Tuesday, 3 January 2012

Pendedahan Eksklusif : Benarkah Ustaz Azhar Idrus Dikatakan Bukan Penceramah Politik????...


Semalam heboh di ruang maya cerita seorang blogger yang menghentam seorang penceramah bebas yang dikatakan 'neutral' dan 'tidak bias' dalam ceramahnya. Ustaz ini dikatakan 'neutral' kerana mengkritik kedua-dua belah pihak sama ada pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Ustaz yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah Ustaz Azhar Idrus.

Memang Kulaan bukanlah tinggi ilmu agama kerana belajar pondok pun tak lama cuma sekadar 8 tahun sahaja dan ilmu yang ada cukup sekadar untuk kegunaan sendiri sahaja. Tapi, jika ada pandangan yang mengatakan bahawa Ustaz Azhar Idrus tidak terlibat berpolitik dalam ceramahnya, Kulaan tidak berapa setuju dengan pernyataan tersebut.

Tidak salah jika seorang Ustaz seperti Ustaz Azhar Idrus mengkritik mahu pun menegur kerajaan jika ada kesilapan dan kelemahan tapi sebagai orang yang tinggi ilmu agamanya sudah tentu ada cara dan bahasa yang boleh serta wajar digunakan. Kulaan bukan berkata-kata secara membabi-buta atau tidak menyelidik dahulu, tetapi ini yang Kulaan jumpa dan sudah pasti mereka yang melihat boleh membuat penilaian sendiri.


Bagaimana dengan mereka yang mengundi Pas sehingga Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang sehingga ke hari ini kedai-kedai judi, kedai-kedai menjual arak dan rumah-rumah urut tumbuh bagai cendawan terutama di negeri Pulau Pinang dan Selangor.


Bagaimana dengan undi yang diberikan kepada Pas? Apakah hukumnya memberi undi kepada Pas sehingga berjaya menjadi sebuah kerajaan di negeri-negeri tersebut? Kulaan berharap Ustaz Azhar Idrus dapat memberi pandangan dan menjatuhkan hukum kepada pertanyaan Kulaan yang cetek ilmu agama ini dalam ceramah beliau sebagai rujukan. Siapa sahaja yang bergelar "Orang Islam" atau "Muslim" pasti tidak mahu menanggung dosa hanya kerana SATU UNDI.

"Berkatalah benar sekalipun ianya pahit"
"Yang baik datangnya daripada Allah jua dan yang buruk adalah 
kelemahan diri Kulaan sebagai hambaNya..."

16 comments:

  1. Assalamualaikum,saya ni budak baru belajar,kalau salah tolong tegur,saya nak tambah,sejak PAS pegang kelantan,adakah kelantan punya tempat dipenuhi pusat arak dan kelab malam tumbuh bagai cendawan ? Tambahan sikit,Pulau Pinang dan Selangor Majaroti kerusi nya PAS ke ? Pembangkang tuh adakah PAS semata2 ? Saya cukup bersyukur wujudnya negeri Kelantan dalam Malaysia kerana kita masih punyai imej ISLAM yang pada zahir dan batinnya,bukan zahir semata2.Satu lagi mengenai BIAS dan tidak menyentuh hal politik,UAI ke yang cakap beliau tidak campur urusan politik ? dan UIA rakyat Malaysia,tidak layakkan beliau campur urusan politik ? mengenai video tersebut,UIA menyentuh secara umum kerana soalan tersebut memperkatakan Barisan Nasional,andai kata soalan tersebut bertanyakan mengenai PAS di Kelantan atau pembangkang di mana2,ayat dan pengisian yang sama juga akan diberitahu kerana 'kerajaan' di situ menggalakkan kemungkaran. Alhamdulillah wujud ulama seperti UIA yang mampu membimbing generasi muda dan ummah ke arah agama. Sedangkan kerajaan pusat sendiri sibuk dengan tugas2 lain,apa salahnya tugas akhirat serah kat Ustaz,kan sama2 dapat membangunkan negara dan ummah :)? Jangan mencari2 kesalahan orang (rujuk Al-Hujuurat ayat 12). Sama2 ngaji pondok same2 la berdakwah untuk kemashalatan ummah,bukan berlumba melihat ilmu siapa lagi tinggi,Allah tak pandang pun kalau macam tuh la rentaknya. Jangan di politikkan benda yang kecil kerana ia akan membuatkan pihak2 kita sendiri (ISLAM) bertelagah. Politik ada feqahnya. InsyaAllah sekadar pendapat budak2 yg TIDAK MENGAJI PONDOK. Wallahualam :). Berbeza pendapat adalah biasa,tapi menerima dan menghormati pendapat orang akan menjadikan kita orang yang luar biasa :).Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. saya terima pandangan saudara azzam... bagus dan padat pandangan beliau... saya tidak mengatakan apa yang dilakukan UAI itu salah... cuma sekadar bertanya kerana saya dimaklumkan sedemikian akan isu mengudi BN itu salah maka kena undi Pas... tapi jika saya mengundi Pas adakah tidak menjadi satu kesalahan seperti yang dimaksudkan... kita bakal mengundi dan pandangan alim ulama' boleh dijadikan rujukan...

    jika punya pandangan lain yang mungkin berbeza saya terima kerana perbezaan pendapat dan pandangan itu biasa... itu keistimewaan sebagai pengikut 'ahlul sunnah wal jamaah'... perbezaan pendapa hanya kepada perkara yang furu' sahaja bukan perkara pokok maka wujudnya perbezaan pendapat imam-imam utama... keindahan ahlul sunnah ialah menghormati pendapat dan pandangan orang lain...

    terbuka kepada perbincangan yang waras tanpa dipengaruhi emosi dan emosional...

    ReplyDelete
  3. Dalam banyak hal,Ustaz ini menyatakan perkara2 yang benar.. Akan tetapi.., dalam beberapa hal, dia telah melampau batas ilmunya sendiri apabila menyindir/mengutuk kerajaan dalam hal yang dia sendiri tidak faham.

    Contoh: Isu harga letrik, harga minyak, dituduhnya kerajaan zalim, sedangkan dia tidak punyai pengetahuan tentang cerita sebenarnya. Hukuman 'zalim' yang diputuskannya hanyalah berdasarkan pendapat pemimpin2 pembangkang.

    Ustaz ini bercakap benar apabila dia mengatakan bahawa kita rakyat wajib menentang kerajaan zalim. Akan tetapi apabila dia menuduh satu2 kerajaan itu zalim tanpa ilmu, tanpa fakta, serta berdasarkan dari cerita2 fitnah yang dia sendiri terima, maka ustaz ini telah melakukan dan menyebarkan fitnah yang amat besar kepada ummah.!

    Apakah dia tidak sedar? Saya percaya Ustaz ini tahu apa yang dia tahu dan tahu apa yang dia sendiri sebenarnya tahu tak seberapa. Ia menjadi suatu fitnah apabila dia berkata2 mengenai hal yang dia tahu bahawa dia sendiri tidak tahu..! Dia memang alim dalam hal hukum hakam2 Islam serta amat bijak dalam cara penyampainannya. Sayangnya., dia kotorkan ceramah ugamanya dengan penyebaran cerita2 politik yang penuh dengan unsur fitnah.

    Kat situ dia hilang kredibiliti..!

    ReplyDelete
  4. dan bagaimana pulak hukumnya mengundi DAP & PKR?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Saya ini memang budak lagi dan masih baru dalam bidang politik dan agama. Namun jika kita perhatikan secara umum lagi terbuka tanpa sebarang bias. Kita perhatikan Kerajaan Barisan Nasional memang memberi lesen kepada perjudian dan juga arak. Dan 'fasiliti' ini hanyalah untuk yg bukan Islam sahaja. Org Islam sememangnya di larang ke sana baik dari segi agama mahupun undang2. Tetapi mari kita imbas kembali. Barisan Nasional itu dipimpin oleh UMNO. UMNO itu Melayu. Melayu itu Islam. UMNO memperjuangkan kedua2 Melayu dan Islam. PAS itu juga org Melayu. Tetapi PAS lebih memperjuangkan Islam daripada Melayu. Namun begitu PAS kini berada dibawah Pakatan Rakyat dan yg lg sedih, Pakatan Rakyat itu dipimpin oleh DAP. DAP itu kafir. Jadi PAS ditadbir oleh kafir. Lain dari UMNO. UMNO menjadi ketua dalam Barisan Nasional. Suara Islam adalah lebih kuat di Barisan Nasional berbanding di Pakatan Rakyat. Dulu PAS sering mengkafirkan UMNO kerana bersekutu dengan kafir (MCA,MIC). Tetapi, tidakkan lebih kafirnya PAS jika dilihat dalam perspektif yg sama? PAS bersekutu dgn DAP. Malah DAP yg kafir menjadi ketua. PKR mmg tidak boleh harap dari segi Melayu atau pun Islam. PKR ialah parti bebas berjuang. Tiada landasan. PKR kita mmg terang2 WAJIB tolak tepi. Tarik tgh UMNO dan PAS. Kedua2 Melayu. Kedua2 ISLAM! Dalam keadaan sekarang kalau kita pertimbangkan, kedua2 UMNO dan PAS tidak sesuai diundi kerana telan mati emak, luah mati bapak. Barisan Nasional menang arak, judi masih ada tetapi berkawal seperti sedia ada. Tetapi kalau PAS menang, PAS juga tidak boleh berbuat apa2 dgn arak dan judi kerana dihalang oleh DAP. Malah arak dan judi boleh jadi tidak memerlukan lesen lg bila PAS menang sbb PAS dibawah DAP. Tidakkah ini satu dilema? Tapi jangan pula UMNO dan PAS tidak mengundi. Nanti PKR/DAP pula yg berkuasa; LAGI NERAKA! Bg saya, UMNO adalah jalan yg masih dikira terbaik sekali kerana apabila Barisan Nasional menang, arak judi masih wujud tapi terkawal. Tapi kalau Pakatan Rakyat menang, arak judi tetap wujud. Malah lebih berleluasa! Kalau BN menang HUDUD masih boleh dipertimbangkan tapi jika PR menang HUDUD mmg ditolak habis2! Knape? Sbb UMNO itu Islam, boleh timbul kesedaran untuk melaksanakan hudud tapi DAP itu anti Islam; mmg sah2 tolak hudud. Malah dihina sebagai undang2 kuno yg ganas. Pendapat saya bg memerdekakan Malaysia ini dari pada ditindas kafir, UMNO dan PAS WAJIB bergabung! PAS, perbetulkan UMNO. UMNO bekerjasama dgn PAS. Tubuhkan 'Pakatan Sejahtera' (apa2 nama pun x kisah). Asalkan UMNO/PAS yg memimpin. Bukannya MCA/MIC/Gerakan. Walau apa pun buat solat istiharah, tanya kepada Allah parti mana yg sesuai.

    ReplyDelete
  6. Ustaz ini tidak boleh di ambil serius. Beliau banyak melawak walaupun masa berceramah mengenai bab ketuhanan. Siap dengan punch line boleh jadi peserta Raja Lawak. Saorang Shaykh berkata Islam adalah perkara besar. Sa orang Ustaz mesti menimbulkan rasa takut dan harap pada Allah Swt.Di Malaysia ini ada tiga gulungan Ustaz. Ustaz lawak, Ustaz Politik dan Ustaz Bank. Hendak cari Guru yang mengajar kenal pada Allah dan Rasul amat kurang.Memang syok menghentam tapi ada kah itu matlamat ugama. Kita akan mati dan akan di soal bersediakah kita? Orang lain juga akan di soal dan mereka kena jawab. Saya rasa ramai Ustaz dah hilang fokus.

    ReplyDelete
  7. Tak kena gaya, Isu yg dibangkitkan oleh Ustaz itu masih lagi andainya.Betullah dia ungkap ayat al quran(benar) tapi contoh yg disebut sahih ke? Betul ke Tengku Adnan berniat seperti yg dikatakan? Kalau Kes Anwar contohnya dia akan gunakan ayat or hadis menafikan kesahihan sumber or fitnah. So pendekatan yg di ambil bagi aku adalah kerana kurang ilmu dan berbau politik.Ustaz ni sebenarnya hebatnya hanyalah kerana cara ia mencetuskan lawaknya sahaja, tak lebih dari itu.Bagi aku dia lebih lawak dari Osbon dan lebih hebat. Dalam pada masa yg sama dia juga semakin "Lara" buktinya pada malam sambutan tahun baru yg di adakan di Shah Alam baru2 ni.Cuba rennung2kan sekarang ni ramai org akan pergi dengar ceramah agama kerana seronok kerana ada hiburan...bukan kerana takut or kasihkan ALLAH. AKU SUKA USTAZ NI MELAWAK TAPI AKU PANGKAK DIA TERANG2. BENAR TETAP BENAR, SALAH AKU PANGKAH.

    ReplyDelete
  8. rmai y jelez ngn ustaz azhar sbnr nye...haha
    x ajar agama salah...ajar agama pn salah...
    ke ajar wat maksiat y btol bg puak2 kamu ni?
    oh lupe...
    y minum arak pemimpin umno...
    y wat maksiat pun pemimpin umno...
    y jadi imam kpd rkyt ad d klgn pemimpin umno?
    xde kn...

    ReplyDelete
  9. Komen dari Anon 16:47 di atas adalah salah satu contoh 'fitnah' yang dibuat secara bersahaja.., tetapi memberi kesan yang amat besar didepan Rabbul Jalil nanti. Anda berdosa, kawan..!

    Gaya semacam inilah yang sebenarnya terpalit didalam para pengikut penceramah yang popular, tetapi diselit unsur2 fitnah. Kalau 'ustaz@guru' pernah berkata sedemikian, maka para pendengar yang nipis ilmu Islamnya akan dengan sewenang2nya mengeluarkan fitnah tanpa rasa bersalah sedikit pun.. (seperti Anon 16:47 itu). Bunyinya macam 'bergurau'.., akan tetapi kesan dosa pahalanya adalah sama. Fitnah tetap fitnah.., dalam keadaan apa sekalipun.

    Peminum arak & pembuat maksiat bukanlah kerana dia tu UMNO, melainkan kerana dia itu manusia yang ingkar kepada Allah.

    Saya tahu ada dikalangan kawan2 saya dari pimpinan PAS yang menerima wang rasuah dan kawan2 saya dari kalangan pimpinan UMNO yang pernah mengimami solat saya. Namun itu tidak bermakna PAS itu rasuah dan UMNO itu 'alim.

    ReplyDelete
  10. BAGI SAYA USTAZ AZHAR MENGUNAKAN MEDIUM LAWAK JENAKA SEBAGAI PENARIK BAGI SETIAP CERAMAH BELIAU IAITU SAMA SEPERTI USTAZ KAZIM TETAPI YANG MEMBEZAKANNYA ANTARA KEDUA DUA NYA ADALAH USTAZ AZHAR LEBIH KEPADA PARTI PAS DAN SERING MENYATAKAN SOKONGAN BELIAU SECARA TERBUKA KEPADA PAS DI SETIAP CERAMAH BELIAU DAN SERING MEMBUAT TUDUHAN SECARA TERBUKA KEPADA KERAJAAN.DIKUATIRI TUDUHAN BELAIU ITU TIDAK BENAR DAN SATU FITNAH...

    ReplyDelete
  11. SIMPATI KEPADA BLOGGER AAKJ YANG TERUK DISERANG PENYOKONG2 USTAZ AZHAR IDRUS....

    ReplyDelete
  12. Anonyam Part 1
    Ye la... simpati betul... ade org tu kata jgn cari salah org lain tp perenggan awal dia nyatakan kesalahan kerajaan. "y minum arak pemimpin umno...
    y wat maksiat pun pemimpin umno..." x pernah dgr pun org UMNO minum arak... pemimpin MCA ke MIC ke yg minum mmg betul la... DAP lg minum sampai pengsan! PAS kata Islam. Org Islam yg sebenar tidak kafirkan saudara se Islam sbb dia pun akan jd kafir! Guna Islam sebagai modal politik! Kalau dulu2 nye PAS mmg dipimpin ulama yg betul2 ulama. tp skrg PAS dipimpin bukan sahaja ulama kelentong tapi kafir DAP!!! X abes2 nak salah kan UMNO sekongkol dgn kafir MCA/MIC. UMNO, MCA, MIC siapa jd ketua? UMNO kan? UMNO tu kaum pe? Melayu kan? Melayu tu agama apa? Islam kan? MAKA DENGAN ITU! Barisan Nasional adalah dipimpin oleh Islam! Kita lihat PAS, PKR, DAP. Siapa jd ketua? DAP kan? DAP tu kaum apa? Kaum kafir kan? DAP kafir tahap mana? Tahap anti Islam kan? MAKA DENGAN ITU! Pakatan Rakyat adalah dipimpin oleh kafir harbi! Undi UMNO masuk neraka sbb kafir, undi PAS gerenti masuk syurga... Inilah ayat yg paling kafir yg dikeluarkan! Syirik kerana kenyataaan undi PAS masuk syurga. Dr ayat Quran/hadith mana ntah dia dapat. Serupa mcm syiah! Sokong Saidina Ali masuk syurga! Tp mmg betul kenyataan Anonymous 3 January 2012 10:03 tu. PAS ke UMNO ke x boleh percaya sbb sama2 ade kelemahan masing2 (dah manusia mmg ade kelemahan). PAS bantu perbetul UMNO, UMNO bantu perbetul PAS. Sama2 rujuk kitab fiqah. Mereka harus bergabung! PKR mmg 100% x boleh percaya. PKR tiada landasan/matlamat! UMNO matlamatnya memperjuang hak Melayu, PAS matlamatnya perjuang PAS (dulu sblm masuk Pakatan Rakyat). PKR dia mmg landas bebas. Tanah untuk semua Melayu, Cina dan India sedangkan Malaysia adalah tanah Melayu. Walaubagai manapun Cina dan India juga diberi hak pemilikan tanah mengikut agihan quota. Itu lah yg seadilnya! Tuan rumah dapat lebih. Bukannya tanah 15 hektar, ada 5 Melayu, Cina, 5 India; maka sorang 1 hektar. NO! Lagi, sejak PKR tadbir Selangor, kuil membangun dalam kadar 40%, gereja membangun dalam kadar 50% dan masjid membangun hanya dalam kadar 10%! Tiada lg tokong kerana cina Malaysia sedang melalui peralihan agama dr buddha ke kristian. Ade org tu kata, PAS bukan sahaja pakatan pembangkang. Parti lain juga ada. Kalau dah tahu PKR dan DAP tu 'mass maksiat maker' knape bergabung? DAP (kafir) jd ketua pulak tu! Mcm seluruh dunia x tau tujuannya hanya nak jatuhkan Kerajaan Barisan Nasional! Ingatlah wahai Melayu dan Muslim sekalian. Jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pd PRU 13 (nauzubillahimindzali!), pada masa itu sudah terlambat! Walaupun PAS menang majoriti dan PAS mentadbir Malaysia, PAS tetap terikat dengan Pakatan Rakyat, DAP jugak jd ketua, PAS hanya boleh ikut kata DAP. Bukan setakat hudud tidak dilaksanakan, malah undang2 syariah yg sedia ada juga turut diganggu. Baitulmal tidak lg mengutip zakat, Tabung Haji di bubarkan. Betapa hinanya Malaysia ketika itu! Hina, hina, hina!

    ReplyDelete
  13. Anonyam Part 2
    Nak betul kan balik? 1000 tahun pun x kan dpt! Sultan dianiaya, Melayu ditindas, Islam ditindas! Lee Kwan Yew akhirnya membuka sebuah botol campaign bg meraikan keruntuhan Melayu dan Islam.
    Sidang pembaca yg saya kasihi sekalian, saya beri hanya 2 pilihan. Undilah Barisan Nasional atau pun PAS yg tidak dibawah mana2 pakatan (PAS yg tidak dikategori sebagai pembangkang. Buat solat istiharah mcm nasihat Anonymous tu dan minta dari Allah ditunjukkan siapakah yg harus kita undi buat kebaikan kedua2 Islam dan Melayu. Menentang kerajaan adalah sama dgn menentang pemimpin. Sezalim mana pemimpin itu (baik disangka atau secara jelas dilihat) kita harus hormat beliau sbb beliau sudah menjaga kebajikan kita sedikit sebanyak. Beliau adalah manusia. Beliau tidak mampu menjaga kesemua sekali gus. Jika pemimpin ada buat silap/salah, tegurlah beliau menggunakan saluran yg betul seperti telefon, surat. Bukannya dengan demonstrasi! Itu berlaku zalim terhadap pemimpin namanya! Memorandum bukan tak boleh, tp org akan membuat perhimpunan haram ketika penyerahan memorandum. Guna saluran yg betul, bahasa yg sopan, perilaku yg beradab. Bergabunglah wahai PAS dengan Barisan Nasional. Kamu nak tegakkan Islam, bukan nak tegakkan parti! tidak kira la kamu parti tunggal ke atau parti subsidari bawah Barisan Nasional, asalkan matlamat asal yakni pengglobalisasikan Islam ke seluruh Malaysia! Berhentilah "kerajaan setan, ulama sokong kerajaan ulama setan, mufti sokong kerajaan mufti setan"! Hentikan! Mulut tidak serupa seorang ulama! Rasulullah SAW tidak pernah mencaci org dgn menyetankan org walaupun org tu kafir sekalipun! Rasulullah hanya memperbetul apa yg salah. Inilah yg dipanggil pembetulan! Bg parti sedia ada kalah dan ganti parti lain mentadbir, itu bukan pembetulan; itu penggantian. Polis double standard? Lain kali kalau dlm kesusahan, jgn panggil polis! sampai Polis pun nak fitnah! Polis tidak ikut BN ke PR! Polis itu undang2! Demonstrasi itu adalah haram, maka polis harus bertindak. Fuh! Aku ni cerita panjang lebar bukannya pembangkang nak dgr pon. dah nama pon pembangkang, BANGKANG je tau. Kita ambik yg baik tolak yg buruk! Bukan satu buruk tolak semuanya! Kita ambik ilmu yg baik dr yahudi/kafir tp kita tidak ikut mereka menyembah tuhan mereka. Lelaki ambil ilmu memasak dr perempuan tp tidak ambil lemah gemalai yg mcm pondan! Kamu semua buatlah solat istiharah setiap kali hendak PRU... jgn bias kepada sesuatu parti! Buka minda anda! Sebelum saya berundur saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau menyinggung mana2 pihak. Saya ini manusia biasa, bumi mana yg tak ditimpa hujan? Saya bukan nak mengutuk sesiapa tetapi hendak berforum secara terbuka disini. Wabillahitaufiq, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

    ReplyDelete
  14. anonymous 3 January 2012 10:03 <<<<<<<sokong sangat...betul tepat dan padat.....


    Anonymous said...

    rmai y jelez ngn ustaz azhar sbnr nye...haha
    x ajar agama salah...ajar agama pn salah...
    ke ajar wat maksiat y btol bg puak2 kamu ni?
    oh lupe...
    y minum arak pemimpin umno...BENAR KE???
    y wat maksiat pun pemimpin umno...BENAR KE???
    y jadi imam kpd rkyt ad d klgn pemimpin umno?
    xde kn...BENAR KE???
    3 January 2012 16:47 <<<<<<<<<<<< antara fitnah yg nyata......
    takde sebab nak jelez.....

    ReplyDelete
  15. kalau nak ambil kira dosa subahat , kita undi Pas pun Jadi lebih Kurang sama jea . . . .Ustaz Ni ckp macam kat Kedai Kopi jea .Lagipun pasal Penipu dan Pembohong Besor tu takkan c Rezim Israel tu Dapat no 2 ? .
    Ustaz Politik dia ni . . . .Zaman Nabi dulu mmg x da lesen arak tp Rasulluh x melarang pun orang bukan Islam membuat arak . Salah kea kalau Duit Lesen Arak Di salurkan ke Orang Bukan ISlam ? Tu lah sebabnya srjk ( sekolah rendah jenis kebanggsaan ) dan belbagai lagi tempat keperluan org bukan islam ada kat Malaysia ni . . . . . .
    Ustaz ni cetek Ilmu Ekonomi ,Cetek Juga Ilmu Pentadbiran dari saya .

    ReplyDelete
  16. Bagi saya, tak kisah la ustaz politik ke tidak, asalkan apa yang dinyatakan betul dan jelas, dan yg paling penting, jgn berselindung fakta.. Cthnya, ckp mengikut pemimpin adalah wajib.. Tp tak pulak dinyatakan sifat wajib pemimpin yang boleh ditaati ataupun sifat pemimpin yg tak boleh ditaati.. Secara amnya, tak pernah jumpa lagi setakat ni UAI sembunyi fakta sebegini.. Yang kedua, saya nak quote penyataan ni "Bg saya, UMNO adalah jalan yg masih dikira terbaik sekali kerana apabila Barisan Nasional menang, arak judi masih wujud tapi terkawal. Tapi kalau Pakatan Rakyat menang, arak judi tetap wujud. Malah lebih berleluasa! Kalau BN menang HUDUD masih boleh dipertimbangkan tapi jika PR menang HUDUD mmg ditolak habis2! Knape? Sbb UMNO itu Islam, boleh timbul kesedaran untuk melaksanakan hudud tapi DAP itu anti Islam; mmg sah2 tolak hudud. " Seperti yang kita sedia maklum, ada usaha PAS di Selangor utk mengharamkan jualan arak di 7 E (klu tak silap), ttapi dipangkah DAP (atau sebenarnya seorang je yang tak setuju, klu tak silap).. Tp akhirnya keputusan dibuat, arak tak boleh dijual kepada org Islam dan cuba dikuatkuasakan.. Bg saya permulaan yg baik.. Sama seperti hudud, cuma Karpal yg tak setuju.. OK.. Tapi yang saya heran, apabila Chua Soi Lek dgn selamba tak setuju dgn Hudud, keluar di media perdana, apa tindakan org UMNO? Apatah lagi PERKASA... Sbg org dah berkuasa berpuluh tahun pun tak berani nak sound MCA.. At least dpt kita lihat PAS berkeras juga nak buat hudud even Karpal tak setuju.. Ini yg anda katakan UMNO pertimbangkan hudud? My friend, di parlimen seketika dulu kecoh tentang judi bola sepak.. DAP tak setuju tapi siapa yang setuju? Org Islam pulak tu.. Jadi, di mana rasionalnya ayat 'UMNO adalah jalan yg masih dikira terbaik'? Selain itu, klu tak silap saya pernah keluar berita di Star, MCA tak puas hati sebab Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikatakan anti ISLAM bagi byk projek ke bumiputra? Di mana UMNO dan PERKASA? Yg ketiga, mutakhir ini, kita dikejutkan dgn berita penggunaan duit zakat oleh salah seorang Menteri (saya tidak kata penyelewengan ye), isu FIDLOT, kondo, DSB merasakan bahawa duit rakyat dibazirkan dan diserahkan pada yang bukan haq..Dah lah negara berhutang, lagi nak membazirkan duit.. Ini org yang dikatakan terbaik untuk disokong.. Tu xpayah masuk cerita bab audit lagi.. Yg keempat, saya quote "Walaupun PAS menang majoriti dan PAS mentadbir Malaysia, PAS tetap terikat dengan Pakatan Rakyat, DAP jugak jd ketua, PAS hanya boleh ikut kata DAP. Bukan setakat hudud tidak dilaksanakan, malah undang2 syariah yg sedia ada juga turut diganggu. Baitulmal tidak lg mengutip zakat, Tabung Haji di bubarkan. Betapa hinanya Malaysia ketika itu! Hina, hina, hina!". Bagi saya, mmg kenyataan berunsur kan mala fide.. Bukti takde dan mmg tuduhan yang ekstrim.. Klu betul ia berlaku, mudah saja.. Kita sokong BN balik, itu aje.. Apa yang menggelabah sgt mcm tak boleh tukar kerajaan.. Segala yg baik dtg dari Allah.. Sebenarnya, tiada apa yg ada kat Kerajaan Malaysia selain kita sebenarnya di kerajaan milik Allah, maka wajib kita menyokong gerakan yang ingin menegakkan syiarnya. Wallahu'alam

    ReplyDelete