Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 7 January 2013

[Eksklusif] Gambar-gambar Kahwin Khairul Fahmi Apek & Leuniey...





Dewan Ulama Pas Menentang Bible BM Tidak Boleh Guna Kalimah ALLAH!!!...


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tetap dengan pendiriannya bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan untuk menggantikan "God" dalam Bible versi Bahasa Melayu sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng walaupun ada pemimpin tertinggi parti itu menyokongnya.

Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu didakwa menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH, seperti itu tidak betul.

Harun berkata, penggunaan kalimah ALLAH hanya untuk orang Islam dan Guan Eng tidak wajar meminta agar dibenar untuk menggunakannya dalam Bible Bahasa Melayu.

"Saya memang kata tak boleh, penggunaan kalimah ALLAH untuk orang Islam sahaja. Saya menegaskannya seperti sebelum ini saya sudah bercakap dan tak akan berubah.

Akhirnya DAP Akui Kesilapan Memalukan!!!!...


Pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengakui kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan DAP baru-baru ini memalukan parti berkenaan.

Beliau juga mengakui kesilapan berkenaan secara langsung meletakkan DAP kini dalam serangan musuh politik parti berkenaan.

"Musuh politik kami mungkin melihat ini sebagai satu kelemahan.

"Namun pemimpin DAP bersedia bertanggungjawab dan membetulkan kesilapan tidak kira betapa ia memalukan," dakwanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, DAP menerima perletakan jawatan oleh pegawai pemilihan parti, Pooi Weng Keong.

Sunday, 6 January 2013

[Gambar] Hospital Di Wuhan Buka Wad Seks???...


Sebuah hospital di Wuhan telah membuka wad seks untuk membantu pesakit atau pasangan yang mempunyai masalah mengandung.

Dalam wad ini, ia dilengkapi dengan sofa, televisyen, katil dan juga cakera padat filem 18SX!

Alatan dan buku tentang membuat seks juga turut disediakan pihak hospital.

Selain itu, beberapa orang pakar tentang bidang sakit tuan dan puan untuk memberi tips kepada pasangan yang mempunyai masalah mengandung turut disediakan.

Bayaran yang dikenakan untuk satu malam berada di dalam wad ini adalah RM520.

Kedengaran agak jangkal, namun tidakkah ia sekurang-kurangnya dapat membantu menyelamatkan perkahwinan daripada bercerai-berai?

Tetapi untuk hospital seperti ini wujud di Malaysia, agak kurang sesuai.

Rakyat Malaysia kan pemalu orangnya? Tak gitu?


Paderi Lega Kenyataan Mat Sabu ‘Allah Untuk Orang Bukan Islam’!!!!...


Kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa bukan Islam juga dibenarkan merujuk Tuhan sebagai "Allah" melegakan, selepas kenyataan yang bercanggah dari ketua penerangan parti Islam tersebut.

"Jaminan timbalan presiden PAS kekal dengan pendiriannya tiga tahun lalu sungguh melegakan. Kami menghormati pendirian konsistennya, dan mengagumi keberaniannya dan mengalu-alukan beliau sebagai rakan kebenaran yang ikhlas," kata Uskup Paul Tan yang dilaporkan kepada sebuah portal berita, sehari selepas Mohamad menerangkan pendirian parti.

Pemimpin PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu, berkata: "Presiden PAS telah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain selain Islam untuk menggunakan nama 'Allah'. PAS masih kekal dengan pendirian itu."

Untuk orang Islam di Malaysia, yang merangkumi 60 peratus dari 28 juta penduduk, mendakwa perkataan Arab itu adalah nama yang ekslusif untuk Tuhan mereka, dan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan Gereja Katolik untuk menggunakan perkataan tersebut sebagai Tuhan untuk orang Kristian dalam bahagian Bahasa Melayu akhbar mingguannya, Herald, yang dibaca kebanyakannya dari Borneo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers