Sunday, 22 January 2012

Pesanan PM Agar Teguh Tekad, Subur Perpaduan Nasional @NajibRazak


Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Malaysia memperteguh semula tekad bagi mempertahan, mengukuh dan menyuburkan perpaduan nasional yang dibina selama ini secara bertatih berasaskan prinsip toleransi, penerimaan dan seterusnya meraikan kepelbagaian.

Dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina yang dimuatkan dalam laman blog beliau,www.1Malaysia.com.my, hari ini, Perdana Menteri berkata, sempena hari bahagia itu, "sesungguhnya kebersamaan yang ada di antara kita adalah lebih besar daripada perbezaan yang wujud".

"Semua kita mendambakan masa depan yang lebih baik untuk diri dan anak-anak kita. Oleh itu marilah kita berusaha bersama-sama bagi memastikan masa depan yang sarat harapan untuk semua," katanya.


Najib, seterusnya mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya dan berharap semoga Tahun Naga itu akan membawa sinar harapan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada mereka.

"Marilah kita meneruskan tradisi terbaik warga Malaysia dengan berkongsi sambutan dengan semua kaum."

"Bukalah pintu kediaman kita kepada semua rakyat Malaysia. Runtuhkanlah tembok pemisah dan pagar penghalang dan binalah jambatan penghubung antara hati kita," katanya.

No comments:

Post a Comment