Shuhardi Mohd, pelakon 'mati dua kali' semasa perhimpunan haram baru-baru ini sedang dicari oleh pihak polis. Begitulah kenyataan pihak polis seperti yang dilaporkan di dalam media perdana perdana.
Di antara laporan tersebut :-
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini, Shuhardi masih belum dijumpai dan dipercayai menyembunyikan diri. “Saya nasihat dia tampil ke hadapan membantu polis dalam siasatan ini, kenapa pula dia perlu bersembunyi tanpa sebab.
“Kita ingin tahu sebab dan siapa yang menyuruh dia (Shuhardi) melakukan perkara itu, malah jika dia beri alasan munasabah kelakuannya itu, kita tetap akan menerimanya,” katanya seterusnya
MiM pernah menyarankan kepada Shuhardi supaya tampil ke hadapan dan mendedahkan dalang yang terlibat di dalam lakonan beliau itu.
Sekarang beliau terpaksa bersembunyi tetapi dalang-dalang tersebut masih boleh berada dikhalayak ramai tanpa rasa takut seperti Shuhardi.
Malah, tindakan Shuhardi menutup mulut untuk menjaga mereka itu hanya kerana sedikit wang upahan, juga dilihat sebagai satu tindakan bodoh dan menyusahlkan diri beliau sendiri.
Dan kepada sesiapa yang terserempak atau terlihat Shuhardi Mohd, ambil foto dan kawasan itu. MiM akan siarkan di dalam blog ini!
sumber : BLOG MIM
No comments:
Post a Comment