Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 18 March 2013

[Gambar] 12 Perisai Bikin Pemberontak Goyang Dah Sampai Lahad Datu...


Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini, Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM) hari ini membawa masuk kereta perisai berantai untuk mempertingkatkan kawalan dan kekuatan gempuran di sekitar kawasan Lahad Datu, Sabah.

Sebanyak 12 kereta perisai berantai sudah tiba di Felda Sahabat 16 bagi memperkukuhkan lagi Op Daulat di sana.

Sebelum ini, pasukan keselamatan menyatakan akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negera di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.

Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, langkah itu diambil untuk menguatkan pertahanan dan kawalan serta bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.

Selain itu, mereka turut menjanjikan akan membawa beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia yang akan dibuat secara peringkat-berperingkat.

Helikopter tentera darat telah pun tiba beberapa hari lalu.

"Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@Abby_Abadi112 Teruk Kena Serang Bila Akaun Parody @Abby_Abadi211 Kutuk Tun M Pasal Lahad Datu???...



Penulis secara peribadi tak berapa gemar cara Abby Abadi berpolitik yang ada kalanya macam orang singkat akal dan main lepas cakap aje.

Namun, kalau satu hal tu Abby tak buat, tak elok juga nak belasah.

Ada tersebar di Facebook dan Twitter kononnya Abby mengutuk Tun Dr Mahathir melawat Lahad Datu sekadar untuk bergambar dan bukannya berperang.

Habis ramailah juga yang belasah Abby lepas tu.

Bendanya… Kalau melibatkan Tun M, baik penyokong kerajaan mahupun segelintir 'penyokong atas pagar' memang akan mengamuk betul-betul.

Hebat-hebat dan laser mulut Azwan Ali, pernah sekali terkutuk Tun M… Tak cukup tanah nak lari bila kena belasah balik... Sampai buat sidang media mohon maaf.

Jadi, petang semalam, sebaik tweet mengutuk Tun M tu keluar, Abby mula la diserang kiri dan kanan…

Namun hal ini penulis hendak katalah…Abby tak kutuk Tun M ok…

Yang keluarkan tweet tu adalah akaun parodi yang sekali imbas, memang sebijik macam akaun dia (gambar atas).

So… tak payah la nak maki hamun Abby dalam hal yang itu… Kat atas ni Mynewshub letakan kedua akaun itu sekali… Yang atas paraodi dan yang bawah tu asli.

Namun, penyokong Abby pun tak payah melonjok nak kutuk penyokong kerajaan ke apa… Tanya diri jugak kenapa orang cepat percaya Abby kutuk Tun M….

Sebab macam penulis cakap kat atas tadi… Abby memang ada rekod berpolitik cara main lepas cakap…. Sebab itu bila dia tak kutuk Tun M pun orang cepat percaya ayat-ayat tu datang dari mulut dia...
-MYNEWSHUB-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RM50K Menanti Penggiat Kreatif Di Portal #BNYCT???... @NajibRazak @KhairyKJ @tunfaisal


Wow! Lumayan... Kepada mereka-mereka yang teror dalam penghasilan kreatif di alam siber, inilah peluang untuk anda di luar sana menunjukkan bakat kreativiti anda dalam menghasilkan penulisan, bahan terbitan seperti video di YouTube, gambar-gambar kreatif seperti kartun. Semua hasil karya anda bolehlah di hantar ke portal BNYCT [KLIK SINI].

KN pasti ramai aktivis-aktivis media siber di luar sana yang mempunyai bakat-bakat terpendam dalam menghasilkan bahan-bahan kreatif di alam siber ini yang boleh diketengahkan dan diangkat hasil mereka ke tempat yang sewajarnya. Ini antara penghasilan kreatif yang boleh dijadikan contoh :



Maka bagi menghargai dan mengiktiraf hasil usaha penggiat kreatif, BNYCT menyediakan RM50,000 jumlah keseluruhan bagi semua kategori yang dipertandingkan. 

So, apa lagi anak muda... ayuh! tunjukkan bakat terpendam anda...

Sunday, 17 March 2013

Pewangi Udara Dari Taik Lembu???...


Tahi lembu berbau busuk dan hanya digunakan sebagai baja di negara kita. Di negara miskin tahi lembu digunakan sebagai mortar untuk membina rumah dan juga bahan api untuk memasak.

Di Indonesia dua orang pelajar sekolah menengah menemui cara terbaru untuk mengitar semula tahi lembu. Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki mengalahkan 1000 peserta Indonesia Science Project Olympiad (Olimpiad Projek Sains Indonesia) dengan pewangi udara berasaskan tahi lembu ciptaan mereka.

Sungguhpun menggunakan tahi lembu, pewangi udara yang dicipta dua remaja ini mempunyai bau seperti rumput yang menyegarkan. Ianya juga mesra alam dan jauh lebih murah kerana tidak menggunakan bahan tambahan kimia seperti majoriti pewangi udara yang ada di pasaran sekarang.

Untuk menghasilkan pewangi udara ini, tahi lembu ditapaikan selama 3 hari. Kemudian air dari proses penapaian dikutip sebelum dicampurkan dengan air kelapa sebelum disuling secara berperingkat selama 7 hari. Air yang terhasil dari proses penyulingan ini akan berbau seperti rumput yang baru dipotong dan kini boleh digunakan sebagai pewangi udara.

Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki akan mewakili Indonesia di International Environment Project Olympiad di Istanbul tahun ini. Mereka sedang dalam proses mendapatkan paten untuk rekaan mereka. Syabas keapda dua orang saintis muda ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sketsa Niring : Isteri Nak Cabut Tapi Suami Tak Bagi Cabut???...


SEPASANG PENGANTI BARU. . . . .

ISTERI = adoi . . . sakitnya bang . ! macam mane ni bang.. . . ..,? (sambil mengerang)

SUAMI = jangan nangis sayang .. nanti emak ayah dengar. . . mereka mungkin belum tidur lagi tu. . . . (sambil menenangkan isterinya)

ISTERI = *tak dapat menahan sakit dan mengerang dengan kuat *

SUAMI = sabar sayang .! esok baru cabut. . . tahan je. . .

* sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. . dia memang terdengar anak perempuanya mengerang. . . lalu dia terus menendang pintu kamar pasangan itu . . . dengan rasa geram dia berteriak *

BAPA = ni apa kena ni.? tak paham ke,? anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut . . .!! CABUT SEKARANG JUGA!!

ISTERI= (terkejut dengan tindakan bapanya lalu berkata) abah, takkan lah sakit gigi pon boleh mati. . . . lagi pun manalah ada klinik gigi yang buka 24 jam?

BAPA = §¥$¥+¥€£%¥$+*€§¥$*¥

maluw si bapa . . . . ^_^
lawak di petang hari....:) :) :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers