Sham Kamikaze Beraksi Setelah Bertaubat Katanya... |
Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll:
Mazhab Hambali. Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.
Mazhab Shafie. Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.
Mazhab Maliki. Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya.
Mazhab Hanafi. Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.
Di sana berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak.
Pada pandangan Kulaan, pengharaman sesuatu alat muzik mungkin akan berlaku kerana adanya unsur-unsur lain seperti maksiat dan kelalaian terhadap tuntutan agama bersamanya.
Namun perlu diingatkan bahawa kita hendaklah sentiasa meraikan ijtihat-ijtihat ulama muktabar kita dalam sesuatu masalah yang dikemukakan. Saya sarankan agar kita dapat meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
kat masjid ke nih? kat mana nih...
ReplyDelete