Thursday, 26 January 2012

Sekali Lagi Pembangkang Pening Bila Pemilik Butik Sahkan Rosmah Tidak Berbelanja RM325,000 @NajibRazak @unitmediabaru



Pening... Pening... Sekali lagi pembangkang pening kepala rasa nak pecah bila cubaan puak-puak ni nak mencalarkan nama baik PM, DS Najib melalui "character assasin" terhadap Datin Sri Rosmah tidak berjaya mempengaruhi rakyat dengan dahyah dan fitnah terbaru.

Ini kerana pemilik butik dan pereka fesyen, Carl Kapp yang terpalit dalam kontroversi fitnah konon Datin Seri Rosmah Mansor berbelanja hampir RM325,000 di butiknya tampil menafikan dengan tegas dakwaan berkenaan.

Kapp mengesahkan beliau tidak pernah menyebut sebarang amaun dibelanjakan oleh sesiapa pun di butiknya.

Beliau mengakui Rosmah ada datang ke kedainya di Paddington, Sydney, tetapi beliau tidak datang bersendirian.


"Kumpulan Datin Seri yang datang ke kedai kami agak ramai bilangan orangnya, dan semasa lawatan itu, ahli-ahli kumpulan berkenaan termasuk rakan-rakan dan Pengerusi serta penganjur Festival Fesyen Islam membuat pembelian secara berasingan," katanya dalam satu kenyataan kepada pihak The Malaysia Insider.
Bermakna kalau dalam kumpulan yang besar dan ramai yang beli macam-macam, takkan itu pun hendak persalahkan Rosmah. Takkan sale satu hari pun nak disabitkan dengan Rosmah jugak. Mampus la kalo macam tuh.

Kapp turut menafikan yang beliau akan diterbangkan secara khas ke Malaysia pada bulan hadapan untuk faedah (mencuba fesyen baru) Rosmah.
Sebaliknya Kapp mendakwa, dia bergerak ke negara-negara Asia termasuk Malaysia bagi tujuan pemasaran serta mencari bahan untuk projek masa hadapan adalah sebahagian aktviti yang normal dalam kerja serta peniagaan beliau.

Beliau juga turut menafikan dengan tegas semua laporan yang dibuat wartawan bangang dari akhbar tak ternama Sydney Morning Herald, Andrew Hornery termasuk jumlah yang didakwa dibelanjakan Rosmah.
Hornery dinobatkan sebagai wartawan gossip paling tidak guna di Australia bagi tahun 2009. Sekarang mamat tuh dah mereng gila glamour nak naikkan ranking wartawan macam blogger jugak.

Berita yang dikarang melibatkan Rosmah mencerminkan dengan jelas mengapa wartawan bapok@gay berkenaan diberikan label tersebut.

Hornery dirumuskan sebagai seorang wartawan yang terlalu banyak kesalahan fakta.  Andrew Hornery, tidak mampu menjelaskan fakta secara tepat atau dengan sengaja telah terlibat menyiarkan berita yang salah untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan kemarahan mereka.

Sesiapa yang dihubungi oleh wartawan ini tidak harus memberikan peluang wawancara kepadanya kerana kata-kata anda akan diubah agar selaras dengan agenda wartawan ini.

Kesian kepada pembangkang dan Malaysiakini yang sekali lagi bersungguh-sungguh hendak mengenakan Rosmah namun tidak berjaya. Cuba lagi lain kali atau dalam bahasa Andrew si bangang, "try next time".
Sebelum ini dalam isu cincin pun terbukti penipuan dan fitnah. Suratkhabar berpengaruh Indoensia pun mohon maaf selepas menyedari kesilapan menyiarkan berita berkenaan.

Kali ini, wartawan yang dinobatkan antara wartawan paling tak guna dan tidak boleh dipercayai di Australia yang hanya menulis gossip dijadikan sandaran untuk mengenakan Rosmah.

Steven Gan Malaysiakini siap batalkan barbeku babi Tahun Baru Cina dan berlari ke pejabat untuk memastikan twitter wartawan berkenaan yang cuba mempertahankan dengan lemah apa yang ditulisnya dijadikan bahan berita. Namun tak bawak ke mana pun kerana pemilik butik itu sendiri tampil buat penafian.
Entah berapa kali Rosmah jadi mangsa fitnah.

Mudah sahaja matlamat pembangkang dan Malaysiakini. Dahulu kenakan kerajaan dengan menyerang Khairy Jamaluddin untuk burukkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sekarang guna modus operandi yang sama yakni serang Rosmah untuk jatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mungkin dulu seronoklah. Tapi taktik yang sama diulang guna dah rasa tak best sangat la kan. Steven Gan harus perah akal komunis dia untuk tampil dengan idea baru.

Kalau hendak kata Rosmah berbelanja banyak di Australia itu contohnya, janganlah sekadar bergantung kepada wartawan cap ayam negara itu.

Bawaklah bukti yang kukuh sikit. Cakap semua orang boleh cakap. Ramai yang duk cakap Anwar peliwat.
Ramai penyokong pembangkang kalau baca di ruangan komen Malaysian Insider yang mengutuk Kapp dan masih kata yang wartawan tak guna itu bercakap betul.

Kalau dah benci tu, buat apa pun tak guna kan.

1 comment: