Thursday, 22 September 2011

Bukan Soal Nasik Lemak 2.0, Soalnya Namewee...

Melihat reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem 'komedi sosial' yang baik lagi menghiburkan, ia sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.

Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handalan yang saya kagumi seperti Adflin Shauki, Datuk David Arumugum dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.

Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0 tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.

Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu "Negarakuku" (Klik Sini), memperlekehkan negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.

Selepas itu dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk "Kawanku" (Klik Sini) menghina Melayu dengan lirik 'Melayu Balik Hutan Jadi Sakai'.

Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.

Sekarang, Namewee malalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.

Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di Youtube.
Namun 'perjalanan seni' anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.

Dan dia yang banyak 'diberi muka' ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.

Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan Dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang melayu dan umat Islam di negara ini.

Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.

Apabila memperkatakan filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga menonton filem Estet di pawagam.

Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.

Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!

 Sumber : Fauziah Arof Rabu 21/09/2011 Utusan Malaysia

Kulaan : Antara hasil nukilan Namewee yang menyakitkan hati... selamat menonton (Klik Sini) (Klik Sini) (Klik Sini) (Klik Sini) 

1 comment:

  1. itu lah bangsa kta... mudah sangat lupe si celaka dan bangsat yang tak sedar diri tu.... buat darah aku menyirap jer... dah puas maki2 melayu dan hina negara.. senang2 jer nk gula2kan rakyat malaysia khususnya kaum melayu...

    ReplyDelete