Saturday, 26 November 2011

Kerana Anwarlah Rakyat Indon Mula Cari Pasal Dengan Malaysia!!!!


Perbuatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan negara dalam siri ceramahnya di Indonesia baru-baru ini disifatkan sebagai mengkhianati negara dan langsung tidak patriotik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, kelakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jelas menjatuhkan imej negara tanpa memikirkan kesannya termasuk perasaan rakyat Malaysia.


"Jarang kita dengar ada pemimpin pembangkang di negara lain yang sanggup memburuk-burukkan negara sendiri walaupun mereka pembangkang," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Usahawan Cemerlang (ANC) Parlimen Pontian 2011 di Kompleks Usahawan Pontian, Kampung Kayu Ara Pasong, hari ini.

Ahmad mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong pihak kerajaan.

Anwar turut mendakwa hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, rakyat Indonesia sendiri tidak perlu mudah terpedaya dengan tipu daya Anwar yang menceritakan keburukan Malaysia di negara itu.

"Anwar adalah 'bapa pembohongan' di negaranya sendiri. Beliau pernah menipu rakyat Malaysia untuk menubuhkan kerajaan pada tarikh 16 September, jadi tidak mustahil dia menipu rakyat Indonesia untuk kepentingannya," katanya.

Mohd. Zahid berkata, tingkah laku Anwar yang mencari publisiti murahan dengan memburukkan Malaysia di luar negara itu menunjukkan bahawa Ketua Pembangkang itu sudah benar-benar terdesak untuk menyelamatkan diri kerana beliau sudah menyedari bahawa perbicaraan kes liwat keduanya sudah sampai di penghujung jalan.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, Anwar disifatkan seperti gunting dalam lipatan dan duri dalam daging apabila bertindak memburuk-burukkan Malaysia ketika berada di Indonesia.

Nordin yang juga Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia berkata, Anwar tidak layak menjadi pemimpin mahupun rakyat Malaysia apabila bertindak sedemikian.

"Rakyat Malaysia sendiri perlu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Anwar itu. Kita rasa terhina apabila dia berbuat demikian," katanya.

3 comments:

  1. Macam2 la hangpa dok kata kat Anwar..... bubuh pi la selagi hangpa masih pegang kuasa ni nanti bila dah takdak kuasa hangpa punya giliran pulak kena hantam cukup2 sama pemerintah baru nooo....!

    ReplyDelete
  2. betul2..selagi berkuasa boleh la buat apa2 dan ckp mcm2 bagai..nanti klu BN jatuh kita akan saksikan byk kes2 yg ditutup skrg ni akan dibuka balik di mahkamah..kita akan LIHAT siapa yg akan menghabiskan hari2 tuanya didalam jel..aku rase ramai jgk rasenye..skrg korang gembira ria lah dulu ye..

    ReplyDelete
  3. ALLAH Maha Adil..setiap perbuatan manusia akan dibalas di dunia dan di akhirat..baik dan buruk..sape kata tuhan balas dosa manusia kat akhirat jer..no, no, no..kat dunia pun Dia akan kira jgk x kira sapa.. anwar, karpal, nik aziz, lim kit siang, mahathir, najib, rafidah, shahrizat, tambhy chik & the geng, panglima2 umno,blogger2, pemfitnah dan pengumpat dll tu...jaga la korang sekor2..INSAFLAH!!

    ReplyDelete