Tuesday, 11 October 2011

Wardina Tak Suka Yuran Sekolah Sahaja Dikecualikan, Yuran PIBG Macam Mana????

Sebenarnya tulisan saudari Wardina Saffiyah di laman twitternya sudah lama diperhatikan oleh saya, kebanyakkan yang ditulis tidak dinafikan ada unsur-unsur nasihat yang berguna kepada para peminatnya. Namun  kadangkala kecewa juga bila dalam masa yang sama saya melihat twitternya digunakan untuk menyerang, perli, sindir kepada kerajaan pemerintah.

Dulu Wardina Saffiyah pernah dibalun teruk oleh blogger sehingga beliau bercuti daripada mengacara program MHI selama dua minggu dan mengugut untuk menyaman bloggers yang menyiarkan gambar lampaunya. Ketika sidang media bersama peguamnya saya dapat melihat wajah Wardina Saffiyah yang dilihat begitu tertekan dengan hentaman bloggers kepadanya. 

Tapi Wardina Saffiyah tidak menjadikan peristiwa terbabit sebagai pengajaran untuk beliau terus berhati-hati sebelum menulis status twitternya memandangkan beliau seorang personaliti. Hari ini beberapa pihak menyatakan perasaan marah mereka atas tindakan Wardina Saffiyah yang bertindak 'Retweet' (RT) satu kenyataan mempertikaikan yuran PIBG. 

Isunya bermula bila Wardina Saffiyah Retweet kenyataan di bawah :


Bila kita menggunakan akaun twitter, bila kita retweet (RT) kenyataan orang lain, ini bermakna kita setuju dengan kenyataan tersebut. Ini menggambarkan bahawa Wardina Saffiyah bersetuju dengan apa yang di'tweet' oleh Najilah Ishak yang mempertikaikan pemansuhan yuran sekolah dalam Bajet 2012. 

Saya tidak tahu individu ini pernah hadir dalam mesyuarat PIBG atau pun tidak, kerana setahu saya yuran PIBG ditetapkan oleh YDP mengikut kemampuan pelajar, dari situ guru-guru mengenalpasti pelajar yang mana berkemampuan atau sebaliknya. Sebab itu ada banyak sekolah hanya menetapkan yuran PIBG pada kadar RM10 sahaja. 

Selepas bertindak RT tweet tersebut, Wardina Saffiyah teruk dihentam oleh pengguna twitter lain termasuk YB Khairy Jamaluddin dan beberapa rakyat yang saya lihat jelas mereka non partisan. Antara twitter yang menghentam Wardina Saffiyah :





Bukan sahaja di twitter bertindak menghentam wanita paling Islamik ini, tetapi situasi tersebut turut panas di beberapa page facebook :



Lihat tindakan Wardina Saffiyah yang jenis tidak bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakannya. 


Betul maaf - bermaafan adalah perkara yang baik, tapi sebagai ikon Wardina Saffiyah sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menyelidik terlebih dahulu kenyataan yang di tweet oleh rakan-rakannya sebelum bertindak RT kepada peminatnya di twitter dan facebook.

Kita tidak pernah menghalang Wardina Saffiyah menyatakan pandangannya di mana-mana laman sosial, cuma sebagai artis beliau sepatutnya bijak dalam berkata-kata memandangkan setiap tutur katanya kadangkala menjadi ikutan para peminatnya. 

Tak seronok kalau tulis pasal artis kita tak 'bantai' dia sikit, jadi saya nak 'bermanja' sikit dengan personaliti TV 'idola' saya ini dengan merujuk tweetnya di bawah :


Ok katanya dia tidak berminat majlis perkahwinan yang besar-besaran tapi minat dalam majlis sederhana yang barakah dan diredhai Allah. Amboii...amboi...amboi... (pinjam ayat pondan si Azwan Ali) sebelum bercakap elok Wardina Saffiyah kencing dalam tempurung dan tilik mukanya kerana majlis perkahwinan kaum keluarganya turut diadakan secara besar-besaran.

Skodeng sikit... 




Opps.. saya tidak membenci Wardina Saffiyah, malah saya merupakan peminat setianya setiap kali beliau mengacara MHI, tapi bila melihat beliau berkata-kata sahaja pandai tapi tidak merealisasikan dalam kehidupan sehariannya, saya beranggapan Wardina Saffiyah jenis manusia yang hipokrit!

Itu majlis perkahwinan... bagaimana dengan majlis aqiqah anak Wardina Saffiyah...? 

Saudara pembaca lihatlah di sini, jika itu bukan majlis aqiqah melibatkan anak Wardina elok saman sajalah penulis gossip artis ini, sederhananya majlis aqiqah anak Wardina KLIK

Wahai Wardina Saffiyah, sokonglah parti mana yang kamu mahu, jatuhkanlah pemimpin mana yang kamu suka. Tapi sebagai 'public figure' lebih baik sekiranya kamu memeriksa fakta sebelum bertindak RT sesuatu perkara. 
 Sumber : Double Y

Kulaan : dulu macam best jer tengok dia dalam Spanar Jaya... la nie dia spanar kan kerajaan plak... dia tak faham Bajet 2012 tapi macam teror jer...

10 comments:

  1. Spanarkan kerajaan.. mahal ayat tu.

    ReplyDelete
  2. ini punya jenis orang memang banyak. kalau dapat upah mesti menyalak non stop...

    ReplyDelete
  3. cakap tak serupa bikin! bikin malu muka sendiri jer

    ReplyDelete
  4. masih ramai yang tak memahami perkataan PIBG (PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU) yuran persatuan PIBG sekolah ini ditetapkan oleh ibubapa semasa mesyuarat agung tahunannya. Jika tidak mahu yuran persatuan PIBG ni mahal atau tinggi, usulkan semasa mesyuarat tersebut, cadangkan satu amaun yang mampu semua ibubapa mampu bayar. Yang menjadi masalahnya berapa ramaikah ibubapa yg menghadiri mesyuarat agung PIBG sekolah anak-anak mereka?bila tak hadir yuran telah di putuskan sebulat suara bersetuju dengan amaun yg dicadangkan maka ia perlu dilaksanakan.Masalah terkejut yuran tinggi akan kedengaran daripada ibubapa yg malas nak hadir mesyuarat PIBG. Yang hadir mesyuarat mereka ibubapa sudah tahu yurannya,tidak lah melenting sepertimana ibubapa yg malas hadir mesyuarat PIBG. Dalam mesyuarat agung PIBG sekolah ibubapa bebas menyuarakan usul.nak usul hapuskan yuran PIBG pun boleh...tiada masalah jika semasa undi usul disokong semua ibubapa. tiada kena mengena dengan kerajaan YURAN PIBG tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah sudah gi mesyuarat PIBG tu tapi cuba membangkang usul nilai yuran pibg yang diutarakan tetapi dibangkang oleh ahli majlis pibg itu sendiri dgn nada yang agak kasar yang menyebabkan pihak ibu2 takut untuk membangkang...

      Delete
  5. bodo jugak ye wardina ni...cakap main lepas je....duit gaji banyak pe jadi pengacara takkan duit yuran pibg pn nk berkira?pakai baju mahal2 boleh tapi yuran pibg yg tak sampai 1/8 dari harga sepasang baju dia pn nk berkira ke?apa daaaa....ce tanya balik mak bapak dia mcm mana seksa nya nk besarkan dia ngan bayar macam2 yuran apa bagai?kira bagus la bila yuran skolah dah dimansuhkan....belajar tinggi tapi tak pandai guna = BODO

    ReplyDelete
  6. ini kes tak gi mesyuarat PIBG nie

    ReplyDelete
  7. Wallahualam... Sebaik2nya kita sebagai umat islam tak usahlah memanjangkan sesuatu perkara itu sehingga menimbulkan kebencian... Saya lihat isunya cuma memanjangkan pandangan sahaja tetapi melarat sehingga kehidupan peribadi... walaupun sebagai selebriti, memang berhak untuk bersuara dan memberikan pandangan. Perkara pro dan kontra ini sebenarnya ada kebaikannya juga.. Terpulanglah kepada pihak kerajaan menilainya dan membuat keputusan...

    ReplyDelete
  8. bongap.............
    kalu tak mo bayar pergi skola tunas bakti...
    perasan bagus.... nampak jer silap orang... pekung sendiri sorok.... hipokrik....

    ReplyDelete
  9. Yuran PIBG tu penting untuk aktiviti PIBG dan membantu pihak sekolah melaksanakan program-program yang mana memerlukan wang. Ini juga untuk kepentingan anak-anak kita yang bersekolah di sekolah tertentu. Tugas ajk PIBG pun menyebabkan kepala pening kerana ibu bapa tak nak bayar yuran.

    ReplyDelete