Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 12 January 2013

Bukti Gambar 1 Juta Rakyat Malaysia Turun #KL112???...





Ini buktinya betapa ramai rakyat Malaysia turun memenuhi Stadium Merdeka tengahari tadi. Lebih sejuta rakyat Malaysia memenuhi stadium yg kapasitinya 30 ribu kerusi.

Tahniah kepada 27 juta 960 ribu rakyat Malaysia yang lain kerana tidak turun ke Stadium Merdeka.

p/s : let's a picture talk a thousand words...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 11 January 2013

Betul Ker #KL112 Dibatalkan Sebab PKR/Pas/DAP Tiada Kata Sepakat...


TERKINI/LATEST: Perhimpunan Shamsidar yg di jadual esok 12hb anjuran Azmin,Tin Chua dan Hishamudin Rais di batalkan atas sebab2 tidak ada kata sepakat dan timbul pertelingkahan di kalangan pkr,dap dan pas.(The Shamsidar gathering suppose to be held 2moro has been cancelled due to many reasons.pls inform and forward to friends)..tq/t.kaseh..rosli.. pkr.

p/s : ini adalah info yang dihantar ke bbm gua... elok sangat ler tu... menyusahkan warga kotaraya jer...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 10 January 2013

[Eksklusif] : Gambar2 "Police Media Marshall" Bakal Diperkenalkan Semasa #KL112... @HishammuddinH2O @tunfaisal




Tag Media Langkah Proaktif Jamin Keselamatan... @HishammuddinH2O @tunfaisal


PUTRAJAYA – Langkah memperkenalkan tag media dari polis untuk pengamal media yang akan bertugas semasa perhimpunan yang dianjur pembangkang di ibu negara Sabtu ini merupakan langkah proaktif pihak polis untuk menjamin keselamatan mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia adalah sesuatu yang dipelajari daripada perhimpunan Bersih yang lalu, semata-mata untuk membolehkan pihak polis mengenal pasti media daripada peserta perhimpunan, tanpa agenda lain.

"Pertimbangan kita yang paling penting adalah keselamatan awam, dan apa jua keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan ia bersandarkan kepada keselamatan dan ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand Dr Chalerm Yoobamrung di sini hari ini.

Hishammuddin bagaimanapun berkata soal keselamatan tidak hanya terletak di bahu pihak polis kerana pihak penganjur dan peserta perhimpunan itu sendiri turut bertanggungjawab atas keselamatan masing-masing.

Kalimah Allah: PAS Diambang Perpecahan Atau Drama???...


Kepimpinan tertinggi PAS kini sedang melalui fasa yang getir apabila dilihat berpecah kepada dua kumpulan berikutan wujud fahaman yang berbeza berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara umumnya bersetuju dengan penggunaan itu namun ia ditentang keras Dewan Ulama PAS.

Menurut Abdul Hadi;

Penggunaan kalimah Allah tidak wajar disalah gunakan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan.

"Penganut Islam pelbagai bangsa boleh tetap menyebut perkataan Allah apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers