Friday, 22 July 2011

Sah Mati Bunuh Diri Bukan Mati Dibunuh…

Siapakah Teo Beng Hock. Kenapa kematiannya begitu sensasi sehingga dipolitikkan terutama oleh pembangkang. TBH bukanlah artis cina terkenal macam Daniel Juara Malaysia Idol tapi matinya mendiang gempar satu Malaysia sehingga tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock semata-semata untuk menyiasat dan mencari fakta sebenar untuk membuktikan kebenaran sebenar disebalik kematiannya yang penuh misteri. Harus diingat bahawa Suruhanjaya Siasatan ini juga dianggotai wakil NGO, wakil kerajaan dan juga ada wakil daripada pihak pembangkang. Jangan dilaungkan bahawa keputusan Suruhanjaya Siasatan ini tidak adil kepada mendiang kerana wakil pembangkang juga ada semasa Suruhanjaya Siasatan ini berjalan.

Hasil daripada prosiding maka Laporan Suruhanjaya Siasatan setebal 124 muka surat itu memutuskan bahawa kematian Teoh Beng Hock adalah kerana BUNUH DIRI hasil keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel Suruhanjaya Siasatan berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen setelah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya berkenaan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950. Prosiding Suruhanjaya Siasatan itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Feb dan berakhir pada 10 Mei lalu.

Kematian TBH telah dimanupulasikan dengan begitu terancang dan licik sehingga mendiang TBH telah menjadi ikon kepada orang cina yang bersimpati kepada kematian beliau. Secara tidak langsung isu ini menjadi kelebihan dan senjata kepada pembangkang terutama DAP untuk menghentam kerajaan. Pembangkang berjaya memainkan emosi orang cina dengan isu kematian TBH apabila orang cina mula rasa benci dengan kerajaan apabila timbul rasa simpati dengan TBH. Keadaan ini jauh berbeza dengan kematian Sarbani yang mati juga semasa siasatan SPRM.

Perkara yang paling ditakuti oleh pembangkang terutama DAP ialah apabila selesainya isu TBH ini maka tiada lagi ikon yang boleh digunakan untuk menarik simpati orang cina. Sebab itu keluarga TBH dan pembangkang masih tidak dapat menerima hakikat keputusan Suruhanjaya Siasatan dan tetap mahu membawa kes ini ke mahkamah.

Kulaan : jangan biarkan diri anda diselubungi misteri....

No comments:

Post a Comment