Tuesday, 22 November 2011

Malaysia vs Indonesia !!! Dua Penyokong Fanatik Indonesia Maut Di Pijak Sesama Sendiri...


Dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi. “Kami menemui mangsa terbabit dan mereka sudah meninggal dunia," kata ahli paramedik, Abdul Majid memberitahu protal berita Detik.com. 



Kedua-dua lelaki memakai kemeja-T merah putih skuad bola sepak Indonesia itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran jam 8.30 malam waktu tempatan, kira-kira 90 minit kejadian berasak-asak itu bercetus. 

“Ketika kami masuk ke stadium, kumpulan penyokong bertolak-tolak sesama sendiri untuk meloloskan diri," kata Helmi, abang kepada salah seorang mangsa yang maut itu. “Adik saya ditolak daripada saya dan kami terpisah. Saya kemudian mendengar beberapa orang terjatuh dan ada yang mati. Saya bergegas untuk mengetahui apa yang terjadi dan ketika itu saya lihat adik saya sudah meninggal," katanya. 

Identiti seorang lagi mangsa yang maut belum diketahui. Media tempatan melaporkan beberapa lagi penyokong turut dikejarkan ke hospital, termasuk seorang budak lelaki berusia sembulan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma.

Kulaan : begitu fanatik penyokong Indonesia yang beria-ia sangat nak ganyang Malaysia... akhirnya, mereka sendiri yang kena ganyang... bola tuh bola gak... nyawa melayang sapa pun tak boleh ganti...

5 comments:

  1. Assalam Bro

    Cuma stadium tu tak runtuh aje... kalau tak mahu jadi malapetaka tu... penyokong melebihi kapisiti sebenar stadium...

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullah,,,,
    Nafsu dunia buat sengsara diri
    ""tak ada soal ganyang dan hal2 burk antara Indo VS Malay,, ini hanya pertandingan Bola...

    Indo dan Malay bersaudara, kita sesama Muslim

    ~~Salam Bro,,

    ReplyDelete
  3. Kita sahaja yang selalu berkata dan melaungkan kata-kata kita adalah bersaudara yang serumpun dan seagama tetapi bagaiman pula dengan penerimaan mereka terhadap kita dan tengok sahaja layanan mereka kepada pegawai sukan kita di sana, tak payah lagi nak layan mereka bro, tiada lagi kompromi dengan kata-kata kita bersaudara kalau mereka yang mula menyombong dan membongkak.. pergi jahanam dengan Indon, Tidak kah mereka sedar berapa banyak rakyat mereka dan mungkin saudara mara mereka yang mencari rezki di tanah malaysia

    ReplyDelete
  4. kot ye pun nak fanatik jangan ler lebih-lebih...

    ReplyDelete
  5. indon xde tv.miskin,,,haha!

    ReplyDelete