Friday, 12 August 2011

Bonus RM500 : Kakitangan Sokongan Tidak Puas Hati

Kulaan ada la minum-minum di kedai mamak lepas solat tarawih dengan kawan-kawan yang majoritinya kakitangan awam sokongan. Kebanyakan mereka melahirkan rasa syukur dengan pemberian bonus oleh kerajaan minimun RM500 atau setengah bulan gaji Klik Sini. Namun ada yang melahirkan rasa kurang berpuas hati kerana bonus ini jika dibandingkan dengan jumlah yang bakal diterima oleh pegawai agak kurang adil.
Menurut mereka, pegawai sudah tentu gaji pokoknya besar sekitar RM3,000 ke atas. Bayangkan kalau ada pegawai atasan yang bergaji RM5,000, RM6,000  dan lebih. Sudah tentu bonus setengah bulan gaji mereka RM2,500, RM3,000 yang sama dengan 3 4 orang bonus kakitangan sokongan. Cuba bayangkan bonus yang bakal diraih oleh KSN jika gajinya RM20,000 sebulan, bonus yang dibayar kerajaan adalah RM10,000 menyamai bonus 20 orang kakitangan sokongan.
KSN Tan Sri Mohd Sidek
Kata mereka, keputusan ini lebih memihak dan menguntungkan pegawai atasan sahaja sedangkan mereka juga turut sama menyumbang keringat untuk memajukan negara. Betul juga kata mereka ini walaupun tidaklah berpelajaran tinggi. Sepatutnya bonus ini biarlah adil dan saksama. Tanpa bantuan kakitangan sokongan manakan agensi kerajaan boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
Tambahan pula kebanyakan pegawai lebih banyak memberi arahan daripada melaksanakan kerja. Pengalaman Kulaan juga hampir sama ketika Kulaan bekerja dengan kerajaan satu ketika dulu. Pegawai atasan meeting saja lebih kemudian mengarah-arah saja yang tau. Lambat sikit marah-marah. Memang bukan semua pegawai atasan sebegitu, ada juga yang baik hati dan bertimbang rasa. Kepada golongan ini Kulaan mengucapkan tahniah.
Kulaan berharap agar PM mengambil perihatin dengan rungutan dan pandangan pekerja atau kakitangan sokongan kerana semua imput dan maklumat kebanyakannya PM terima daripada pegawai atasan. Tidak molek jika aduan yang dibuat tidak hadir bersamanya cadangan atau penyelesaian. Kulaan mencadangkan agar bonus diberi secara sama rata tanpa mengira pangkat atau gaji pokok. Sebagai contoh : bayaran bonus RM500 atau RM1000 diberikan kepada semua 1.27 juta kakitangan awam. Sudah tentu perbelanjaaan yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan tidak melebihi dengan apa yang terpaksa dikeluarkan sekarang. Kiraan secara kasar, bonus pegawai atasan boleh menampung jumlah kakitangan sokongan.
Akhir sekali, buat KSN cuba-cubalah menyelami masalah kakitangan bawah beliau. Jangan hanya memberi maklumat kepada PM hanya untuk melepaskan tengkuk beliau sahaja. Jangan kerana info yang beliau sampai kepada PM tidak menyenangi kakitangan sokongan menyebabkan sekali lagi kakitanagan awam memberi undi kepada pembangkang pada PRU13 nanti. Jangan pisang berbuah dua kali seperti pilihanraya umum lepas, kerana dasar dan polisi KSN menyebabkan Putrajaya jatuh ke tangan pembangkang kerana undi protes Klik Sini.

5 comments:

  1. patutnya ada juga had maksimumnya bonus tu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Saya pembaca setia blog Kulaan Niring.

    Blog saudara sudah saya pautkan.
    Harap dapat dipautkan juga blog saya.

    Terima kasih.

    JENDELA MAYA
    jendelamy.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. 54 kebawah saja pekak badakke?ooo SPM BM DAPAT 9 patotlah dimaafkan lemah dalam kefahaman BM

    ReplyDelete
  5. Assalammualikum....

    Bagi sama bonus kakitangan perlu adil dan saksama supaya dapat menjimakan wang kerajaan...di samping 2 jika income kerajaan lebih bagi lah lebih kat kakitangan kerajaan yang gaji 'cipot' lebih lagi kakitangan sokongan nie,,,,tetapi tidak dinafikan kepentingan golongan profesional....pape2 kakitangan sokongan dan profesional nie bagai aur dengan tebing....saling perlu memerlukan....
    Wassalam.///

    ReplyDelete