Friday, 25 November 2011

PM Najib Tempelak Pembangkang Tuduh 'Cekik' Kebebasan!!!!


Tuduhan pembangkang kononnya Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dikemukakan kerajaan bertujuan 'mencekik' hak kebebasan berhimpun adalah tidak benar dan meleset sama sekali. 

Sambil menempelak tindakan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rang undang-undang tersebut bertujuan memberi kebebasan berhimpun kepada rakyat selagi mana ia bersifat aman dan tanpa senjata. Menurut beliau, kebenaran mengenai hakikat itu jelas kerana polis tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan yang dilakukan secara aman dan jika mengikut segala lunas peruntukan yang digariskan undang-undang. 


Selain itu jelas Perdana Menteri, sesuatu perhimpunan boleh diteruskan di bawah perlindungan undang-undang meskipun pihak penganjur belum mendapat maklum balas pihak berkuasa selepas tempoh masa tertentu. "Terbukti segala dakwaan pembangkang kononnya rang undang-undang ini mahu mencekik kebebasan berhimpun meleset sama sekali. 

Undang-undang ini bersifat revolutionary dan lompatan berganda berbanding undang-undang sedia ada. "Kita sedar betapa murni pun niat kerajaan, pembangkang tetap dan sudah pun memukul canang bagi memburuk-burukkan undang-undang baru yang ingin kita bentang ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini. Jelas Najib, di bawah rang undang-undang baru itu nanti, pihak polis yang selama ini bertindak sebagai penentu izin akan berubah peranan menjadi pengawal selia serta pemudah cara dengan ruang lingkup tanggungjawab lebih luas. 

Serentak dengan itu katanya, keperluan untuk lesen bagi sesuatu perhimpunan serta hukuman penjara akan dihapuskan dan yang kekal hanya hukuman denda bagi mereka yang masih berdegil melanggar undang-undang. Sementara itu, ketika membuat bacaan kali kedua rang undang-undang tersebut Perdana Menteri berkata, walaupun ia digubal selaras dengan Perkara 10(1)(b) dan 2(b) Perlembagaan Persekutuan, tetapi hak orang lain juga diambil kira. Katanya, jika kebebasan berhimpun itu didapati menganggu ketenteraman awam dan mencerobohi hak serta kebebasan orang lain, polis mempunyai kuasa untuk bertindak mengikut bidang kuasa mereka.

1 comment:

  1. nak bebas macam mana lagi? tak puas hati lagi berarak di jln2 raya menyusahkan orang nak ke kedai, pasar, nak berjalan2 makan angin anak beranak, nak berjual beli? memang pesen kena rasuk iblis setanla dia orang yg suka berarak ni! sebijik perangai orang indon yg tak bertamaddun tu!!

    kalau puak2 pembangkang ni buat lagi demo atas jalan, aku mintak Allah SWT timpakan bala dia orang mati sakit jantung ramai2 masa berarak tu sbb ambulan tak boleh lalu bl mrk penuh atas jalan. biar anak cucu mrk sedar diri...

    atau bahan2 bahaya yg mrk bawa meletup tengah2 mrk yg ramai2 tu biar berkecai semuanya mcm pengebom berani mati, biar semua orang tahu niat jahat mrk sbnr mrk nak mcm tu!

    SAKIT HATI SBB PUAK2 YG SUKA DEMONSTRASI HARAM NI HANYA PIKIR HAK MRK SAJA TP TAK MAHU PIKIRKAN HAK MAJORITI RAKYAT YG BENCI BERARAK DI JLNRAYA TUH!!!

    ReplyDelete