Tuesday, 9 August 2011

Bonus Kerajaan BN RM500 : Bonus Kerajaan Pakatan Pulak Berapa?


“Syukur Alhamdullillah” pasti tak lekang dari mulut kakitangan kerajaan yang bakal menerima bonus raya di bulan Ramadan yang mulia ini. PM mengumumkan bonus petang semalam selepas Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di pejabatnya di Perdana putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet serta para pegawai kanan kerajaan. bonus ini bukan sahaja akan dinikmati kakitangan kerajaan yang masih berkhidmat tetapi turut dirasai oleh kakitangan kerajaan yang telah pencen termasuk mereka yang dalam diam atau terang-terangan menyokong pembangkang.
Sumber : Umno-Online.com
1. Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

2. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

3. Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
Utusan Online 8 Ogos 2011

Harus diingat rezeki ini bakal dirasai bukan sahaja 1.27 juta penjawat awam dan 590,000 pesara kerajaan tetapi tempiasnya juga dapat dikongsi bersama ahli keluarga yang Kulaan congak-congak jika satu kakitangan ada tiga orang ahli keluarga maka secara kasarnya nikmat ini dapat dirasai hampir 8 juta rakyat Malaysia.

Kulaan juga teringat pesan arwah opah Kulaan dan pesan ibu Kulaan, “hendaklah kita bersyukur ke atas nikmat yang Allah kurniakan dan berterima kasih kepada sesiapa yang memberinya” sesuai dengan firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 :
Surah Ibrahim ayat 7
Jadi, nasihat Kulaan kepada kakitangan kerajaan terutama yang secara diam atau yang memang terang-terangan menyokong pembangkang agar berfikir dua kali. Kalau boleh bukan setakat berfikir dua kali tetapi berfikir berkali-kali kerana bertuahnya mereka jika dibandingkan dengan mereka yang bekerja dengan swasta atau bekerja sendiri masih belum tentu majikan akan memberikan bonus raya tahun ini. Cabaran Kulaan ,jika tidak menyokong kerajaan adalah lebih elok letak sahaja jawatan dan bekerja sendiri seperti Kulaan baru mereka tahu susah senangnya “kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu makan lagi”.
Berjimat cermat amalan mulia...
Kepada kakitangan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, Kulaan berharap mereka dapat bersabar kerana itulah harga yang perlu dibayar hasil undi yang dibuat rakyat. Memang mudah untuk berjanji tetapi sukar untuk menunaikannya, itulah yang berlaku kepada kakitangan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sehingga hari ini masih kabur dan kelam sama ada dapat bonus jugakah seperti kawan-kawan yang lain. Mana janji bonus 6 bulan jika kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Jika janji tidak ditunaikan maka ia adalah ciri-citi Orang Munafik.

1 comment:

  1. GUAN SIYAL ENG KASI RM1000..TPI DGN SYARAT KENA MURTAD DULU LAA KEHKEHKEH

    ReplyDelete