Monday, 19 December 2011

Bonus : Tahniah Kakitangan Kerajaan Dapat Bonus Hari Nie!!!!...


Tahniah kepada kakitangan kerajaan yang mula menerima bonus kedua RM500 bermula hari nie... patut la masa Kulaan nak kuar duit isi minyak tengok berbaris kad mesin ATM yang kebiasaannya kosong... nak rompak pun boleh... tapi, hari nie jangan harap la... boleh kalo nak kuar duit tapi kena beratur panjang ler...

Cuma, pesanan Kulaan kepada kakitangan kerajaan yang dapat bonus walaupun ada yang mengeluh 'tak seberapa'... sekurang-kurangnya korang dapat gak bonus... ada pekerja lain tuh, jangan katakan bonus... gaji pun selang sebulan majikan bayar... jadi, kita kena belajar bersyukur...

Yang kedua, kalo suami dapat bonus, isteri cuba ingatkan jangan joli sakan tak ketahuan... kalo berabis untuk kegunaan keluarga okey... kalo berabis kat bende yang tak berfaedah tu, ingat-ingat la kat keluarga... yang bujang plak jangan dok perabis kat kereta semua... skit-skit tuh okey la... simpan, nanti nak buat belanja kawin senang dah tak payah nak buat "bank loan"...

Kepada kakitangan kerajaan yang tak suka dengan "Kerajaan sekarang" tuh elok ler jangan ambik duit bonus tuh... kata kerana perjuangan, jadi 'CABARAN' Kulaan, "BERENTI KERJA" cari makan cara lain yang tak melibatkan 'kerajaan yang tak betol nie'... ada berani ka... sembang memang boleh... bagi beruk pun dia tau sembang tapi bahasa beruk la... buat belum tentu...

Kulaan : teringat pesan aruah opah masa kecil.... "bukit tuh kalo korang tarah.... lama-lama jadi rata".... masa tuh haram tak faham ape yang orang tua tu pesan... bila dah dewasa teringat pesanan yang banyak faedahnya... Al Fatihah buat arwah "Opah"....

4 comments:

  1. MAK MINAH BALIK KAMPUNG19 December 2011 at 16:44

    YG TAK SUKA KERAJAAN JANGAN AMBIL DUIT? HA HA HA .
    ADA KE ORANG TAK MAU DUIT?.
    ADA ORANG KATA,"hari ini kita menang besuk harga miinyak turun"
    KERAJAAN TAK KATA APA APA PUN....TAPI RAKYAT DAH DAPAT DUIT.
    TERIMA KASIH BN....SEMOGA MENANG PILIHANRAYA AKAN DATANG....JANGAN LUPA BAGI BONUS LAGI SELEPAS MENANG PRU 13....AMIN

    ReplyDelete
  2. Bagi kakitangan kerajaan tahniahlah dapat bonus,kita ni cam tu gak, cuma nak ingatkan k/tangan kerajaan mana yang tak suka kerajaan BN jgn ambik duit tu tak malu ke??? keja mahu ikhlas walaupun tak suka sebab kau tu diayar gaji, kalau tak kerja betul dan sabotaj majikan gaji yang kau ambik jadi haram. pas tu bagi anak bini kau makan macamana keturunan kau nak berjaya?

    ReplyDelete
  3. "barang sesiapa yang bersyukur ke atas nikmatKu, nescaya akan Ku tambahkan lagi ke atasnya... barang sesiapa yang kufur (yakni tidak bersyukur), sesungguhnya azabku amatlah pedih..."

    ReplyDelete