Kulaan sewaktu mula-mula terjebak ke dunia cyber blogging nie baru la mula belajar mengenali nama-nama blogger-blogger tersohor atau otai yang dah mula start blogging sejak zaman dahulu kala lagi ketika itu Kulaan hanya sekadar turun di jalanan mempertahankan bekas pemimpin besar kerajaan...
Beberapa nama yang Kulaan mula kenal dan mencari lama blog mereka adalah "KakiTerbang"... Menurut mitos, nama "KakiTerbang" nie "disyaki" berada di sebelah sana dan menyamar sebagai geng sebelah sini... itu sekadar mitos yang Kulaan masih mencari bukti kebenarannya... tapi dari pemerhatian Kulaan, mitos nie ada kebenarannya berdasarkan gerak geri dan tingkah lakunya dalam dunia blogging...
Benar seperti yang dinyatakan oleh Keris7Lok dalam entrinya, Kulaan petik sikit sebagai rujukan kata-kata Kulaan :-
Sebagai seorang anak muda yang mahu berjuang dengan wasilah keikhlasan dan bangkit bersama-sama 'orang-orang lama' untuk menulis blog bagi menangkis serangan serta mendedahkan kepincangan pembangkang, Keris terasa terkilan kerana didalam Keris dan rakan-rakan UMB yang lain tidak putus-putus mempertahankan institusi UMNO, kami harus berhadapan pula dengan ancaman bodoh dan tidak profesional 'pencetus perbalahan' yang usianya lebih kurang dengan umur bapa Keris. Sudahlah begitu, difahamkan sejak daripada dahulu lagi saudara seakan meracuni fikiran bloggers yang tidak bernaung bersama UMB dengan menyampaikan cerita kurang tepat mengenai UMB. Ini bukan cakap kosong kerana Keris ada juga bersembang dengan blogger jalanan yang pada mulanya menghentam UMB namun setelah dia mengenali Keris dan UMB, dia rasa bersalah dan mahu berjuang bersama kami yang sememangnya jentera parti yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Bicara tentang blogger kerajaan yang sikapnya seperti pembangkang macam saudara, tidak mustahil orang muda sebaya Keris tidak mahu menulis blog mahupun menyayangi UMNO kerana orang seperti saudaralah yang tidak habis-habis memburukkan jentera parti sekaligus menanamkan bahawa UMNO itu sudah rosak dari dalam dalam fikiran anak muda. Akan timbul rasa benci orang muda pada UMNO jika orang macam saudara ini yang tidak pernah penat menyerang sesama sendiri. UMB ini membawa lambang UMNO dan kami tidak menganggu bloggers lain. Berkata semula tentang ranking, biarlah rakan Keris yang lain memberi jawapan kerana buat pengetahuan semua pembaca dan saudara, Keris tidak membayar mana-mana 'pay-online' untuk menaikkan ranking dan percaya atau tidak terserah pada diri masing-masing. Keris cuma mampu mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang tidak berhenti membaca artikel Keris dan rakan-rakan blogger yang memaut Keris 7 Lok.
Kini fitnah terbaru yang ditimbulkan yang mana ia mempersoalkan kredibiliti dan kerja keras bloggers naungan UMB yang kononnya kami membeli ranking secara 'pay-online' untuk menjatuhkan Gomo atas sebab ranking kami naik mendadak. Buat pengetahuan 'kakiterbang' kami yang bernaung dibawah kepimpinan Tun Faisal ini tidak perlu pun membeli ranking. Keris cabar 'kakiterbang' untuk buktikan kami membeli tidak kisah samada melalui alexa atau tak. Tapi pada pendapat Keris saudara 'kakiterbang' yang harus beli ranking kerana telah dipintas oleh blogger yang pernah dihina oleh saudara iaitu Tun Faisal Dot Com, itupun jika benar ranking boleh dibeli kerana Keris pun tak tahu cara mahu beli dan tiada sebab untuk membazir membelinya jika ia benar-benar ada.
Keris cuma nak sampaikan disini kami semua blogger UMB mampu meningkatkan kedudukan masing-masing setelah mengikut tips daripada bloggers UMB Pulau Pinang. Dengan usaha keras kami, displin mengikut ketetapan UMB serta rajin mencari informasi itulah yang menjadikan kami termasuklah Tun Faisal sendiri dalam mendaki carta Alexa. Sebab itu para bloggers perlu rajin dan jangan tutup fikiran untuk mempelajari benda baru setiap masa. Kami telah buktikan kami berjaya dengan menggunakan kaedah yang sama sebab itu kedudukan kami semua pun lebih kurang sahaja. Dulu ada rakan blogger UMB yang tersangkut di satu tahap sahaja namun kini dia sudah menyelam ke carta top 20 sama macam Keris.
Kulaan rasa semua masalah dan salah faham yang timbul dalam dunia blogging pro BN nie hasil idea si "KakiTerbang" nie kot... tengok jer la ayat-ayat dia yang boleh menimbulkan fitnah dan membangkitan kemarahan orang lain... in other way boleh dipanggil "mastermind" ler...
Hubungan rapat Anuar Reform dengan Chegu Bard bukan lagi perkara asing dalam dunia blogging. Dan hubungan ini kemudiannya dimesrai pula oleh kumpulan terdesak dalam barisan kepimpinan Pemuda UMNO sendiri yang cuba mendapatkan perhatian ketuanya dengan melakukan pemusnahan dalam kumpulan blogger pro-UMNO yang kelihatan terlalu menonjol seperti PAPAGOMO.
Perhatian daripada ketua bermaksud lebih banyak peruntukan akan masuk ke dalam kantung peribadi, termasuklah dengan menunjukkan berlakunya peningkatan mendadak ranking Alexa Malaysia walaupun ranking Alexa Antarabangsanya tidak menunjukkan perubahan ketara.
Oleh kerana itu, pesanan Kulaan memberi pesanan dan peringatan terutama kepada 'blogger-blogger baru nak naik' dan 'blogger-blogger muda' yang baru nak terjerumus ke dunia cyber blogging nie agar mengenali dulu siapa sahabat, siapa kawan, siapa lawan agar jangan kerana "silap langkah nanti jatuh tersipuk"...
Dikesempatan ini juga Kulaan ingin "MENCABAR" sesiapa sahaja yang mempunyai atau boleh menunjukkan bukti bahawa Kulaan atau orang lain membeli ranking untuk Kulaan sehingga ada yang tidak percaya Kulaan sudah menghampiri ke 3 angka, sila kemukakan bukti dan "Hadiah" akan diberikan sebagai penghargaan di atas maklumat itu. Jika "TIADA", amaran Kulaan lebih baik "DIAM" dan "TUTUP MULUT" saja...
No comments:
Post a Comment