Thursday, 27 October 2011

Gaddafi : Kisah Sebenar Disebalik Kematian Muammar Ghaddafi...


Dunia masih lagi dikejutkan dengan kematian Muammar Ghadaffi yang dibunuh kejam oleh tentera pemberontak Libya. Tindakan kebinatangan tentera pemberontak ini telah membangkitkan kemarahan kepada sesiapa sahaja yang menonton cara Muammar Ghadaffi diperlakukan.

Mungkin kita yang beribu batu jauhnya tidak memahami situasi sebenar yang berlaku di Libya, sama ada benar atau tidak Ghadaffi zalim atau ianya hanyalah propaganda barat untuk menghalalkan pembunuhan ke atas seorang pemimpin Islam yang berani, lantang dan individu yang bertanggungjawab mencetuskan revolusi ke atas NATO.


Di laman youtube anda hanya dapat menonton (contoh video di bawah) laporan berita yang mengatakan anak Ghadaffi bertindak kejam ke atas rakyat Libya tetapi anehnya media barat ini tidak melaporkan setiap siri kekejaman, kebinatangan pemberontak Libya kepada wanita, kanak-kanak dan askar yang setia berjuang mempertahankan Ghadaffi?



AMARAN PENULIS : PAPARAN SETIAP VIDEO-VIDEO BERIKUTNYA INI MENGANDUNGI ADENGAN YANG BOLEH MEMBUATKAN WANITA MENGANDUNG PENGSAN.



Tapi bila melihat video-video yang tidak dipaparkan di youtube, jelas menunjukkan kelibat lelaki-lelaki dari barat dan banyak pihak mempercayai bahawa mereka adalah kumpulan terlatih dari CIA yang ditugaskan untuk membantu gerakan kumpulan pemberontak Libya.

Selain mendapat bantuan daripada barat, kumpulan pemberontak ini juga sebenarnya lebih kejam dan zalim jika hendak dibandingkan dengan Ghadaffi. Lihat kekejaman 'tikus CIA' dalam membunuh saudara seagamanya sendiri dalam video berikutnya.

Selepas membunuh pemberontak ini melaungkan pula laungan 'Allahukhbar' - Inilah contoh munafik yang terbaik sedangkan Allah telah berfirman dalam surah Al-Maida ayat 5 : 51

"Wahai orang yang beriman (kepada Allah) tidak mengambil (seperti) orang-orang Yahudi dan Kristian (seperti) sebagai rakan-rakan dan sekutu anda yang juga rakan-rakan dan sekutu antara satu sama lain. Dan sesiapa dari kalangan kamu yang berpaling kepada mereka (untuk persahabatan dan persekutuan) kini dimiliki oleh mereka (dan bukan kepada kami). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk orang-orang yang fasik. "



 Tentera-tentera yang setia mempertahankan seorang pemimpin berani seperti Ghadaffi dibunuh dan senjata mereka dicuri oleh kumpulan pemberontak Libya ini. Tidak cukup dengan itu ada tentera yang disula bahagian duburnya dengan senjata. Walaupun pada waktu mereka ditangkap ada diantara mereka tidak memegang senjata.



MASIH BERSEMANGAT UNTUK MENONTON? 

Jika bersemangat - jangan berhenti di situ wahai saudara pembaca, sambung lagi tontonan anda dengan video bagaimana pemberontak Libya memotong kepala askar-askar negara mereka sendiri gara-gara termakan dakyah jahat barat.



Malah anak-anak kecil yang dipercayai anak kepada tentera turut diseksa dan diperlakukan tanpa sedikit pun ada sifat belas kasihan daripada 'tikus CIA' ini. Apakah ini tindakan manusia yang bertamaddun?

Tonton video di bawah :



Perang Libya adalah 'pure propaganda' yang dicipta barat, jika tidak dikaji dan diteliti tindakan-tindakan halus propaganda ini kita mungkin akan percaya bahawa revolusi di Libya dicetuskan oleh rakyatnya sendiri. Walhal pada hakikatnya yahudi laknatullah memainkan peranan besar dalam menjayakan gerakan memerangi Ghadaffi.

Antara pemimpin Islam berani dan lantang yang telah meninggalkan kita dan menjadi mangsa imperialisme Amerika Syarikat adalah...

Shah Faisal, Zulfiqar Ali Bhutto, Anwar Saadat, Yasser Arafat, Saddam Hussein dan Muammar Ghadaffi. Selepas ini siapa nama yang disenaraikan sebagai ancaman kepada dunia barat?

Akhir sekali lihatlah betapa kejinya bangsa arab hari ini dengan memperlekehkan mayat Ghadaffi, mereka terlalu bodoh seperti PAS. Bayangkan jika semua bangsa arab bersatu saya yakin mereka akan jadi lebih kuat jika hendak dibandingkan dengan yahudi laknatullah.



Mereka yang tersengih sambil menunjukkan simbol 'peace' dalam video ini tidak sedar bahawa Ghadaffi telah membawa Libya ke arah kebebasan, Ghadaffi hanya tegas dengan seteru politiknya sahaja dan bukan rakyat Libya keseluruhan. Dan selepas ini muka-muka yang tersengih ini akan menjadi hamba kepada dunia barat dan yahudi laknatullah.

Sumber : Double Y

2 comments:

  1. series kesian sangat2 kat beliau...ada banyak sebab kenapa beliau ni dibunuh...antaranya sebab Amerika taknak beliau berjaya majukan afrika dengan tertubuhnya AMF(Africa Monetary Fund)..apa pn sedekahkan la al-fatihah utk beliau dan yg terkorban...itu je yg mampu kita lakukan

    ReplyDelete
  2. setuju. gaddafi pemimpin yg menjaga kebajikan rakyat. pemberontak libya memang bodoh. tapi, sokonglah rakyat syria yang ingin bebas dari pemerintah syiah yang zalim, bashar assad. Ahli sunnah wal jamaah dibunuh, dirogol dan ditindas dengan kejam di negara majoriti sunni itu. Peace!!!

    ReplyDelete