Thursday, 24 November 2011

Kondom Bertaburan Dan Dijadikan Tempat Melampias Nafsu Di Taman Rekreasi, Sungai Kedah...

Longgokan kondom di kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga.

Kondom kelihatan yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina.


Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat melakukan untuk mereka melakukan maksiat.

Kawasan terbabit yang agak sunyi dan terselindung daripada pandangan awam menjadi tiket untuk golongan itu menjalankan kegiatan tidak bermoral.

Keadaan ini bukan tidak diketahui oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Pas tapi dek kerana terlalu sibuk berpolitik daripada mentadbir maka perkara tersebut dipandang ringan oleh kerajaan negeri.

Mungkin bila hukum hudud dilaksanakan baru nak ambil tindakan...

No comments:

Post a Comment