Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 22 April 2014

Keputusan Kemenangan Calon Kepimpinan PKR Sudah Diketahui Awal???


Kemenangan calon calon PKR sudah diketahui lebih awal.


Presiden Parti - Wan Azizah
Timbalan Presiden - Saifuddin Nasution
Naib Presiden - Nurul Izzah
Naib Presiden - Rafizi Ramli
Naib Presiden - ? 
Ketua Wanita PKR - Rodziah Ismail
Ketua AMK - Nik Nazmi


Rata rata mengetahui bahawa Anwar Ibrahim akan merengkok selama 5 tahun di dalam penjara kerana kesalahan Meliwat. Justeru itu jawatan presiden PKR sekali lagi perlu digalas oleh isterinya iaitu Wan Azizah. Namun percaturan kali ini nampaknya lebih menarik apabila Saifuddin Nasution bakal menang kerusi Timbalan Presiden PKR. Saifuddin Nasution dijangka menewaskan Azmin Ali dengan bantuan Khalid Ibrahim yang mana undi Azmin Ali akan susut dan memberikan kelebihan besar buat Saifuddin Nasution yang terang terangan berkempen dan mendapat restu dari Anwar Ibrahim.

Percaturan yang dilakukan Anwar Ibrahim ini adalah kerana mahu menfaatkan kelebihan Saifuddin Nasution yang kita tahu mempunyai hubungan yang amat baik dengan sekutu berpengaruh dari dalam UMNO. Malah Johari Abdul yang merupakan pengerusi Lembaga Disiplin parti PKR juga merupakan sekutu rapat kepada Saifuddin Nasution. Jadi tidak hairanlah kita bila Johari Abdul mengeluarkan kenyataan Azmin Ali dan Saifuddin Nasution bakal berdepan dengan tindakan tatatertib yang mana kita sudah tahu bahawa hanya Azmin Ali seorang sahaja yang akan dikenakan tindakan Tatatertib manakala Saifuddin akan bebas.

Monday, 21 April 2014

Peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu "Mat Salleh" "Teruja" Bila Bertemu Rosmah!!! @NajibRazak


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meraikan peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2014 dalam satu majlis resepsi khas di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Seramai 80 peserta dari 75 buah negara diraikan dengan jamuan makanan dari Malaysia termasuk persembahan dari para pelajar universiti tempatan menyampaikan nyanyian dan tarian.

Rosmah turut duduk di meja utama bersama beberapa peserta pidato dari pelbagai negara sepanjang majlis berkenaan berlangsung (Gambar atas).

Dalam ucapannya pada majlis itu Rosmah berkata pertandingan hasil cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempercepatkan lagi impian agar Bahasa Melayu terus dominan di persada antarabangsa.

“Penganjuran pertandingan seperti ini mampu memecahkan dominasi penguasaan Bahasa Melayu agar ia tidak hanya berlegar sekitar rumpun bangsa penutur asli bahasa itu sahaja.

“Untuk keluar dari kepompong realiti dan hakikat yang sedia ada, kita perlu usaha yang lebih imaginatif, inovatif, terancang untuk meningkatkan faktor bagi menggalakkan bangsa asing menguasai Bahasa Melayu,” katanya dalam majlis resepsi berkenaan di Dewan Bankuet, Seri Perdana.

Menurut beliau, Bahasa Melayu telah digunapakai di Malaysia, Indonesia, Brunei dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun yang lalu.

“Kini, Bahasa Melayu juga dituturkan oleh penduduk Melayu di selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Siapa Karpal Singh Untuk Diberikan Pingat Dan Penghormatan Negara???? @NajibRazak


Selepas majlis memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh semalam di Dewan Sri Pinang milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang dibuat secara besar-besaran, Kematian Karpal penghina Islam dan Raja Melayu terus diratapi puak-puak DAP dan macai PR. Tapi yang kita persoalkan apa sumbangan Karpal Singh kepada negeri Pulau Pinang sehinggakan dibelanjakan duit rakyat negeri untuk majlis penghormatannya "State Funeral".

Contohnya, lihatlah sendiri Dewan Sri Pinang miliki kerajaan yang digunakan sepenuhnya untuk majlis ini. Adakah ia percuma oleh kerajaan negeri atau dibayar oleh parti DAP? Malah bendera negeri dikibarkan separuh tiang dan juga kena bertafakur di Stadium Bandaraya semasa Pulau Pinang menentang PDRM di Liga Perdana lepas. Kemudian  pemimpin Pakatan dengan macai-macainya mula melalak dalam segala bentuk media sosial yang ada menuntut agar mendiang Karpal diberikan pingat dan gelaran seperti gelaran "Tun" serta diberikan penghormatan negara.

Memang kita sebagai manusia boleh berasa simpati pada keluarga Karpal Singh tapi patutkah Kerajaan Malaysia memberikan penghormatan negara kepada Karpal Singh?

APAKAH JASA KARPAL UNTUK NEGARA?

APAKAH TARAF KARPAL UNTUK DAPATKAN PENGHORMATAN NEGARA?

ADAKAH KARPAL RAJA?

APAKAH KARPAL ADALAH PEJUANG YANG DIIKTIRAF OLEH NEGARA MALAYSIA? 

PENGHORMATAN NEGARA SEPERTI MANA RBFONLINE PINTA?


Baca selanjutnya di RBFonline dan Antarapos.online
"Karpal telah menjadi penghalang kepada seorang pengamal homoseksual daripada menjadi pemimpin utama negara kita. Jika tidak kerana pendedahan dan asakan daripada Karpal tahun 1997 sudah tentulah pengamal homoseksual berkenaan yang telah dinamakan oleh Tun Dr M sebagai penggantinya akan menjadi pemerintah kita selepas Tun bersara. Dah hampir pun ketika itu. Nasib baik Karpal yang menjadi penghalang.

Kita kena ambil iktibar bagaimana hancurnya sebuah negara kaum Nabi Luth kerana homoseks. Dan Nabi cukup-cukup marah kepada pengamal homoseks sehingga Baginda tidak mengaku sebagai umatnya. Cuba anda bayangkan sekiranya orang begitu diangkat menjadi pemimpin kita, apa akan jadi kepada negara kita ? Sebab itu saya kata kita kena ambil iktibar apa yang pernah terjadi dalam sejarah islam hingga hancur sebuah negara."

Lagi cerita layakkah Karpal diberikan penghormatan negara... 
KLIK SINI KLIK SINI KLIK SINI

Sunday, 20 April 2014

@IsmailSabri60 Akan Buka 180 Ladang Ternakan Lembu Macam NFC Ker??? @NajibRazak #DSIS #NFC


BERA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan kewujudan 180 ladang ternakan lembu di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada masa ini terdapat 61 ladang ternak di seluruh negara.

“Usaha ini antara langkah kerajaan bagi memastikan bekalan daging segar dalam negara mencukupi,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata import lembu hidup dari Thailand agak berkurangan kebelakangan ini berikutan persaingan daripada China yang turut meningkatkan import lembu Thailand.

Bagi menampung keperluan negara, Ismail Sabri berkata kerajaan mengenal pasti negara pengeksport baharu antaranya ialah Myanmar.

“Kita akan mengimport 20,000 ekor lembu dari Myanmar awal Mei depan. Selain itu, saya telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Ruminan Kebangsaan baru-baru ini dan mereka memberi jaminan tidak akan berlaku krisis kekurangan bekalan daging segar menjelang musim perayaan akan datang,” katanya.

Menurutnya pada masa ini Malaysia mengimport kira-kira 100,000 tan metrik daging segar setahun dan kerajaan akan memastikan menjelang 2020 nanti, separuh keperluan bekalan daging itu diperoleh daripada sumber tempatan. – BERNAMA

18SX : Ribuan Saksi Pertunjukan Fesyen "PAKAIAN DALAM" Di MidValley, Sebab MidValley Kerajaan Dihentam???


Beberapa hari lepas berlangsung pertunjukan fesyen pakaian dalam di pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, MidValley Megamall.

Ia dianjurkan sebuah syarikat pakaian dalaman wanita.

Tema pertunjukan itu adalah ‘A Night In Gotham’.


Kita boleh dilabel sebagai ‘kolot’, tetapi tindakan penganjur menganjurkan pertunjukan fesyen ‘separuh bogel’ secara terbuka itu bagi kita benar-benar memalukan, apatah lagi di tempat seperti di MidValley di mana ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk membeli-belah dan bersantai.

Bukan hanya pengunjung beragama Islam, pengunjung bukan Islam pun majoritinya pasti MALU dengan apa yang berlaku.

Betul, namapun pakaian dalam takkan nak tunjuk modelnya berbaju batik tetapi persoalannya – WAJARKAH IA DILAKUKAN DI TEMPAT TERBUKA SEBEGITU????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers