Wednesday, 20 July 2011

Blogger Kena Saman RM400K….

Penulis blog Amizudin diarah bayar Rais RM400,000
July 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Mahkamah Tinggi memerintahkan penulis blog Amizudin Ahmat membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim atas tuduhan fitnah berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol terhadap menteri berkenaan.

Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan pemblog tersebut membuat bayaran kos sebanyak RM100,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Pada 31 Januari lalu, Rais (gambar) memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember lalu.



Jadi kepada blogger di luar sana berhati-hatilah dengan artikel korang. Jangan dok syok nak kejar hits konon, keluar cerita-cerita mengarut siap dengan unsur fitnah. Bila sudah ada keputusan mahkamah, ini akan digunakan sebagai rujukan ketika prosiding mahkamah bagi kes-kes yang serupa. Jangan sampai selepas ini giliran saudara blogger sekalian pulak turun naik mahkamah, last-last kena la bayar harga sebuah artikel beratus ribu. Mengutuk, menghina, mencaci dan memfitnah memang “BEST” tapi bila kena membayar tu yang “TAK BEST” kan…

Kulaan : angahnyak muntong kada berkatup…

No comments:

Post a Comment