Wednesday, 4 January 2012

Pandangan Ketua Pemuda UMNO Perak Mengenai AUKU Dan Insiden UPSI Perak...

Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO/BN Negeri Perak

"Sebagai seorang pelajar yang berdedikasi, mereka sewajarnya mempunyai jatidiri tersendiri, apatah lagi mahasiswa UPSI yang dilatih untuk menjadi pendidik anak bangsa. Seharusnya mahasiswa tidak membenarkan diri mereka diperalatkan oleh pemimpin politik tertentu. "

"Saya dapat melihat dan menilai bahawa perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim jelas mempunyai agenda tertentu. Ia seolah-olah hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja."

"Percaya atau tidak, saya yakin ada pihak yang akan cuba menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan daripada kejadian itu dimana mereka ingin meraih simpati orang ramai supaya menyokong mereka."

"Kepimpinan setiap gerakan mahasiswa diseluruh negara perlu jelas dengan apa yang mereka perjuangkan agar tidak dijadikan alat kepada kumpulan yang berkepentingan seperti Pakatan Rakyat khasnya Anwar Ibrahim." 

"Kepada semua penuntut Institut Pengajian Tinggi, saya sarankan berfikirlah dahulu sebelum bertindak, kaji semula mana yang baik dan mana yang buruk, janganlah beri ruang kepada pihak luar yang akan mengambil kesempatan diatas keterbukaan kerajaan dan Perdana Menteri kita."

"Jangan palitkan diri anda semua dengan emosi dan ideologi politik luar yang memberi kesan negatif kepada Malaysia kerana mahasiswa merupakan nadi pemacu kemajuan negara"

No comments:

Post a Comment