Monday, 16 January 2012

Edisi Khas Buat Mereka Yang Bakar Gambar MB Perak Di Masjid Tinggi, Bagan Serai @ZambryAbdKadir @Azwanbro


Sedang Kulaan syok-syok belek-belek twitter tengok apa info yang terkini berlaku di dalam dan luar negara, tiba-tiba Kulaan terbaca tweet artikel di sebuah portal pasal poster, banner atau banting gambar MB Perak, Datuk Seri Dr. Zambry dibakar.

Terbakar hati Kulaan bila insiden ini boleh berlaku di Perak. Yang Kulaan paling "terbakar" bila insiden ni berlaku di kampung halaman Kulaan tempat Kulaan membesar Jalan Banjar, Kg. Masjid Tinggi, Bagan Serai.

Sepanjang Kulaan membesar di kampung tu selama berpuluh tahun sampai la Kulaan menetap di Putrajaya, belum pernah Kulaan dengar insiden bakar membakar poster Menteri Besar apatah lagi Sultan Perak.

Berapa puluh tahun bekas Menteri Besar Perak, Ramli Ngah Talib jadi MB tak pernah ada insiden bakar ni sekali pun kat area Masjid Tinggi, Jalan Banjar, Kg. Kedah, Parit Gabis, Parit Hj Ali, Parit Hj Taib, Teluk Seribu dan kawasan sewaktu dengannya memang terkenal sebagai kubu kuat pembangkang terutama Pas.


Masjid Tinggi toksah citer la, tersergam indah markas Pas yang tak pernah sapa-sapa bakar pun yang lokasinya betul-betul sebelah masjid. Selama Kulaan membesar Kulaan lihat penduduk dan masyarakatnya hidup aman dan damai sekali pun ada perbezaan ideologi politik.

Satu bangsa kaum majoriti yang dikenali sebagai bangsa Banjar yang punya ketinggian adap sopan santun dan adat budaya rumpun Melayu kini mula dicemari oleh generasi baru dengan ideologi politik yang sempit dan dangkal. 

"Bungol bebanar penyak kao ulah tuh utuh hoi!!!... Dikda ba'utak kada ba'akal...!!!"

Tahniah buat orang kampung ku!!!! Korang dah berjaya mendidik anak Banjar menjadi "tukang bakar bendera" daripada jadi tukang azan ka tukang rumah ka dan tukang-tukang yang lain yang lebih baik kerjanya.


Mesti lepas ni ada orang Banjar kalo bukan asal dari Bagan Serai, Parit Buntar atau sekitar daerah Kerian, orang Banjar seluruh Malaysia pasti marahkan Kulaan kerana mengusik soal bangsa atau kaum. 


Apa Kulaan peduli...

Sedarlah... Anak bangsa mu pun sekadar mengaku anak Banjar tapi bahasa Banjarnya semakin terhakis dari tutur bicara... Adat budaya semakin terganti dengan budaya bangsa luar... Anak cucu mu semakin tidak mengenali 'ikan wadi' dan 'gulai hampal'... Kada hingkat basurah... Niring pang hingkat...

Kulaan Niring Napa Takurihing Kayuh Baimbai diminik kada katahuan...

4 comments:

  1. ALIH BAHASA BANJARNYA MANE?TAHNIAH.

    ReplyDelete
  2. Nang mambakar tu urang Banjarkah? Hehehe...

    ReplyDelete
  3. kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

    ReplyDelete
  4. sah urangnyer hirang..membalas pungkornyer menjadi ikutan

    ReplyDelete