Wednesday, 27 July 2011

Tiket Malaysia vs Singapura Sold-Out???

Memang benar tiket bolasepak perlawanan antara Malaysia vs Singapura perlawanan timbal balik malam esok Sold-Out sebanyak 25000 keping habis dijual hanya dalam masa 1 jam. Bukan setakat di Stadium Bukit Jalil malah di Stadium Shah Alam dan Kelana Jaya juga menerima nasib yang sama. Setiba di lokasi Kulaan bertanya kepada seorang mamat yang berjalan dengan sugul "Bro, tiket bola ada lagi tak?" jawabnya dengan penuh sayu " Saya dari Stadium Bukit Jalil belari ke sini dengar tiket bola ada lagi... Dari pukul 7.30 pagi dah start beratur sampai kat turn saya, boleh orang jaga kaunter kata tiket dah habis... Saya sayangkan negara saya... Saya sayangkan team Malaysia tapi...." tanpa dapat menghabiskan ayat mamat ni terus berlalu. Kulaan faham isi hati mamat ni pasal situasi yang sama juga terjadi kepada Kulaan.

Dua hari lepas Kulaan telah minta jasa baik seorang sahabat yang bekerja di Stadium Bukit Jalil agar dapat menyimpan sedikit tiket untuk kengkawan juga. Sehingga pagi tadi sahabat Kulaan membuat pengesahan tiket Kulaan masih ada dalam simpanan. Kulaan terpaksa meminta bantuan sahabat kerana jumlah tiket yang Kulaan mahukan adalah 30 keping dan jumlah ini agak besar dan tidak akan dijual dalam kuantiti yang banyak jika dibeli di kaunter. Kebiasaanya hanya 5 ke 10 keping seorang sahaja dibenarkan dibeli di kaunter. Cuba bayangkan berapa banyak round daa Kulaan kena u-turn nak beli sampai jumlah 30 keping. Sebab apa tak ajak kengkawan datang beli sekali, tak payah pening nak u-turn. Sebabnya Kulaan telah diamanahkan oleh kengkawan sebagai wakil, biasa la banyak yang order jer daripada tolong beli. Siap order pakai facebook lagi. canggih... canggih dunia la ni.

kesudahannya Kulaan tengok la pasukan kesayangan Kulaan kat skrin besar kedai mamak jer la. Sebagai pengubat hati yang lara termasuk telah mengecewakan kengkawan lain, Kulaan dah booking dengan tokey mamak tur " macha, esok malam kasi booking itu meja depan skrin juga untuk 30 worang kawan mau mari tengok... apa dia orang mau order kasi hantar tapi bayar sendiri-sendiri. Harap-harap Harimau Malaya boleh membaham dan menumbangkan Singa Selatan esok malam.... aauuuuummmmm!!!!
berapa lama mau sampai daa...
bro... tolong belikan untuk awek gua... dia nak ikut la pulak...
dah bukak kaunter baru la pulak... kejap sangat abih nyer...
halo... halo... tiket RM30 dah abis la mak tinggal RM50 jer... dah la mak bagi duit tak cukup... nak buat macam mane nie...
mari... mari... kita serbu... bila nak bukak kaunter nie bang... dah lenguh lutut berdiri dari subuh tadi...
ha ha ha ha ha ha padan muka korang tak dapat tiket... aku punya azab dah lepas...
aduh bateri lak kong... nak call bos macam mana nie nak bagi tau tiket dah abis... aduh... pening... pening...
la abang ingat tadi ada perhimpunan macam perhimpunan bersih tadi... tu yang abang ajak lijah turun sekali... mana tau depa nak beli tiket bola...
tak dapat tiket, dapat beli baju dah la... boleh pakai mai mapley tengok skrin besar...
sorry la peah... ingatkan orang jual tudung dengan kain pasang... depa jual kain kuning ni... sensitif nie...

Terima kasih sebab sudi menjenguk artikel Kulaan yang tak seberapa nie. Hari nie  kepala Kulaan serabut pasai tak dapat beli tiket bola. Apa pun "Good Luck Team Malayisa"... Kita jumpa di mapley... "macha... teh tarik onne, roti kosong onne..."

2 comments:

  1. Rakus seorang bujang... terima kasih di atas jemputan... akan dimaklumkan sesegera mungkin jika dapat hadir ke majlis...

    ReplyDelete