s : bukan gua yang cakap kalo masuk Pas masuk syurga... gua bukan buat fitnah... memang pas yang cakap mcam tu... tapi kalo cakap jer mesti kata gua reka-reka cerita... nie gua bagi gambar sebagai bukti...

tapi seperti biasa puak-puak sesat Pas nie akan kata gambar mana boleh jadi bukti... kena bawak 4 orang saksi macam depa dok buat fatwa kes video chinadoll Anwar Ibrahim tuh... lu pikir la sendiri...








Tuesday, 24 July 2012

Pas Tidak Bersekongkol Dengan DAP, Tegas Nasrudin


Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Pas tidak pernah bersekongkol dengan DAP kerana ia adalah tahaluf siasi.

Menurut Nasrudin, hal ini kerana Pas sedar dengan hanya satu parti tidak boleh menang di negara ini.

“Pas perlu akui realiti, tidak menang dengan satu parti. Kerjasama dengan DAP, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) adalah dalam konteks politik,” katabeliau pada Debat Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas tidak menggadai prinsip perjuangan parti dengan negara berkebajikan kerana ia tidak bertentangan dengan Islam.

“Ada pihak mengatakan Pas kononnya mengadai prinsip perjuangan dengan mengatakan negara berkebajikan tidak kena dan tidak betul, sedangkan ia tidak bertentangan dan sangat bertepatan dengan Islam,” katanya.

p/s : aik! lain plak bunyi citer Pas nie... tak bersekongkol kata puak Pas nie la tapi kalo undi DAP masuk syurga... kalo undi UMNO masuk neraka... hanya kerana terdesak untuk meraih undi dengan pintu PRU13 yang semakin hampir... Pas sanggup membuat apa saja hatta sehingga menggadaikan agama Islam demi kepentingan politik....

sebelum bersekongkol dengan PKR dan DAP puak-puak Pas mahu menegakkan "NEGARA ISLAM" konon... tapi bila dah bersekongkol, terus tukar kepada "NEGARA BERKEBAJIKAN"... mana perjuangan mendirikan NEGARA ISLAM sebelum ini... mana istiqamah dalam perjuangan...

Monday, 23 July 2012

[Video] Ustaz Kazim Jawab Nik Aziz Hina Nabi...

Fathul Bari: Tolak Pemimpin Politik 'Ala Syaitan'...


Golongan muda perlu menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh sehingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sikap ahli politik yang suka menimbulkan persepsi salah terhadap pihak lain diibaratkan seperti politik 'ala syaitan' yang hanya akan memburukkan pihak lain.

“Banyak kategori pemimpin yang perlu ditolak orang muda antara yang lain ialah mereka yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang yang dipimpin.

“Mana mungkin seseorang yang tidak memiliki kepakaran akan berjaya dalam bidang yang dipimpinnya, justeru, orang muda perlu bijak menilai siapa pemimpin yang akan mereka pilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti," kata beliau pada Debat Sinar Harian bertajuk PRU13: Orang Muda Pilih Siapa? yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, sebentar tadi.

Debat yang menemukan beliau dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dipengerusikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Menurutnya, disebabkan golongan muda sinonim dengan perlakuan agresif, parti politik memainkan peranan penting dalam mendidik mereka mengenai cara berpolitik yang betul dan tidak bersandar kepada maklumat yang mereka peroleh daripada laman sosial.

“Orang muda bertanggungjawab mengubah struktur politik negara pada masa kini, jadi mereka perlu bijak menganalisis maklumat yang mereka peroleh bukan percaya bulat-bulat maklumat yang belum dipastikan sama ada dari fakta yang betul atau salah,” katanya.

“Apabila mereka suka guna medium itu untuk dapatkan maklumat, tidak menganalisis maklumat yang diperoleh, itu juga akan mencetuskan fitnah terhadap pihak lain dan budaya fitnah ini adalah jelas dilarang dalam Islam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, golongan muda perlu membenci budaya politik yang mengajak masyarakat membenci pihak lain.

“Tiada dalam ajaran Islam supaya kita menyuburkan budaya saling benci-membenci ini, ia bukan sahaja akan memecahbelahkan masyarakat malah akan melemahkan kedudukan negara itu sendiri,” katanya. -SH-

Sunday, 22 July 2012

Tahniah Abby Abadi Dah Menyerahkan Borang Masuk Syurga... @Abby_Abadi112



Majlis Penyerahan Borang Masuk Pas Abby Abadi (Ahli Seumur Hidup) kepada TG Nik Aziz dalam Ceramah Ambang Ramadhan, Padang Nilam Puri (Kota Bharu), 19 Julai 2012.

Hanya kerana anda artis maka anda dapat pengiktifan dan perhatian seperti ini... Kesian dekat ahli muslimah Pas yang lain yang tak dapat perhatian seperti anda dapat... Kerana apa?... Kerana muslimah Pas yang lain bukan artis...

Baru la pak-pak lebai Pas semangat nak datang ceramah Pas... Ada pemanis...

Siapa la yang bertuah dapat memperisterikan Abby pasal dia cakap tadi dia masih muda lagi... eeeeeeeeemmmm....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers