Petang ini YAB PM akan membentangkan Belanjawan 2012. Saban tahun, menjelang hari pembentangan, banyak andaian, ramalan dan harapan rakyat Malaysia yang diperdengaran untuk mendapat manfaat dari belajawan tersebut.
Blogger picisan seperti JPX juga tidak terkecuali membuat andaian. Meninjau dari alam maya yang tidak tidur ini, dapat dilihat dan diperolehi pelbagai jenis andaian dan harapan dari segala sudut dan lapisan hidup rakyat Malaysia. Masing-masing membawa dan memperjuangkan apa yang dirasakan baik untuk mereka dan semua.
Pada pendapat JPX, belanjawan tahun ini adalah petunjuk besar bila Pilihan Raya Umum akan diadakan. Maka, akan banyak kejutan dan rezeki Allah akan turun melalui pentadbiran kerajaan kepada rakyat. Dalam renungan JPX, beberapa perkara ini akan diumumkan esok
- Kakitangan kerajaan akan mendapat bonus/Naik Gaji untuk tampung kos sara hidup yang meningkat
- Lebih dana akan disalurkan bantu rakyat bandar berpendapat rendah. Lebih banyak rumah kos rendah di bina di kawasan bandar besar.
- Naik taraf pengangkutan awam luar/dalam bandar
- Lebih dana untuk prasarana luar/dalam bandar
- Kenaikan Cukai tembakau dan hiburan
JPX juga mengharapkan beberapa perkara ini diambil perhatian oleh kerajaan
- Peluang pekerjaan untuk lepasan IPTA/IPTS/Belia Berkemahiran
- Bantuan kepada Belia yang ingin melanjutkan pelajaran
- Dana tetap kepada Pertubuhan Belia melalui Kementerian Belia
- Tabung bantuan untuk mulakan perniagaan kepada belia dicairkan semula
- Subsidi bahan api dinaikan
- Harga dan cukai hartanah yang lebih rendah
- Cukai import dan harga kereta Lamborghini dikurangkan
Apapun, kita semua berharap agar kerajaan dapat memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia di dalam Belanjawan ini.
JPX yakin dan percaya bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk keselesaan dan kesenangan rakyatnya. Namun mustahil untuk memberikan kepuasan kepada semua pihak dan sebagai rakyat yang baik tentu sahaja kita dapat menerimanya secara waras dan tertib.
Apapun, Belanjawan 2012 adalah lebih baik daripada belanjawan yang telah dibentangkan oleh Pakatan Rakyat.
Sumber : Jiwa Paradox
Kulaan : Sapa pulak yang bocor rahsia kerajaan nie... Kulaan amat berkeyakinan tak lain dan tak bukan mesti orang dalam... orang dalam yang Kulaan maksudkan mestilah kakitangan awam atau kakitangan kerajaan... yang pasti berkemungkinan besar kakitangan awam yang bekerja di Pejabat Perdana Menteri... atas alasan apa... dah kerja kat dalam pejabat PM maka mesti ada access kepada dokumen-dokumen sulit kerajaan...
satu lagi pada pandangan Kulaan, kenapa tahun ini pakatan pembangkang lebih awal mengemukakan bajet pakatan yang dibentangkan oleh ketua pembangkang DSAI dua hari lepas, adalah kerana pakatan telah mendapat maklumat bahawa bajet yang akan dibentangkan oleh PM, Datuk Seri Najib adalah lebih mesra alam dengan rakyat... bermakna bajet yang akan dibentang nanti akan memberi banyak manfaat kepada rakyat seterusnya mengurangkan sokongan kepada pakatan... ini yang ditakuti oleh pembangkang sekarang...
No comments:
Post a Comment