Berikutan pembebasan Anwar dari tuduhan liwat, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan hanya Anwar yang paling bersih, paling layak menjadi Perdana Menteri, “Ini bukan soal kita bela Anwar saja tapi kita bela kerana beliau saja yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Sekali gus, Guan Eng mengesahkan bahawa Hadi Awang, Nik Aziz, mahupun Lim Kit Siang dan Karpal Singh juga adalah tidak cukup bersih dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri.
Perlu diingatkan bahawa ‘paling bersih’ mengikut piawaian Pakatan Rakyat ialah seorang yang telah didakwa atas kesalahan salahguna kuasa, liwat, terlibat dalam zina dan menjadi talibarut asing. Oleh itu, setakat korup sahaja seperti beberapa pemimpin PR yang lain tetapi tidak memiliki ciri-ciri tersebut adalah tidak lengkap untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri.
Benar, Anwar telah bebas tetapi penting untuk kita fahami bahawa tidak terdapat dalam kenyataan penghakiman yang Anwar tidak meliwat.
Malah, jika dilihat dari penghakiman kes liwat 1, ketiga-tiga hakim yakin bahawa Anwar telah meliwat tetapi dibebaskan kerana tarikh kejadian tidak dapat dipastikan. Dalam kes liwat 2 ini pula, Anwar bebas kerana hakim merasa tidak selesa untuk bergantung hanya kepada bukti DNA semata-mata. Maknanya, Anwar bebas bukan kerana dia berjaya membuktikan yang dia tidak bersalah.
Justeru, berdasarkan fakta inilah menjadikan Anwar paling layak sebagai PM di mata DAP kerana ia membuatkan Anwar yang paling mudah dipergunakan.
Segala kotoran hidup Anwar ada dalam kocek Karpal Singh dan jika Anwar menjadi PM, bila-bila masa saja DAP boleh menyumbatkan Anwar kembali ke penjara sekiranya tidak ‘mendengar kata’ mereka. DAP boleh menyuruh Anwar menghapuskan Raja-raja dan hak keistimewaan Melayu dan Anwar tidak mungkin mampu menentang mereka atau akan timbullah bukti-bukti baru untuk membolehkan segala kes liwat, zina dan salahguna kuasanya dibuka semula.
Muslihat dan agenda DAP tidak sukar dibaca, kecuali bagi pemimpin dan penyokong PKR dan PAS yang benak-benak belaka. Pujian DAP terhadap Anwar ada maknanya.
Tidak dapat dipastikan apa reaksi PAS dengan penghinaan Guan Eng terhadap pemimpin mereka ini. Mungkin mereka hanya akan tersengih-sengih bodoh atau mengangguk-angguk setuju yang pemimpin mereka sememangnya tidak bersih dan tidak layak berbanding Anwar. Maklumlah, ‘kepimpinan Ulama’ sudah tidak relevan lagi bagi PAS.
Sedih melihat bagaimana saudara seagama kita di dalam PAS kelihatan redha dipimpin, ditarik, ditolak, disepak, disekeh dan ditunjal-tunjal kepala oleh peliwat dan kafir harbi.
Apa nak dikata…Jika DAP kata PAS tidak layak jadi PM, PAS terima. Jika DAP kata PAS tidak layak jadi Menteri PAS terima. Malah jika DAP kata PAS tidak boleh lagi mempertahankan Islam juga PAS terima. Bagi PAS, asalkan menang pilihanraya sudahlah..janji puas hati dapat kalahkan UMNO.
Jika difikirkan kembali, sesuai benarlah Guan Eng menghina PAS sebegitu rupa kerana pak turut dan anjing suruhan mana mungkin layak menjadi PM..Tak gitu, Tuan Guru?
No comments:
Post a Comment