Tuesday, 15 November 2011

Malaysia Tertinggi Masalah Obesiti, Betul Ka????

Malaysia berada pada kedudukan tertinggi di kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti yang berpunca daripada pengambilan gula yang berlebuhan di kalangan rakyat negara ini.

Berdasarkan kajian pengambilan gula di kalangan orang dewasa di negara ini pada 2002 dan 2003 mendapati, rakyat Malaysia mengambil 51 gram gula tambahan, berbanding dengan 50 gram yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis dan 7.3 peratus atau 92 sampel daripadanya didapati melanggar standard yang ditetapkan.

Pada 2010, sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan.

Selain tindakan mahkamah terhadap industri industri yang tidak bertanggungjawab, kerajaan juga mengeluarkan senarai produk yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

1 comment:

  1. agreed!

    regards,
    Nutri Shape Me
    http://nutrishapeme.blogspot.com/

    ReplyDelete