Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 9 March 2013

[Gempar!!!] Ini Bukti Fan Page Misuari Promosi Kisah Bapa Saiful?


Sayang betul Nur Misuari kepada Anwar sehingga sanggup mempromosikan pengakuan bapa Saiful Bukhari di fanpage beliau.

Agak pelik kerana fanpage beliau itu selama ini hanya berkaitan perjuangan MNLF dan kisah-kiah politik Filipina.

Entah kenapa hari ini tiba-tiba ada pulak cerita pasal bapa Saiful. Menyimpang betul… atau tidak?

Kalau dibuat oleh admin page pun, sudah tentu dengan kebenaran Misuari kan… takkan nak memandai letak aje!

Misuari adalah pemimpin MNLF dan kumpulanya bersama Jamalul Kiram dikatakan terbabit dalam pencerobohan di Lahad Datu sehingga menyebabkan ramai wira kita yang gugur dan keamanan negara tercalar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara kawan rapat beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Korang Caya Tak Cakap Sultan Sulu "Saya Sultan Paling Miskin Dalam Dunia, Dakwa Jamalul Kiram III???"


Tidak seperti keluarga diraja yang lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya hidup pula mewah, kerajaan Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.

"Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia," kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika.

Pengikut Sultan Sulu ini telah mencetuskan krisis keselamatan terbesar di Malaysia kerana menghantar kira-kira 200 pengikutnya dan sebahagian mereka bersenjata yang diketuai oleh adik beliau sendiri ke Lahad Datu.

Mereka mencetuskan konflik di Malaysia kerana mahu menuntut semula kononnya kawasan itu merupakan hak milik mereka.

Operasi yang dikenali sebagai Op Daulat itu berlarutan lebih seminggu tetapi sehingga kini pengikut Jamalul masih berdegil dan enggan berundur.

Jamalul mendakwa yang Sabah ialah milik Kesultanan Sulu satu masa dahulu dan ia hanya dipajak kepada Malaysia dan mereka membayar sewa tahunan sebanyak AS$1,708 atau lebih RM5,000.

Jamalul yang menghadapi masalah kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung juga dengan bangganya menceritakan empayarnya berpangkalan di kepulauan Sulu, selatan Filipina.

"Filipina kemudian dipajak Sabah kepada syarikat British dan pada tahun 1963, Sabah mengambil keputusan untuk menyertai Malaysia," katanya.

Beliau menambah ketika waktu muda, Jamalul sering mengembara ke Sabah.

"Negeri itu sangat kaya dan setiap kali saya ke sana, saya berasa seperti berada di kampung halaman saya sendiri," ujarnya.

Sehingga kini, lebih 800,00 rakyat Filipina menetap di Sabah untuk bekerja sejak bertahun-tahun dahulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 8 March 2013

[Gempar!!!] Ada 700 Pengganas Lagi Nak Masuk Sabah??? Giler Ker!!!...


Polis Diraja Malaysia menafikan bahawa 700 orang pengganas dari Sulu hendak menceroboh masuk ke Kota Kinabalu dan Tawau untuk membuat kacau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, apa yang tersebar di media sosial Facebook dan Twitter adalah khabar angin.

Beliau membuat penafian itu dalam sidang media harian di Lahad Datu, Sabah.

Khabar kemasukan pengganas baru dari Selatan Filipina telah tersebar sejak minggu lalu termasuk seperti yang dilaporkan oleh media Filipina.

Philippine Daily Inquirer pada minggu lalu memberitahu 10,000 pejuang Tausug sedang belayar untuk menyertai kumpulan Jamalul Kiram bagi berperang dengan tentera Malaysia.

Khabar itu bagaimanapun dinafikan pasukan keselamatan negara ini.

P/S : nak mampos berani datang Malaysia... Ingat nie negara mak bapak korang ker sesuke hati keluar masuk...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sultan Kiram Marah Tentera Sulu Digelar Pemberontak!!! Habis Tu Nak Panggil Patriot!!!...


Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan.

Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka.

"Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas," kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM.

Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah.

Sebelum ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del Rosario bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas.

Sementara itu, Jamalul Kiram sekali menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri.

Katanya, mereka selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau berkata, adiknya dan para pengikutnya tidak akan kembali ke Filipina.

Jamalul Kiram menyatakan, beliau tidak akan mengarahkan para pengikutnya itu kembali ke tanah air.

Para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu.

P/S : korang yang datang Lahad Datu IC pun xda lagi nak mengaku Malaysia tanahair korang... F**k la...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 7 March 2013

[Panas!!!] Apakah Kita Sedang Berperang Dengan Hantu Di Lahad Datu???...


Penulis hendak beritahu awal-awal, tujuan rencana ini bukan untuk merendahkan pasukan keselamatan kita.

Namun, selepas lebih 24 jam Ops Daulat, nampaknya situasi di Lahad Datu masih jauh daripada selesai sebenarnya.

Bayangkan, setakat ini hanya 13 mayat (itu pun belum tepat sepenuhnya walaupun disebut oleh Menteri Pertahanan) yang ditemui.

Hari ini sahaja sudah 4 kali tembak-menembak antara pengganas dengan pasukan keselamatan dilaporkan.

Mopping Out atau pembersihan saki-baki pengganas sudah berlangsung lebih 24 jam dalam kawasan yang sepatutnya hanya seluas 4 kilometer pada asalnya.

Takkan tak habis lagi?

Dengar kata 2,000 komando tentera dan polis bergerak masuk ke kawasan pengeboman semalam untuk mopping out.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers